Monday, January 31, 2011

Make a Wish Dear :)

Wah lagi beberapa jam bakal genaplah umur ku 20 tahun.. Ish, macam  tak percaya lah dah naik satu stage umur. Tak berbelas-belas lagi dah tapi dah masuk puluh-puluh.( tetiba rasa macam dah tua)

Haha rasa macam nak buat birthday wish pulak..Tapi tak terfikir pulak nak ape..? ( serabut btoi )
Actually there are to many things that I wish I could have. But, that's just benda keduniaan. Kalau nak suruh senaraikan lah, herr pakai lenguh tangan nk scroll down cursor lappy..Hehe..

Tapi apa-apa pun nak share my wish sempena dah nak genap angka 20 nih.. Ok wait aa let me take a deep breath first.. Haaaaaaaa... Ok. Ready!
(Talking to myself..) " Bersempena hari ulang tahun aku, first aku rasa bersyukur sangat masih diberi kekuatan dan kesihatan yang sempurna. Syukur alhamdulillah. Aku tak mengharap pun sesiapa yang akan menyambut birthday aku ( memang tak pernah pun laa) tapi takat ucapan pun dah memadai sebagai tanda memperingati tarikh istimewa ni bagi aku. Aku hanya mampu berdoa dan berharap aku bakal menjadi seorang jururawat yang mampu berkhidmat dengan ikhlas kepada masyarakat kelak bila aku dah graduate. ( haha macam nak pancing undi pulak ). Aku berazam yang aku akan memperbaiki kelemahan aku dan berusaha menjadi seorang muslimah yang solehah. Aku juga mengharap kan masa depan yang cerah di samping keluarga ku. Aku sayang keluarga ku lebih dari segalanya. Dan aku juga berangan tiap-tiap hari that one day my prince charming akan datang. ( masih ada ke prince charming..?? ). Itu aje lah kot my birthday wish. " 

Hehe...
Lastly, Happy Birthday To Me.. Yahoo aku da besARRR..!!!


p/s: kan bagus kalau da sesiapa yang nak kasi blueberry cheese cake...?



Saturday, January 29, 2011

Darwinism Theory: Kita Ditipu Hidup-hidup!

Pernah terfikir tak macam mana kita umat Islam sewenang-wenang nya ditipu oleh orang-orang Barat..??
Pernah terfikir tak kenapa kita mengikuti semua aliran-aliran yang berpaksikan undang-undang Barat..??
Semua benda yang berkisar dalam hidup kita mutakhir kini, semua mempunyai pengaruh mereka.
Hidden Agenda.

Bertempat di Dewan Utama USM, Kubang Kerian Kelantan saya didedahkan dengan satu forum yang memang membuatkan saya agak sentap. Forum yang bertajuk "Signs Of The Creator". Niat saya di sini bukan nak jadi pengulas forum tersebut tapi hanya nak share ilmu dan maklumat sedikit dari forum itu.

Ok, let's start with the speaker. Semua saudara kita mengambil bahagian dan para speaker dari Yayasan Harun Yahya. Para speaker mendedahkan Hidden Agenda orang Barat. Ok, kita kini semua ikut saja teori-teori Barat.
Contohnya, Darwinism Theory. Ok, to tell you the truth. Teori tu BOHONG SEMATA-MATA dan TAK PERNAH WUJUD. Tolong betulkan mind set korang. Manusia tidak pernah mengalami proses EVOLUSI.
In fact, semua makhluk kat muka bumi ni TAK PERNAH BEREVOLUSI. Kita hanya mengalami beberapa fasa perubahan dan perkembangan pertumbuhan tapi ini bukan dan tiada kena mengena dengan the so-called evolution phase. Bukan berevolusi. Mana mungkin manusia boleh tercipta dari SEEKOR MONYET.

Kita sebagai manusia diberi akal fikiran yang sempurna untuk berfikir secara logik yang kita ni adalah makhluk istimewa yang dipilih Allah untuk mentadbir dunia dan menjadi khalifahh. Jangan samakan kita dengan makhluk yang hanya mempunyai otak.

Berhati-hati lah dengan pisau-pisau tersembunyi disekeliling kita. Zaman kini memerlukan kita melihat dengan MATA HATI dan jangan membuta tuli ikut saja apa yang orang cakap this and that. Sila lah layari laman web http://www.harunyahya.com untuk maklumat lanjut. Semoga kita semua dalam jalan yang benar dan mendapat petunjuk dari Allah SWT. Amin..

Manusia Berevolusi..?
Tolong lah. It's clearly a FAKE.

p/s: ambil masa buka Al-Quran dan perhalusi nya.



Sunday, January 23, 2011

Have Some Respect Laa Wei..!

Orang Atas VS Orang Bawah. What's the difference? Kita semua berpijak di atas tanah yang sama ajer. Hanya yang membezakan kita adalah pangkat, harta, dan kedudukan yang bersifat sementara sahaja.

Pangkat, harta dan kedudukan yang yang dibina selama ini tak akan berguna kalau tak ada orang yang memandang kita. Now you tell me, macam mana orang bawah nak RESPECT kalau the orang atas sendiri tak tahu apa itu erti RESPECT? Respect doesn't mean you have to berlemak ikut saja telunjuk bagaikan "lembu dicucuk hidung".

It comes naturally actually. Bila orang RESPECT as who you are, then only the person will RESPECT you back in the same way automatically. Bak kata pepatah Melayu, "ikut resam padi, makin berisi makin menunduk" bermaksud makin tinggi kedudukan kita, makin merendah diri lah hendaknya.

Macam senario sekarang yang boleh kita lihat. (it's happend to me actually) Kita terpaksa tunduk dan menelan semua tohmahan dan hinaan dari mereka atas sebab kita takut untuk bersuara. Even if we speak out, who cares anyway. " I'm the one who has the power, not you. You just a piece of shit. Hahaha.."
(now tetiba suara tu bergema dalam kepala)

Anyway, the 'power' that you guys have, doesn't mean you can simply say harsh words toward others. For example, " Hei bengong lah you all ". It really mean okay and it hurts people feelings. Semua orang ada hati dan perasaan yang perlu dijaga sebab semua orang dalam hati ada taman.

It's a give and take situation actually. You just have to have a little bit of RESPECT in yourself. Only then you can learn how to RESPECT yourself and others. Kalau kita cakap, " Eh, mak bapak korang tak ajar ke hormat orang? ". Now that is really a rude question to ask. Silap hari bulan, makan kasut lah jawabnya. Tapi kalau ikut-ikutkan mesti dari kecik lagi parents dah ajar RESPECT semua orang tak kira kecik, besar, muda, tua, miskin, kaya, hodoh, cantik, bodoh, pandai, dan sewaktu dengannya. Tapi kenapa bila dah makin berusia dan makin tebal poket, kita makin hilang nilai RESPECT dalam diri.? Makin meninggi diri adalah, berjalan bak dialah raja, mendepang dada ke hadapan, mendongak muka ke langit dan menjeling orang di bawah dengan hujung-hujung mata sahaja.

Jangan lah macam tu. Tak rugi kalau kita RESPECT orang lain sebenarnya. In fact, orang akan hormat kita atas ketulusan hati kita dan bukan semata-mata pangkat kita. Contohlah, kalau orang di'RESPECT' sebab pangkat dan kuasa ni, let say one day dia bermasalah atau kemalangan kat tepi jalan, you all pulak adalah orang yang dulu dia hina-hina ternampak kejadian tu apa yang you all akan buat? Kalau saya lah, sepak-sepak dulu orang tu buat pelepas geram then baru call ambulans. Hahaha..
No, I'm just joking..seriously okay. Cuba korang fikir?

Kalau orang yang civilized, dia akan persetan semua hinaan yangdia terima dulu  dan akan tolong sedaya-upaya. Why? Kenapa tolong pulak. Asal tak biar keras kat situ saja? Ini kerana dia mempunyai SENSE OF RESPECT. We RESPECT others, including our enemy.

Another thing is, RESPECT among friends. Have you ever feel like you wanna scold your friends or people around you? For me, orang yang patut learn back about the value of RESPECT adalah
1. orang yang potong barisan masa ambil makanan, 
2. menganjing kawan-kawan dalam kelas, 
3. bersembang dalam kelas,
4.  bercakap-cakap masa perhimpunan,
5.  gantung baju dalam toilet, 
6. dan terutamanya yang sesedap hati suruh membe cop kan toilet padahal dah berakar orang tunggu turn. 
Hemm.. Shame on you.! No offence, I'm not trying to judge people or humiliating them. But that's the truth. And you you gotta learn to accept truth.

Yelah, memang mereka kawan kita, but it doesn't mean you tak patut RESPECT dia. Respect dari segi privacy and especially words that came out of your mouth. We never know, if our words that we've said to  them hurts their feeling. Luaran nampak aje okay, tapi dalaman hanya Tuhan saja yang tahu betapa makan dalamnya dia rasa. Melawak-melawak jugak tapi bare in mind, " Think before you talk" sebab terlajak kata, badan binasa. Dulu kawan baik, sekarang gaduh even kentut dia pun tak nak bau dah.

Haa, see? If people have a little bit of RESPECT, mesti dunia ni akan bahagia. Famous last words from me,
 " Your pangkat is just a piece of rubbish if don't RESPECT us..! " Take some time to sit back, relax and try to ask yourself, "selama ni aku RESPECT tak orang sekeliling aku atau aku hanya fikir aku saja yang betul..?" Emm, try to think about it. So, please RELAX, RESPECT, and RESPOND man...



Saya menyokong kempen RESPECT YOURSELF 


p/s: saya memang tengah mood nak berleter sangat ni..grrr..!




Friday, January 21, 2011

Mengenai Munira Mazlan yang Orang PATUT TAHU, walaupun Orang TAK NAK TAHU

1. Tak suka makan telur, terutamanya telur rebus seketul..burrggh..loya!

2. Tak pandai berenang, nama aja anak laut..so please don't throw me into the water, unless you gimme a   pelampung..or a cute penjaga pantai come and rescue me~wee~(GATAL)

3. Suka buat serius dengan strangers..bukannya sombong tapi its so IRRITATING bila strangers mamat mana tah datang dekat and says, "wewitt, hai kak long. nak p mana, sorang nampak,,?" so please think twice if you wanna approach me. got my eyes on you.

4. Jiwang boleh tahan karat..terutamanya bila suruh buat ayat-ayat cinta. Kira boleh lentok ar..

5. Kuat berangan..ni bukan angan MAT JENIN lagi dah, tapi tahap nampak gambaran 3D dalam kepala macam  mana rupa saya bila tua, ada ke putera naik kuda nak datang melamar..dan macam-macam lagi yang tak tercapai akalmu bak kata Elyana. (btw, who..?)

6. Ada parut ubat nyamuk kat tepi bibir kiri.. kesan bila masa baby dulu buas sangat sampai semua benda nak makan. Haa last-last padanlah muka muka melecur kena bara ubat nyamuk.

7. Lalat banyak berak kat muka.. mungkin lalat tu fikir saya ni toilet bergerak dia agaknya. Kan dah banyak peta atas muka ni.

8. Asalnya nak jadi ahli GEOLOGIST.. hoo tinggi impian. sebabb dulu minat sangat subjek geografi dan suka dengan alam semulajadi. (orang hutan!)

9. Payah menangis. Don't ask me to cry. My tears are like diamonds, but once I start crying I can't stop anymore.

10. Suka minum susu.. suka sangat. Bagi je lah susu apa pun semua diteguk. Dapat pulak SUSU LEMBU FRESH, perghh...leley...

11. Pandai panjat pokok.. Dulu kecik-kecik boleh panjat sampai ke pucuk pokok. Siap tertido atas pokok tu lah. Haha macam MONYET!

12. Tak pernah tengok real fireworks show..EVER..! Kolot kan? Nak buat macam mana, tak suka keluar bila malam MERDEKA atau NEW YEAR.

13. Suka dark chocolate.. So indulging + relaxing = HEAVEN.

14. Couple paling lama bertahan 6 bulan.. Saya memang  tak pandai bercinta. Call me ice queen or whatever tapi love is so frustrating for me.

15. Keluar rumah selalu tak bawa handphone.. Keluar sorang-sorang no handphone, tak diganggu & rasa free sangat. Horeyy..

16. Tak suka bau kedai atau kereta baru.. Busuk! Nak termuntah + loya.

17. Pemalu dengan boys.. Nak-nak pulak kalau laki tu yang membuatkan hati ni cair. Herr macam nak sembunyi dalam handbag aje.

18. Menyendiri.. Suka layan kepala sorang-sorang. Tak suka ganggu orang & tak suka diganggu orang. But don't try to mess with me, you'll end up waking up the monster inside me.

19. Suka tengok wrestling.. a.k.a WWE. Tengok dengan family paling best. Semua peminat setia. Tapi sejak masuk kolej ni tak boleh laa buat perangai tengok cerita tak senonoh tu dah. Herr

20. Suka tengok lelaki berkemeja.. Nampak sangat smart + berkerjaya + cair dowh..

21. Makan pedas tapi tak tahan pedas.. Kena sediakan tisu lah banyak-banyak.. Lepas makan, ready to explode.!

22.Suka makan tak suka masak.. haha ilmu masakan belum penuh di dada,, Tak habis berguru lagi.

23. Suka menulis dan berkarya.. I'm damn good at it. Seorang yang sangat puitis ok.

24. Layan classic love songs sebelum tidur.. Usually, midnight love songs kat LITE.Fm. Macam kena dengan jiwa dan membuai-buai aje. (don't you think so..?)

25. 1st time jumpa lelaki, akan pandang kaki dan perut dia.. Sebab bagi saya kaki melambangkan kebersihan diri nya dan perut menggambarkan tabiat pemakanan dan lifestyle dia.

26. Cepat jatuh hati pada lelaki yang romantik dan kelakar.. He who able to make me smile and laugh, wins my heart.

27. Metabolisme badan tinggi.. Jangan terkejut kalau ternampak saya makan. Saya makan like there's no tomorrow! but still badan tak naik.

28. Saya sangat skema.. Saya mengikut arahan dan peraturan dan tak suka pada orang yang melanggar peraturan.

29. Sangat camera shy.. Suka bergambar tapi malu..

30. Memendam perasaan.. Tak suka tunjukkan kesusahan yang dialami sebab pada saya biar kita susah sendiri tapi jangan susah kan orang lain.

Tadaa..so inilah 30 perkara mengenai diri saya. Ini hanya sebahagian saja, yang lain-lain nye I better keep it to myself..haha tak best lah kalau dedah kan semuanya.

ok ni rupa saya lepas dedahkan a little bit of myself...


p/s: for those who find  this post is so irritating or SS..please JANGAN BACA, ok? peace ya'll...





Saturday, January 15, 2011

MOONLAN - who..?

Oh na na.. what's my name?
Oh na na.. what's my name?
                 what's my name?
                 what's my name?
(versi Rihanna)

Say my name,
Say my name..
(versi Destiny's Child)

Get it? ( tetiba terngiang-ngiang lagu kat atas tu dalam kepala)
What i'm trying to point out today is..about my name. Yeah, seriously about my name (dengan nada perasannya..) I know you guys mesti wondering what the hek is MOONLAN..?
Is it the Mulan Anime? of course-not! (by any means it just a coincidence)
                                ok saya memang minat gila kat anime Mulan ni

well, moonlan is my name ..(not my real nama atas IC). Ini adalah gabungan antara nama saya dan abah saya. So, tadaa..terbentuklah nama ni.Nama komersial cari makan saya adalah Munira Mazlan ( bukan ejaan sebenar) yang boleh di 'search' kan dalam laman sesewang Facebook berdekatan anda.

My friends call me Moon and some call me Munie. Bercakap mengenai Munie, teringat pulak kejadian dulu masa 1st time saya perkenalkan diri kat sorang kenalan berbangsa India. Bila saya cakap,
 "hai, u can call me Munie."
then, she made this muka ala-ala nak tergelak atau tahan kentut. I was like,
"hey apa kena dengan u ni.?"
rasa macam nak lempang pun ada.. Then she said,
"u tahu tak, Munie is actually nama panggilan untuk kebanyakan lelaki India."
What..? Haha, betul-betul terkejut + nak tergelak =malu sangat.
                                                    haha, now that is funny

And asal bercakap pasal Moon pulak, orang mesti fikir..ok, Moon selalu dikaitkan dengan orang yang gempal ala-ala cute gitu. Ok, 1st saya bukan gempal dan 2nd saya mungkin comel..ahaa, that's right..(perasan).
dan kalau merujuk buku  "Nama-nama Pilihan dalam Islam" pulak, nama saya bermaksud..Yang Bersinar..
Ahaa, i like it!

I hate when people call me Munir. Rasa macam nak baling kasut aja.. Ini sebab bila dengar aja nama 'Munir' terus saya naik hantu (bukan kena rasuk). Sebabnya dulu masa kecik-kecik saya pernah ter 'jatuh hati' kat sorang budak ni dan kebetulannya nama dia Munir. Hensem wei i cakap u.. Kitorang sama-sama belajar kat sekolah arab dulu (zaman kayuh basikal).
Nak dijadikan cerita, dia tak suka kat saya. Dia selalu usik saya dan selalu marah-marah bila orang panggil dia dengan nama Munira. That's why dia macam meluat kat saya.. Huh, save it laa..aku pun meluat kat hang! wuekkk...
                                  haa ini la good example bila Munir VS Munira

Hmm, my name bukan lah se-glamour atau secanggih nama-nama mutakhir sekarang.. Bukan lah macam Aliya Maisara, Mimi Khuzaimah (kawan saya ni tersenarai), Zieana Maya (kawan saya jugak) atau Lisa Surihani.. Nama saya klasik taw.. In fact, semua siblings saya nama klasik. Tak percaya ke,, here's the prove:

  1. Norlailawati (rating: klasik..-NOT!)
  2. Ummi Kalsom (rating: tip top klasik)
  3. Munirah (rating: klasik)
  4. Muhd Ellyas (rating: agak klasik)
  5. Nur Hanum ( rating: paling klasik)
Haha, ni semua gara-gara makcik-makcik kitorang.Diorang lah yang kasi nama-nama kat kami semua. Mak dan Abah follow aja. Nama adik (hanum) saja yang abah kasi, tu pun lepas dia pulun gaduh nak letak nama tu.. Tak tahu kenapa mungkin sebab abah terkenan filem P.Ramlee tajuk Dang Anum kot..hehe
                              oh, hamba ,mengidam makan nangka kepunyaan Raja


Enough lar talking about my name..Nanti korang naik muntah hijau pulak asyik baca pasal sejarah nama saya ni..But, i do think my name is cool what..(sorry can't help it =P ).. period!



p/s: saya guna bahasa rojak nih..baru 1Malaysia..iye dak..?! haha




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...