Tuesday, February 12, 2013

Perihal Makanan & Rasulullah SAW :)

Assalamualaikum..

Sudah makan? :)
Meh sini meh nak cerita serba sikit pasal Rasulullah dan makanan..
Banyak sungguh perihal Rasulullah dengan makanan, yang mana kita boleh jadikan ikutan. 
Nabi Muhammad SAW bersabda; 
Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

  • Rasulullah SAW seorang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali mahupun memujinya, kalau suka, Baginda makan. Tapi kalau tak suka Baginda akan meninggalkannya tanpa mencelanya.
  • Baginda tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. 
  • Baginda menyukai susu. Baginda bersabda, "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekali gus minuman melainkan susu." 
  • Baginda gemar menjilat jarinya sebanyak 3kali selepas makan. Hikmahnya, tangan ini ada enzim yang membantu penghadaman makanan, apabila dijilat, kita akan menambahkan enzim tu dalam perut utk melancarkan lagi pros. penghadaman makanan. 
  • Baginda menggunakan 3 jari ketika memakan buah-buahan. Manakala apabila memakan roti atau segala yang berkuah, Baginda menggunakan semua jarinya.
  • Baginda berdiri ketika minum air Zam-zam dan menggunakan Qirbah (bekas minuman dari kulit binatang). Hukum perbuatan ini Sunnah. Hadis riwayat At-Tarmizi & Ahmad, "Aku melihat Rasulullah SAW kadang-kadang berdiri & kadang-kadang duduk."
  • Baginda akan berhenti (bernafas) tiga kali ketika minum segelas air. Hadis riwayat At-Tarmizi, "Bahawasanya Nabi SAW berhenti tiga kali ketika meminum segelas. Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan."
  • Baginda amat menyukai minuman yang manis dan sejuk.
  • Baginda paling menyukai cuka. Hadis riwayat Jabir bin Abdullah, "Sebaik-baik lauk adalah cuka."
  • Baginda bersabda dalam Hadis yang diriwayat;
  1. Abu Asid, "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati."
  2. Aisyah, "Adalah Nabi menyukai manisan dan madu."
  3. Abdullah bin Harith, "Kami makan bersama-sama Rasulullah SAW daging bakar di dalam masjid."
  4. Ummu Salamah, "Dia menghidangkan potongan daging kambing panggang kepada Rasulullah SAW. Baginda memakannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk semula."
  5. Abu Ubaid, "....Baginda sangat menyukai kaki kambing...."
  6. Anas bin Malik, "Rasulullah menghidangkan buah kurma dan sawiq (gandum yg digoreng) di hari pernikahannya dan Safiyah."
  7. Anas bin Malik, "....Baginda sangat menyukai buah labu..."
  8. Abdullah bin Jaafar, "Sesungguhnya Rasulullah SAW memakan buah timun dan kurma yang masak (basah)."
  9. Aisyah, "Rasulullah SAW pernah memakan buah tembikai dan kurma yang masak (basah)."


Semoga sedikit maklumat ni kita semua dapat jadikan ikutan.

Selamat Mencuba :)












p/s: Copy from buku, 'Biografi Agung Rasulullah SAW by Rusydi Ramli Al-Jauhari.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...