Assalamualaikum WHT..
Huu ada dua post baru nih, nak update mana dulu haa..erm sepeti yang dijanjikan lah dulu ya.
Nasi Ulam Cikgu. :)
Berlokasi di Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan.
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau nasi ulam cikgu nih, memang agak terkenal lah.
Kami sendiri suka makan kat sini sebabnya, harga murah gila, kalo nak g ramai2 ngan membe kan pilih jek lauk2 dia, ulam lak amik ke banyak mana nak amik, dia cas sehengget jek*, normally pas total suma semeja makan, bahagi bapa kepala yang ada, usually kami hanya bayar RM 5 ja utk sorang. Wah, lumayan ya, enakk!! :D
Ulam-ulaman yang ada kat sini memang lah pelbagai, kira sapa hantu ulam tu (macam abang ipaq aku tuh, kehkeh) memang akan enjoy. Dia punya lauk pauk tu kira memang kena lah untuk makan ngan ulam, contohnya masak lemak ikan patin, ayam goreng, ikan keli, sayur lemak kobis, ikan kembung bakar etc.. Pencicahnya pulak air asam, sambal belacan, tempoyak n yang paling wajibnya BUDU lah, semua bole kita gaul sendiri campur ja pape cili ke bawang ke mangga ke serai ke semua boleh :)
Konsep makan jugak kat bawah rumah kampung jek, kat bahagian atas tu muzium songket, dan jugak beberapa bahagian rumah yang buat kelas2 mengajar. Open air *agak panas tapi ada ja kipas, so kalau lunch time dia buka mula pukul 11 am hingga lauk habis atau sampai takdak orang dah dalam pukul 3 pm camtu lah :)
Sampai sini makan aja ok, terus serbu, nanti ulam habis kang kempunan lak. hehe..
Btw, restoran ni kat dalam kampung kraftangan di mana kampung nih menjual banyak hasil2 kraftangan dari bahan rotan sampai lah ke lukisan2 cantengan batik. Also, kelas2 jahitan pun ada dibuka kat sini, tak kurang jugak kelas melukis&mewarna serta kelas cantengan batik. Lepas makan kenyang2, boleh lah nak g cuci2 mata ka tengok2 barang mana bekenan di hati tu, boleh laa buat cenderamata ole2 dari Kelate.
hehe lawak kan pantun dia, kreatif sungguh..
mai..mai..pakat2 pilih ni..macam2 adaa.
ekehkehkeh..
Haa ni hampa, kalau nak tengok Muzium songket pun boleh, naik aja rumah kat atas tempat ruang makan tu, tapi jangan lupa buang kasut dulu tau, bayar sehengget jek then tengok lah macam2 jenis songket yang di-display, senang ceqita segala pasai keturunan suku sakat songket lah..kehkeh
Remember, I did mention about class yang ajar melukis ngan cantengan batik kan.. Haa, menurut encik yang tu katanya dia memang open class untuk orang ramai, especially untuk students yang amik Arts dan jugak untuk sesapa yang nak try buat cantengan secara touch and go.. So join lah, harga pun berpatutan. :)
Dan ni pulak antara artis yang hasil karya dia memang artistik, kira hasil seni yang cantik dan boleh buat sumber pendapatan. Also open for tempahan potret. :)
KFCM ke ni??
See, cantik kan. :)
Hmm secara keseluruhan, pendek kata macam2 benda ada kat sini, dan gambaq2 yang ada ni pun sikit aje dari apa yang ada kat sini. X rugi mai sini, makan dapat, cuci mata dapat, buah tangan pun dapat..
Kelantanese, wajib kena mai. And kalau orang luar, cuba lah mai. It worth it.
Till we meet on my next post. :)
Wassalam..
*muka pulun makan eskrem tengah hangat. weyh lega aih..kehkeh
p/s : nanti-nanti nak g sini lagi lah. InsyaAllah :)