Sunday, February 10, 2013

belahak macam..GAJAH.


Assalamualaikum..


Jangan disangka muka bajet ayu pertuturan cakap yang dijaga rapi tak mempunyai tabiat buruk. Tabiat buruk yang sekarang melanda diriku adalah table manners yang dah sangat OUT KE LAUT. Memang tak malu dedahkan keburukan sendiri, bukak pekung kat dada-kononnye lah, alahai. Yah, da makin hilang adab kat meja makan.

1st, bila makan asyik bersulam air
which is sangat lah tak baik, *ya maaf saya sedar kesilapan saya, bole cepat kenyang, nasik tak habeh makan, perut cepat kembung and definitely akan cepat boroi, yes..BOROI.
2nd, pakai tangan kiri pulak tu
Aish, perangai macam setan betul :P tapi dak aih, sungguh nak habaq ni, ngaku siap kalau da tangan kanan cekau nasik, minum lak pakai tangan kiri lah. *Mak aii, buruk sungguh perangai hang weyh, malu ar.. :’(
3rd, pastu belahak macam gajah
Huu, betapa buruknya rupa bole berubah dalam sekelip mata bila kedengaran bunyi belahak (sendawa) di kalayak ramai. Kalau tak kuat mana pun, tapi orang bole dengar jugak. Huu sungguh lah tak sopan, kalau pakej my sekali bau gulai semalam punya, adeh lagi ar FAIL! *maaf, maaf..walaupun awak selalu cakap saya comel bila belahak..oww sweet-not! Saje kan nak amik hati saya kan, kan? Wahaha
4th, makan tak habis – buang – bazir – equal to, SYAITON !!
Yelah bila da time makan asyik aja bersulam air, last2 cepat lah rasa kenyang. Makanan tak habeh, apa lagi..tinggai..buang. Huu, kesian nasik, makanan tu..mintak maaf..saya ni betui2 tak qeti hargai rezeki yang ada depan mata *patut lah badan hang tak mau naik, dok kuruih keqing..huu
5th, tak ikut sunnah Nabi, -nauzubillah
Makan pulak pakai main ikut dan aja nak bedal, tak ikut petua2 Nabi. Ni yang dok buat  yang laut campo dengan darat, tak makan buah dulu,  makan lepas isyak time tengah2 malam, masuk perut  memang mengkelai ar (bergaduh) akhir sekali settle down dalam jamban sebabnya sakit perut. *aish..sedih dengan diri sendiri sebab tak cuba nak ikut Sunnah Nabi SAW L

Sememangnya rasa kecewa dengan diri sendiri sebab makin tak beradab dah, benda ni kecik sekalipun tapi kalau da jadi tabiat, memang huduh la orang pandang, walaupun orang tak tegur, tapi saya sedar salah saya. Hmm, In Sha Allah, saya berazam nak perbetulkan semula yang tak betul, sebabnya sebelum ni saya bukan macam ni, mungkin sebab dah lalai, terus makin menjadi2 perangai tak beradab nih. *mak hang tak ajar ka? Mak aku ajar, saja aku yang lalai..huu sedih.







p/s: Nabi kita adalah ikutan yang terbaik, indeed  J




Wednesday, January 9, 2013

Seputar Nasi Ulam & Kraft :)

Assalamualaikum WHT..

Huu ada dua post baru nih, nak update mana dulu haa..erm sepeti yang dijanjikan lah dulu ya. 
Nasi Ulam Cikgu. :)



Berlokasi di Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan. 
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau nasi ulam cikgu nih, memang agak terkenal lah.
Kami sendiri suka makan kat sini sebabnya, harga murah gila, kalo nak g ramai2 ngan membe kan pilih jek lauk2 dia, ulam lak amik ke banyak mana nak amik, dia cas sehengget jek*, normally pas total suma semeja makan, bahagi bapa kepala yang ada, usually kami hanya bayar RM 5 ja utk sorang. Wah, lumayan ya, enakk!! :D
Ulam-ulaman yang ada kat sini memang lah pelbagai, kira sapa hantu ulam tu (macam abang ipaq aku tuh, kehkeh) memang akan enjoy. Dia punya lauk pauk tu kira memang kena lah untuk makan ngan ulam, contohnya masak lemak ikan patin, ayam goreng, ikan keli, sayur lemak kobis, ikan kembung bakar etc.. Pencicahnya pulak air asam, sambal belacan, tempoyak n yang paling wajibnya BUDU lah, semua bole kita gaul sendiri campur ja pape cili ke bawang ke mangga ke serai ke semua boleh :)
Konsep makan jugak kat bawah rumah kampung jek, kat bahagian atas tu muzium songket, dan jugak beberapa bahagian rumah yang buat kelas2 mengajar. Open air *agak panas tapi ada ja kipas, so kalau lunch time dia buka mula pukul 11 am hingga lauk habis atau sampai takdak orang dah dalam pukul 3 pm camtu lah :)



Sampai sini makan aja ok, terus serbu, nanti ulam habis kang kempunan lak. hehe..

Btw, restoran ni kat dalam kampung kraftangan di mana kampung nih menjual banyak hasil2 kraftangan dari bahan rotan sampai lah ke lukisan2 cantengan batik. Also, kelas2 jahitan pun ada dibuka kat sini, tak kurang jugak kelas melukis&mewarna serta kelas cantengan batik. Lepas makan kenyang2, boleh lah nak g cuci2 mata ka tengok2 barang mana bekenan di hati tu, boleh laa buat cenderamata ole2 dari Kelate. 

 hehe lawak kan pantun dia, kreatif sungguh..

mai..mai..pakat2 pilih ni..macam2 adaa.







ekehkehkeh..

Haa ni hampa, kalau nak tengok Muzium songket pun boleh, naik aja rumah kat atas tempat ruang makan tu, tapi jangan lupa buang kasut dulu tau, bayar sehengget jek then tengok lah macam2 jenis songket yang di-display, senang ceqita segala pasai keturunan suku sakat songket lah..kehkeh 

Remember, I did mention about class yang ajar melukis ngan cantengan batik kan.. Haa, menurut encik yang tu katanya dia memang open class untuk orang ramai, especially untuk students yang amik Arts dan jugak untuk sesapa yang nak try buat cantengan secara touch and go.. So join lah, harga pun berpatutan.  :)






Dan ni pulak antara artis yang hasil karya dia memang artistik, kira hasil seni yang cantik dan boleh buat sumber pendapatan. Also open for tempahan potret. :)

KFCM ke ni??



See, cantik kan. :)

Hmm secara keseluruhan, pendek kata macam2 benda ada kat sini, dan gambaq2 yang ada ni pun sikit aje dari apa yang ada kat sini. X rugi mai sini, makan dapat, cuci mata dapat, buah tangan pun dapat.. 
Kelantanese, wajib kena mai. And kalau orang luar, cuba lah mai. It worth it.
Till we meet on my next post. :)
Wassalam..

*muka pulun makan eskrem tengah hangat. weyh lega aih..kehkeh















p/s : nanti-nanti nak g sini lagi lah. InsyaAllah :)



Sunday, December 23, 2012

Cheerio Kelate!

Ermm..wanginye..ermm..white musk :)
ehehe, time kasih awak..sumpah,suka sgt!


Assalamualaikum..


Ahlan wasahlan rakyat jelata..kabare?? harap baik2 jelah.
Waa, hati ini manyak gumbira lah, rasa macam sudah menang loteri. kehkeh
Yeay ni hampa kami nak habaq ni, kami dah habeh mengaji dah..wuhuuu..!!
Huish, perasaan tu memang syok habeh laa habaq hang. Huu 3 taon cek mengaji kat Kelantan nuu, last2 habeh jugak, Alhamdulillah. 
Officially habeh praktikal kat Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 9 Disember 2012 kat wad Mahsuri, huuii jonah baq hang tapi lantak ah pulun p arr cikit da nak habeh kan, bila lagi bole dapat basuh berak orang puas2..ngahaha



Erm, selamat tinggal HRPZ II, my first ever clinical experience. Sepital ni meninggalkan banyak kenangan, pengalaman, peristiwa, new people, frens and yes I had so much fun here in HRPZ II, actually its quite hard laa for me to leave HRPZII,  yelah kan macam2 lah jadi kat sini. And yes, here also I found you, ehem ehem my gewe here in HRPZII, wad paeds, Anggerik masa saya sem3, tho yeah maybe you dun realise me at dat time. Huuu~~ :')
Hey, maybe...just maybe 1 fine day, I'll be back, who knows.. ahaahaa *please no, praying~!! 

And then kursus induksi sebelum exam Lembaga Jururawat Malaysia, kursus yang berlangsung selama 1minggu. Fuhh, its been quite tough week, ceramah2 dia waa gile kena tahan ngantok! All about Integriti, Akta, Perlembagaan, etc etc. 
Teringat lak time tengah ngantuk tu, punya lah tersengguk-sengguk, tetibe telinga terdengar suara bergelak2, pusing2 belakang, tudia budak2 laki dok mengekek gelak tengok budak pompuan sangap. Ahaha bongok betoi.



Hehe, yeah mmg best sewaktu induksi tu, meeting new frens, bebudak MA KISTS.. Hampa memang sempoi weyh. 

Habis Induksi still bebudak ni ber-keeping in touch, g kenduri Kak Pah kat Aloq Staq.. G Perlis, wuu manyak syiok. Untunglaa hampa, jeles weyh. Padan muka aku, silap tarikh sangat. Waa!~~

Anyway, selain dari tu jugak kami semua terlibat dlm kami punya last Dinner Perpisahan. Huu tema dia " Hikayat Seribu Satu Malam, Arabian" huu gile glam mak ngah! Aish teringat lak dulu kami pun nak wat tema ni lah masa  managed our dinner last time, but hey lots of thanks for juniors sebab manage to do dis kind of event for us. We were overwhelmed.

Hey check out these pics during the event :) 
* btw, also check out my green shawl, I made it myself cost me only RM 6. wallah! 






  Puan See Teik Lan..huaa~~ I miss u puan, u r the greatest cikgu! I lap u puan, u've been so kind, I mean like the kindest puan for us, like seriously mam. Omaigad~~
Haha, yah u noe kumpulan kita ni kan pengajar lain tengok ujung2 mata aje, but for u, no, u've prove they were wrong, u keep giving us moral support, mentally, and I do believe dat u can be a good counsellor, yah again like seriously. Yah, for me, I'll definitely will remember u puan. Just TQ 4 everything.
*macam pengampu gile aku ni, ahaha 





Kami semua dah habis menjawab exam Lembaga Jururawat Malaysia, bagi melayakkan kami untuk dapat lesen berdaftar sebagai Jururawat Terlatih.. waa~~
Doakan ya kami semua 92 pelatih ni lulus 100%. 
Amin. 

Actually sekarang ni saya tengah bersenang lenang kat umah, sudah bergelar penganggur terhormat  wahaha..
Oh jap nak post sikit gambar2 sepanjang kat Kelate.. ehehe


Nasi Ulam Cikgu, nak habaq my ni huish cek suka lah makan sini, harga murah, berkhasiat, awet muda oh makan ulam banyak2 nih. Dekat Bandar Kota Bharu, Pusat Kraftangan. Buka sabtu-khamis, lunch time.



 
Kawe memey berahi, sokmo derak ke sini, nanti kawe buat post special punya pasal pusat kraft ni. Wahaha~~
So dats it. Cukup takat ni dulu post buat masa  la, blog ni akan acapkali di update lepas ni..*wahaha bajet ada banyak peminat :P 
Pape pun, I'm planning on going to Kelate selepas ni, ehem ehem, eh bukan apa, nak g shopping lagi kat Pasar Siti Khadijah aka PSK (versi urban) atau Pasor che jah (versi kelate). ngahaha~~
wokeyh, till then, good night peeps! 
Wassalam :)



* kasik post gamba perasan 1, kehkeh











p/s: wah..nak beli kain pasang kat PSK..geram geram! grrr..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...