Sunday, September 1, 2013

Till We Meet Again HSDG :)

Assalamualaikum wbt...

Selamat petang dari kediaman baru di Putrajaya bebeh.. :) Baru saja checking in semalam. Penatnya mengangkut barang nak pindah tu haa. Mimi sampai cakap, "Moon..orang rasa numb laa tangan. macam fracture dah.." alolo..hehehe..

Nampaknya jugak secara tidak langsung kami staff tumpangan Hospital Serdang akan kembali bertugas semula kat Institut Kanser Negara kat Putrajaya sini. 

Teringat dulu masa mula-mula masuk Dewan Bedah Hospital Serdang. Rasa sangat janggal suasana tu..Rasa macam every single things diperhatikan dan saya personally nampak macam semua orang tu jahat. Haha, jahat maksudnya macam akan mencari je kesalahan orang2 baru ni. hehe.. *paranoid je kan
Tapi bila dah lama2 kat sana, da rasa comfortable, dulunya tak pandai nak bergurau dengan senior tapi da bole bergurau, gurau halus gurau kasar pun ada jugak.. hehe

Mula jugak kita nampak macam akak ni sombong laa..sebenarnya tak pun..kita kena kenal2 dulu. After that, InsyaAllah bole get along. 
Sekejap aje 3 bulan masa berlalu dekat HSDG, sepanjang 3 bulan tu jugak memang banyak lah benda baru yg saya dapat belajar. Bermentorkan akak yang baik *kadang bole tahan garang gak. Bermain dengan instruments operation, bersosial dengan golongan pertengahan umur, all the surgeons, medical staffs..patients..
Whole bunch of new things I've encountered. I swear I'll never forget those people and memoirs in HSDG. 
Segala pesanan tu InsyaAllah saya akan ikut yang baik2..dan bagi memori sedikit masam tu takpe, saya ingat jugak dan akan saya jadikan ppengajaran dan peringatan untuk lebih waspada di masa akan datang. 

*tetibe rasa rugi lak tak update day by days pengalaman masa keja.




















 Terima kasih warga HSDG..I already missing you guys.. :')











p/s: rindu nak makan-makan sekali.. main masak-masak dalam pantri masa bulan posa.. main tolak-tolak set.. jerit-jerit kat recovery.. huuu :)




Thursday, August 8, 2013

Sejenak

Assalamualaikum whbt..

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat semua. Alhamdulillah. Saya keja di hari raya tahun nih. hehe.. Seronok? Tak pun.. Ada laa rasa sedikit kosong. 
Hmm lama tak update blog dek kesibukan mengejar kerjaya. Cewah.. Banyak sangat cerita yang ingin dikongsikan. Terlalu banyak. Dan semuanya mengajar diri ini untuk menjadi insan yang lebih matang walaupun masih struggling untuk berdiri face life adult life, life as makan gaji. Banyak jugak perkara yang mengejutkan, yang sedih yang suram yang elevated my mood. 
One things for sure, its been a big change to my life. I don't noe, sumhow.. I miss the good old days. :)
Nevertheless, I have I have to face my life right now, tho I'm having quite a rough time trying to adapt to it. But, InsyaAllah I'll try my very best.
Wish me luck. 
And again, Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Maaf zahir dan Batin.





p/s: lepasni nak update post banyak2.




Sunday, June 16, 2013

Adat Buli Membuli

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik rupanya da masuk bulan kedua saya sebagai staff nurse dekat Hospital Serdang ni. Alhamdulillah jugak haritu gaji pertama da masuk. Rasa bersyukur sangat bila merasa dapat gaji sendiri. :)

Rasanya nak kongsi sikit pengalaman kerja. Its official, saya da buat keputusan pilih jadi scrub nurse. Kalo nak tahu, sekarang ni saya dgn kengkawan semua kena ikut senior memandangkan kami budak baru. Banyak lagi benda kena belajar. Jadinya sebelum dapat mentor, kami tagging aja dgn memana senior yang incharge jaga OR assignment kami. Macam saya mula2 dapat assignment OR kes Orthopedic. 

Banyaknya benda yang dah lupa ni terutamanya  anatomy. Tapi takpe lah masuk aja la ikut senior tu. Bagus lah senior ni dia mengajar betul2. Banyak kali lah jugak kena marah sebab lembap sikit. Huhu. Tapi takpe tak kisah sebabnya dia marah tu utk mengajar, lagi satu tak mengaibkan pun. Hehe

Cumanya ada lah banyak kejadian yang macam memalukan jugak laa. Sebab yelah kita kan budak baru, dlm 14 org masuk OT. Jadi ramai laa orang aim kan. Kadang sengaja nak cari kesalahan kita, buli kita, marah dan jugak ada yang discriminate kami ni juniors. Kadang gak kami terfikir, ''apa laa masalah diorang ni. Kita suma kan kerja under one team. Perlu ke nak buli2 semua ni. Haish tak paham betul.''
Pernah sekali tu saya kena buli kaw kaw punya. Ceritanya, kat hospital sini guna sistem IT untuk masukkan details patient, kami smua tak pegi class IT lagi jadinya kami sempat belajar sikit je dgn senior. So, on that day saya dapat assignment dekat recovery bay. Actually tempat ni GA nurse yang incharged tapi sebab tak cukup staff so haritu saya kena lah cover. Saya kena jaga patients sebelum masuk OR (operation room) dan jugak selepas kluar. Kena lah enter dalam system tu banyak benda. Nak receive patient lak dah ada staff senior kt situ. Total kami 3orang. So buat lah keja, haritu punya lah busy sampai x menyempat nak makan. Ya Allah,  dasyat betul. Yang sedihnya tu, saya kena buat semua kerja sorang2. Senior main tinggal aja kat kita. Cubalah bayangkan kita ni budak baru masih terkial-kial tapi bila alih tengok takde sapa pun org nak tolong kita. Masa tu jadi serabut sikit laa nak2 pulak patients datang melimpah2. At one point ni bila sy tanya senior benda yang saya x tahu nk key in. Alik2 dia lak sound kita depan patient dengan doktor. Amboih, da la kita yang wat keja dia. Bukan nak berterima kasih, ni main sound2 lak eyh. Memang bengang laa kita da laa macam lipas kudung ni haa. Bukan ada tangan 10 kederat 10 org laki. Haish bila kita terus terang cakap kita x menang  tangan nak cover semua termasuk lah keja dia sekali, sekali lagi dia sound kita balik, siap cakap ''eh hello..ko ingat ko sorang aje buat keja?!'' Ya Allah..Tuhan saja yang tahu perasan saya masa tu. Sebak gile. Sampai malas nak cakap sepatah pun dgn dia. Sedih tau, dia longgok suma keja atas kepala saya. Tahu tak saya x makan lagi. Ko akak da dekat 5 kali ko masuk pantri saya tengok.
Hmm takpe lah. Pernah ada orang cakap ''perkara buli itu adalah biasa, kalau tidak membuli tu yang luar biasa''. Haha, entah apa2. Saya tak rasa tergugat lah kak, mungkin kak berjaya buat saya menangis, tapi kak takkan dpt patahkan semangat saya. Taknak aku nak jadi pemalas macam ko, akak. 


Ada jugak kejadian yang agak lucu lah, buli secara melawak. Hehe, masa tu dalam OR, kes da nak mula and kes ni banyak surgeon attend, saya lak budak baru so mana lah nak kenal lagi semua surgeon. Nak dijadikan cerita, senior ni suruh saya pegi tanya surgeon ni dia nak guna adhesive plaster yang mana satu. Sambil jari dia pointing kat sorang surgeon yang tengah berdiri tu. Surgeon tu lak tengah kalut2 nk g scrubbing kt bilik sebelah. Sy pun jerit lah panggil nama dia, '' mr.k...mr.k..'' tapi pelik dia x pandang pun, siap kita ni terkejar2 pggil dia tapi dia x pandang kita langsung, aik. Then, tetibe dengar orang kat belakang gelak, senior tu tengah gelakkan saya. Pastu dia cakap ''ko panggil sape?? Tu bukan mr.k.. tu haa mr.k sebelah ko..'' dia cakap sambil tgelak2. Saya pandang aja sebelah surgeon mr.k tengah baik punya gelakkan saya. Rupanya dia ada sebelah saya aja sambil tgk drama tadi. Aduh malunya.. tapi kalau teringat balik memang lawak laa. Si senior tu sampai ke sudah  cerita habis kisah lawak tu kat semua surgeon lain. Sampai ada sorang surgeon ni tegur saya, ''hai munirah, kenape lah u ni cute sangat'' huh buang tebiat betul, ku sangkakan cute dalam maksud comel, rupanya cute dalam maksud si lurus bendul yang kelakar. 
Ceyh.. 

Hehe sebenarnya ada lagi banyak kisah kelakar yang jadi. Macam2 betul, ada pernah surgeon mintak drill, tapi saya kasinya blade. Then, tengah2 jalan baik punya depan orang ramai tetibe tersadung hampir2 nk jatuh pastu baik punya cover balik dengan peluk membe yang ada dekat situ. Haish Macam2 lah. Malu cek nak ceqita  semua. Hewhew..
Ok setakat ni jelah dulu. Ni nak kasi tengok cikit gamba kami semua dalam OT. Hehe








Wassalam.











P/s:  Kita tak boleh sombong  dengan ilmu yang kita ada.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...