Wednesday, February 16, 2011

Al-Amin


SALAM MAULIDUR RASUL
1432 HIJRAH

Sedikit kisah mengenai keperibadian Nabi Muhammad SAW.

  • Sewaktu Perang Badar, seorang sahabat Sawad datang memeluk Nabi dan menangis bersungguh-sungguh. Melihat keadaan itu nabi bertanya kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya, Engkau lihat Ya Rasulullah apa yang engkau nampak. Aku ingin sekali sebelum mengakhiri hayatku supaya kulitku bersentuh dengan kulitmu sebelum aku balik menemui Allah SWT.
  • Satu ketika, Rasulullah SAW meminta supaya seorang sahabatnya menjadi tukang kayu menyediakan sebuah mimbar baru. Mimbar lama dibuat daripada batang kurma yang dikerat. Ketika Nabi SAW hendak berucap atau berkhutbah Baginda akan berdiri di atas batang kurma tersebut. Setelah siap mimbar baru, lalu dibawalah kepada Nabi Muhammad SAW. Sebelum sempat Nabi memijak mimbar yang baru, Nabi SAW telah terdengar mimbar lama menangis. Lalu Nabi SAW meletakkan tangannya yang mulia itu ke atas mimbar lama itu, barulah mimbar lama itu berhenti menangis. Seolah-olah mimbar lama dapat merasakan khidmatnya tidak diperlukan lagi kerana telah ada pengganti mimbar yang baru. Sebab itulah disebutkan di dalam Al-Quran, maksudnya: " Tidak Kami utuskan engkau, wahai Muhammad kecuali sebagai pembawa Rahmat ke seluruh alam." Hatta kayu yang mati pun dapat merasai rahmat dengan kedatangan dan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
  • Dikisahkan oleh Umar ibnul-Khaththab, "Aku dan Abu Jahm pernah berkomplot untuk membunuh Rasulullah SAW. Maka aku menyusun rencana jahat itu bersama Abu Jahm dan kami sepakati pembunuhan dilaksanakan pada malam hari. Pada waktu malam, berangkatlah kami menuju rumah Rasulullah SAW. Setelah mendengar ketokan kami, pintu segera dibuka oleh beliau sambil membaca surah al-Haqqah. nabi SAW menatap kami dengan tajam, tiba-tiba Abu Jahm memukul tanganku seraya berkata; "Selamatkanlah dirimu dsengan segera." Akhirnya, kami berdua lari tunggang-langgang. Peristiwa yang dialami oleh Umar tadi termasuk salah satu perkara yang menyebabkan dirinya masuk Islam.
  • Diriwayatkan oleh at-Tarmizi dari ibnu abi halah bahawa bila para sahabat sedang berada di sekeliling beliau dan mendengarkan beliau sedang berbicara, mereka diam dengan tenang sambil menundukkan kepalanya, seolah-olah kepala mereka sedang dihinggapi burung. Oleh kerana kewibawaan agung yang terpancar dari beliau, siapa pun orangnya tidak akan sanggup untuk bertatap langsung dengan beliau sehingga tidak dapat pula untuk menceritakan sifat-sifat beliau.
  • Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kejadian yang diterimanya dari Anas r.a sebagai berikut: " Aku belum pernah menyentuh sutra yang lebih halus dibandingkan telapak tangan rasulullah dan aku belum pernah mencium bau yang lebih harum dibandingkan dengan keharuman bau badan Rasulullah SAW."
  • Dikisahkan oleh abu Juhaifah ; " Suatu hari, aku melihat Rasulullah berjalan dan di belakangnya berjalan pula seorang wanita. Kemudian, orang-orang yang melihat beliau langsung mendekat dan mencium tangannya. Aku pun melakukan hal yang sama. Pada waktu tangan Rasulullah kupegang, aku merasakan tangan tersebut sangat dingin, sedangkan ketika kau mencium tngan beliau ternyata baunya sangat harum, lebih harum dari pada minyak misik."
Subhanallah...

Makam Rasulullah SAW.





p/s: Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...