Sunday, May 29, 2011

20 Ringgit Malaysia Sahaja

Alloha..
Aceyh, semangat pantai Hawaii pulak, yah mungkin saya tak mampu ke Hawaii sana tapi saya mampu untuk ke tempat-tempat menarik kat Malaysia ni. Yes!
This is how things get started, one fine Wesak day, Imah n Mimi keluar meronggeng ( tak ajak kitorang pun, sampai hati noh ) ke Terengganu. Yup Terengganu sana nuu.. They went back to hostel and showed us their awesome pictures. Jealous sangat, nak p jugak. Nampak laut yang sangat biru. Waw, boleh imagine mandi manda kat situ.
Anyhow, kami plan pergi sana and surprisingly dengan bajet perjalanan hanya RM20 TUNAI SAHAJA!
Trip for the day: Bukit Kluang, Kuala Besut, Terengganu.
Here we come!

Perjalanan dimulakan, sumbat suma barang dalam kete kecik ni..

After about an hour, sampai lah kami. Snap dulu..!

So here you are, tengok lah sendiri. Tempat ni not bad cantik, tak jauh mane pun dari Kelantan, kira macam sempadan lah..
Subhanallah, cantik kan..

Our excited faces,

Haa see see, mimi semangat pantai.

Imah macam budak kecik nampak air je terus terkam.. ( sebenarnya kami semua pun macam tu, sama saja excited ) haha

Mandi time..Tukar baju dulu..

" Menuju puncak, gemilang di hati....bersama janji....blablablabla...."
( tak ingat lirik sangat..=P )

Jannah kepenatan, yang lain tak nampak rupa dah semua resap dalam air..
( sorry, our pics sangat private, can't show u guys )
So, berendam lama-lama dalam laut, about 2 or 3 hour past, naik darat, matahari pun dah mencacak. Mandi, salin baju, next activity please...!

Taraa..
" Dia boleh bertukar wajah..boleh...blablabla..ini bukan cerita hantu..blaablaablaa.."
( sorry can't help it, lagu Senario ni memang kelakar..)
Tengok lah sendiri.



Eh wait, kenapa dress saya dalam gambar ni bertukar wajah jugak, actually corak nya bukan macam cheetah pun, tapi bila dalam gambar dia jadi macam ni pulak..
Hmm,,, musykil, musykil....



Perjalanan diteruskan, next trip Jeti bot ke Pulau Perhentian.

Bincang punya bincang whats our next plan for the day

Kat belakang kedai makan tu ada satu port relax yang sangat unik, kami ambil kesempatan ni untuk tangkap gamba. Enjoy it..








Hit the street again, jumpa tempat yang cantik je, parking kete tepi jalan, terus terjun.
Ni lah salah satu tempat yang kami terkam, sawah padi tepi jalan. Wah tetiba teringatkan kampung nenek kat Merbok, Kedah. Tapi honestly, kat Kedah dia punya sawah lagi terbaik lah.. 




Mukhsin, Orkid dan orang ketiga. =P

Haha, kami sangat poyo.

 Hari makin malam, jom makan.
Off to Restoran Wau, Kota Bharu. Thanks to Wan Haziq sebab suggest tempat ni. =)

Nyum nyum..

Cheese or Chocolate..?



Eating machine..see..??

Chatting, and chatting

Blaa,blaa,blaa,blaa..

Weeeeeee~

Snapping another pictures, please jangan pernah jemu tengok kami..muahaha

So, that it for today. Semua orang happy, mandi laut, jadi orang laut buat sehari, panggang kulit tengah-tengah hari, ber cam-whore seharian, makan-makan, and berbagai lagi lah. Extremely fun hanging out with u girls.
Yelah, exam dah habis, ni lah aktiviti nya. hehe




End of the day, semua orang sunburn. haha..
Its okay, yang penting its fun.!






p/s: masa mandi kan ada sorang pakcik ni, suspicious gila..hee sangat menakutkan. Thank God dia tak kacau kitorang.



Sunday, May 15, 2011

There Are Signs Saying, " He's Just Not For You."

  1. Dia berjalan mendahalui anda. Anda ketinggalan jauh di belakang dan dia tak menoleh ke belakang pun untuk melihat anda.
  2. Dia berlari mengejar lif dan anda lari terkedek-kedek di belakang dan bila lif penuh, dia berusaha nak masuk jugak meninggalkan anda ternganga sorang sorang depan lif.
  3. Bila order makanan, dia tak tanya pun anda nak makan apa, dia order makanan dia saja.
  4. Dia minta anda tolong bayarkan harga makanan@belanja secara paksa.
  5. Dia tak beri perhatian pun bila anda bercakap dengannya.
  6. Dia hanya tahu bercakap dan bercakap sedangkan anda dah bosan
  7. Dia hanya tahu bercakap mengenai perempuan cantik saja tiap tiap masa.
  8. Dia tak berpuas hati dengan penampilan dan keadaan fizikal anda.
  9. Dia tak mengingati tarikh penting dalam hidup anda, eg: hari lahir, anniversary.
  10. Dia tak memandang mata anda bila bercakap dengan anda.
  11. Dia memandang anda dari atas ke bawah dan tersenyum sinis.
  12. Dia akan pergi atau hung up phone macam tu saja tanpa ucap, " bye bye, or good nite "
  13. Dia tak respect parents anda.
  14. Dia menyuruh anda jangan berkawan dengan kawan baik anda sekarang atas alasan, " she annoyed him "
  15. Dia tak ada pengurusan kewangan, selalu membazir duit membabi buta dan surprisingly itu duit poket untuk study dari ayah dia.
  16. Dia tak ada matlamat hidup, tak setkan main priority dia dan selalu main-main.
  17. Dia selalu menyumpah seranah tak kira dalam apa jua keadaan.
  18. Dia akan jadi 'gila' bila traffic jam dan memaki hamun pemandu-pemandu lain.
  19. Dia mengangkat ' jari hantu ' dia bila dia rasa tak selesa dengan pandangan orang terhadap dia.
  20. Dia akan memandang gadis lain yang lalu lalang sekitar dia, dan tersenyum macam dia lah handsome.
to be continue..
p/s : I'm an observer.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu Mak

Mungkin hari ni bukan Hari Ibu, yah saya terlewat.
Semalam hari ibu, tapi no sweat sebab saya da wish awal sehari..
Call mak kemudian wish, 
" Mak selamat hari ibu, owang nak mak tahu yang owang sayang sangat kat mak, rindu sangat kat mak, terasa nak peluk cium aje mak. Nak cepat cepat balik nak suruh mak masak sedap sedap, nak makan dengan mak.." 
Huhu, sedih pulak rasa.
Tapi yang kelakarnya ingat kan mak nak kasi ayat ayat touching jugak tapi sekali mak tarik, 
" Hah budak ni lah, dari kecik asyik nangis aje kerja dia, tak kira siang malam, uwwekk uwweek...." 
" Hehe memang kuat nangis pun, tapi bukan ke orang tua tua cakap budak kalau kuat nangis masa kecik nanti besar pandai cakap..??"
" Hah memang pandai cakap dah pun, tengok tu, pandai putar ayat mak balik eyh.." 
Adoi..Kena seketoi.. hehe
Selalunya dengar mak berleter secara live x dak siaran tertangguh dah, tapi kali ni dengar mak berleter menerusi telefon pun dah cukup. 
Ya lah betul cakap mak saya ni memang kuat nangis masa kecik, pantang benda tak kena sikit haa siap lah pasang telinga, suka melalak aje keja dia.
Sampai ada satu kejadian ni kan masa saya umur bape tahun tah, masa tu mak bawak balik kampung taw sebab nak tengok atok ( sekarang dah arwah, Al-Fatihah ) tengah sakit kuat. 
Sampai aje kat umah, orang ramai dan mungkin sebab rimas, so saya pun nangis lah kuat kuat.
Semua orang try nak pujuk saya sebab orang tengah baca Yassin, tambahan atok pulak panas baran.
Emm tetiba sekali dalam dia dok baring sakit tu, tetiba dia bangun dan terus sergah,
" Hei anak sapa tu haa..?? memekak aja..! "
Haa amek kau, apa lagi mak pun serba salah bawak saya keluar rumah, Emm rasa kesian pulak kat mak sebab malu.

Another thing, bila dah besar panjang ni kan kalau ada kenduri kendara kat kampung, asal balik jumpa sedara aja mesti depa cakap,
" Haa ni lah budak yang selalu teriak masa kecik-kecik dulu, amboi hang dah besaq panjang dah noh, segak noh, ni dah besaq hang dok kuat teriak lagi ka..??" 
Haha kepoh betol mak cik mak cik tu.
Dak dah. Dah besaq lagu ni, cek tak teriak dah. Lagi susah nak teriak lagi ada lah..Hehe

Bukan tu saja, masa kecik jugak saya ni selalu aje sakit, kena jangkitan cacing lah, campak lah, demam lah.
Mak jugak lah yang selalu jaga dan bagi mandi air daun herba-herba sebab nak permati cacing tu..Hehe
Uwweeek...
Bila dah sekolah pulak, macam macam ragam pulak, penyegan nak basuh baju, tak nak tolong mak kat dapur, tak nak lipat baju, dan macam macam lagi lah.
Kesian mak. Buat kuih sorang sorang kat dapur, kalau tolong pun, just tolong kacau adunan aje..
( mak saya pandai buat kuih tau, dulu sebut aje kuih seri muka cik kak, haa tipu lah cakap kalau orang kampung tak kenal. haha..)
Sekarang pulak bila dah berjauhan dengan mak, terasa macam rindu sangat kat mak.
Asal balik cuti sem aje kan bangun pagi, bukak mata, tak mandi tak gosok gigi, terus pergi dapur cari mak, then duduk aje tengok mak dok buat ape.
Dok sibuk ngemas dapur, basuh pinggan, basuh baju sambil menyanyi nyanyi ikut lagu Ramlah Ram. haha
Kemudian abah datang, dan terus cakap, " mak hang ni pagi-pagi lagi dah bukak radio kuat kuat, bising aje, kong klang kong klang..." haha
Rindu sangat suasana macam tu, dapat tengok gelagat mak pun dah jadi lah.

Tak dapat bayangkan kalau nanti satu hari nanti, saya bangun pagi, bukak mata cari mak kat dapur mak tak dak, tak dak dah bunyi mak basuh pinggan, basuh baju, and dengar mak nyanyi..
............................
" Ya Allah, jangan lah kau ragut dia dariku sebelum sempat aku bahagia kan dia. Aku terlalu menyayangi dia, masih terlalu panjang perjalanan hidup ku, aku amat memerlukan dia untuk berada disisiku.. Ya Allah, kau sayangi lah dirinya dan tempat kan lah dia di kalangan kekasih kekasih Mu.."




p/s : mak owang nak makan laksa mak...nanti owang balik umah cuti sem ni, tolong buat kan eyh.?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...