Tuesday, March 8, 2011

Orang Nak Merisik!

Masyarakat Melayu memang kaya dengan adat istiadat. 
Dari A sampai ke Z.
Sebut saja; adat dari bayi mula dilahirkan sampai lah nak kahwin, nak bersalin, nak berpantang, and so many more yang boleh diingati. 
Macam adat nak berkahwin, kita tak boleh simply terjun kahwin terus; mesti dimulakan dengan orang merisik, bertunang, akad nikah, then kahwin and bersanding.

Haha sangat kelakar kalau cakap tentang kahwin ni. Bukan apa teringat tentang satu kejadian ni.
Terjadi pada diri saya sendiri. Ada orang nak merisik!
Yah, it so funny. Saya ni baru umur setahun jagung, hingus pun tak kering lagi.
Dah ada orang nak merisik buat jadi teman hidup dia.
Aiyokk, geli lah.
Bayangkan saya tak kenal pun sapa orang tu, tetiba je nak datang meminang.
Ish tak nak lah. 
Lagipun baru umur setahun jagung. Masak pun tak lepas lagi taw.
Kepada orang tu, saya minta maaf sangat saya tak bersedia lagi, in fact tak terfikir lagi pasal menda-menda sangkut tentang kahwin ni.
We can still be friend. Yup not more than that.
Harap sangat dia faham nak tak fikir yang bukan-bukan lah. Peace ye..!

Bercakap tentang hal ni lagi teringat jgak da satu kejadian ni lah, tapi jadi dekat akak saya.
Tentang hal merisik bagai ni lah.
Masa tu kitorang p kenduri kahwin kat kampung di Kedah.
Then, sedara jauh mak terjatuh hati kat akak saya yang sulung tu and mula lah proses merisik ni. 
Sama jugak cam kes saya, mak menolak dengan cara elok sebab mak fikir yang anak-anak dia ni bukan anak  gadis macam dulu yang akan tunggu kat rumah, sampai da orang masuk meminang dan terus kahwin.
In fact, akak dah ada bf dia sendiri. Kejam sangat kot kalau mak senang-senang je nak kahwin kan dia dengan laki yang dia tak kenal kan..?
So mak pun slowtalk, reject dengan cara yang baik
Tapi entah la manusia kan, tak nak faham situasi orang.
Diorang pun kecik ati. Tak nak contact mak dah.
Aisey man...
Aish, ada jugak orang macam  ni lagi noh..??
Macam budak-budak pulak kalau fikirkan balik. Sepatutnya diorang kena faham yang orang tak kan simply terima terus tanpa fikir hujung pangkal.
So kesian jugak kat mak sebab diorang tu dah tak nak tegur mak. Tapi mak cakap;
 " Tak pe, biar je kat depa tu. Depa tu macam tak taw, anak dara sekarang bukan macam nak dara dulu. Biarlah. Mak tak rugi pape pon. "
Yes! Suka semangat dan cara mak berfikir. Kalau lah mak ni macam watak dalam filem P.Ramlee tu yang Ibu Mertuaku, aiyaa mati lah kami semua anak dara pak lan ni.

Mungkin mak dapat berfikir baik buruknya sebab perkahwinan mak ngan abah pun sebab dijodohkan oleh keluarga jugak. 
Tapi, syukur alhamdulillah keluarga mak bahagia sampai lah sekarang ni haaa.
So kesimpulannya, kita manusia hanya mampu merancang dan Tuhan jugak lah yang akan menentu kan segalanya. 
Yes, kita wanita zaman moden perlu berdikari dalam kehidupan, kerjaya dan perkahwinan.
Cari lah jodoh yang kita sukai dengan mengambil kira latar belakang lelaki tu dulu, kerjaya dia samaada dia boleh sara family kita ke tak, kita tak demand nak kahwin ngan anak raja tapi please fikir dengan cinta saja tak mencukupi untuk bawa ke alam keluarga nanti.
Plus, make sure jodoh kita direstui oleh ibu dan bapa.
Itu lah yang paling penting taw..
=)

Saya pulak soal bab-bab kahwin ni tak terfikir lagi pun. Buat masa sekarang nak belajar, kerja, beli kereta, and bahagia kan parents dulu sebab nanti bila dah kahwin, husband comes first kan.
Hehe
Aiyaa..kenapa lah asyik sembang sal kahwin-kahwin ni.
Adoi...
Sudah-sudah. 
Geli ar....
Off..
~ZZZZZZZZZZZZZZZZ~


p/s: sijil kursus kahwin dalam fail tu dah ada..hehe



5 comments:

  1. woahhh aah larh zaman dh berubah
    skang ni xramai org yg snggup kawen dgn org yg xknal ;P
    apa2 pun xperlu la kecil hati
    pilihan hati masing2 kan
    bkn mereka yg kawen,
    kita sendiri yg buat pilihan

    ReplyDelete
  2. yup btol sgt tu..stuju..
    apa guna lah nak kcik ati bgai kan..
    kena faham lah orang dulu lain, orang sekarang lain..
    katanye pilihan family ni sntiasa bhagia, nanti kalau sengsara haa sapa nak jawab..

    ReplyDelete
  3. betul 2. tapi sekarang ni masih ada lagi yg ikut cara lama. even mak ayah ni dah tau anak dia berkawan dengan siapa, dia tetap kawinkan anak dia dengan orang yg datang merisik 2 walau anak dia dah ada pilihan sendiri. mak ayah ni pon kena faham, memanglah restu depa penting, tp kalau nt anak dia x bahagia dia nk ckp apa? kesian pada lelaki ni. kena cari lagi. anak perempuan x dianggap derhaka kalau tolak pilihan mak jika pilihan dia mempunyai ciri agama yg lebih baik dari pilihan ibunya.

    ReplyDelete
  4. nt kenduri jgn lupa jemput..hehe

    ReplyDelete
  5. Betul2 dah x knl tiba2 datang merisik .setakat laki je suka prmpuan x ska cmna

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...