Friday, March 18, 2011

Kisah Nebulizer

Alkisah bermula semasa dalam wad.
Musim praktikal. Sibuk bagai nak gila. 
Time rileks nya rileks sangat sampai wad lengang tak ada patient sampai terlentok-lentok sambil berdiri.
Kalau sibuk sangat memang tak menang tangan lah sampai makan tak sempat, nak ke toilet lagi lah langsung terlupa. 
( macam pantun pulak dah! )

Review balik. 
Ok sebelum ni masuk obstetrik, memang setiap hari hadap ibu mengandung, post natal, baby.
Memang cute + sebak tengok pengorbanan ibu bersalin. Sangat teruk tu, bersabung nyawa.
Terus teringat dekat mak kat umah.

Hmm anyhow,
Nak dijadikan cerita masa dalam wad pediatrik ( kanak-kanak ) terjadi satu kejadian ni.
Kelmarin lepas.
Hari yang sangat sibuk, dengan new admission yang masuk bertali arus nye ( metafora tu! ) kitorang pulak sangat kelam kabut berlari ke sana sini.
Haha kelakar tau macam kartun dah kalau ingat balik, kalut sangat.
Yelah bayangkan dengan extension, suara budak-budak nangis kalau slow tak pe jugak ni haa terpekik terlolong, adoi laa. 
Then dengan doktor-doktor lagi buat round, yang staff nurse jangan cakap laa, sikit-sikit 
" adik amek BP, adik new admission, adik amek tu, adik amek ni, adik ni pergi sini, adik pergi sana...etc, etc.." 
Aii dia ingat kita ni ada tangan sepuluh ke?
hmm ok fine tak pa tak kisah lah kan. 

Ok then, handle new admission.
Nak bagi orientasi lah then amek suma vital signs dia, then marilah doc. Check pi mai pi mai.
Then doc suruh bagi nebulizer. 
Apasal blur sangat saya masa tu. Tak faham dengan order doc tu. 
Tetiba aja rasa macam doc tu cakap bahasa asing. Macam bercakap dengan aliens. 
Saya dok suruh doc ulang 
" apa doc?"
Haa kan dah melenting doc tu. Aduh, serabut lah, ma saya tak blur dengan suasana yang bising dengan teriak budak-budak + bunyi mesin hape tah + hypo tak makan satu habuk pun lagi + kencing pun tak sempat!
Aduh memang tahu tu salah kita kan ok fine saya ngaku memang agak lembap lambat pick up sikit masa tu. 
Rasa bersalah pulak sebab kita as a student nurse mestilah kena cepat bertindak kan.
Kalau ikutkan rasa malu sebab kena tegur tu memang malu, sumpah malu sangat tau macam nak nyorok dalam toilet tapi pa nak buat, terpaksa buat kering aja lah.

So lepas dah faham pa doc tu nak terus lari g amek. Sampai aje terus doc tu wat lawak hape tah kononnye nak tebus hal tadi lah kononnye.
Tak kisah in fact saya mintak maaf sebab being too slow.
" maaf la doc tadi saya lembap sikit tak faham order doc"
Then doc tu senyum n said 
" its ok"
Then dia pun explain lah sikit pasal order dia tadi.
Yah saya tak kisah menyatakan rasa maaf sebab kita dalam proses belajar ni kena selalu mengakui kesilapan kita. Tak boleh berlagak pandai berlagak sombong. Howyeh!

Then teruskan kerja macam biasa.
And theres one time masa tengah bagi neb kat pt yang sama, datang lah se'group' housemen baru.
Doc yang tadi tu tengah pantau diorang ni. Saya buat aja lah keja macam biasa, then doc tu pun tanya soalan pasal neb kat diorang tu and diorang tak dapat jawab, so doc tu pun tanya saya.
Hah apa lagi kita tahu kan so kita jawab aja lah. Lagipun sebelum tu kan doc tu da explain kat kita.
So ber ' oooo' lah housemen-housemen tu.
Yes rasa macam dapat cover balik rasa malu yang tadi tu..

Basically, its been a hell of a week.
Seriously macam-macam jadi. 
What so ever lah. 
Teruskan ja.
Exam pun lagi just around the corner aja, lepas ni I've to burn my midenite oil lah!



p/s: " Little Knowledge Is Dangerous." -said by someone




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...