Wednesday, March 9, 2011

Brainwash 2Jam

" Bangun...."
" Alaa, nak tido ni " 
" Jom lah "
" Nak p mana pagi-pagi ni? Ngantok lah "
" Jom lah teman mak jap. "
" Mana? "
" Pi sekolah "
" ....??? "

Ok, pagi-pagi lagi mak dah kejut kan. Dah laa semalam tido lewat sebab layan late nite movie kat YouTube.
Aisey.. Tapi kesian kat mak tak dak geng. Kena p sekolah pulak sebab program straight A's PMR adik.
Tak pe. Sekali sekala mengorbankan masa tido, kalau tidak pakai bangun jam berapa tah la jawabnye.

Ok lepas siap, terus p sekolah. Sampai je majlis mula. Cikgu pulak kita kenal dia just dia je tak kenal kita. Macam nak tegur aje, " cikgu..saya kenal cikgu. Alaa kan tahun lepas saya p raya kat rumah cikgu.." Hehe tapi segan lah, dia busy sangat tu. 

Cikgu pun mula lah memulakan bicara nya dengan confident sekali. Saya dengan mak memang semangat gile duduk paling depan sekali. Perghh, walau pun begitu mengantuk, tapi ku tahan jugak! Sebab nak menunjukkan PUBLIC RESPECT kat majlis tu.

Bla..Bla..Bla...Bla..Bla..Bla...Bla..Bla..Bla...Bla..Bla...Bla..Bla...Bla..Bla...Bla..Bla...Bla..Bla..Bla..Bla..
Teringat pulak kat lagu Blah..Blah..nyanyian Keysha.
Kemudian cikgu da cakap tentang hala tuju selepas PMR. Target kalau 9A ( including Arab ) boleh masuk MCKK ke, MRSM ke, KISAS ke, SMKA ke.. Lepas SPM pulak hala tuju mesti lah Uni. Macam biasa lah peratusan 90% akademik dan 10% kokurukulum. And the best part is, pelajaran utama tu lah kalau matapelajaran utama bagi aliran sains of course mat mod, mat tam, fizik, kimia, bio.
Saya dulu ambil sains. Minat gila semua subjek tu tapi BENCI GILA MATHS... Arghh I hate numbers!
Result pun yang lain excellent just maths je cukup-cukup makan. Grrr... 
( Haha mengenang kembali benda yang dah lepas) 

Bercakap pasal Uni, memang impian semua orang kan. Tapi tak semua bernasib baik untuk masuk U ni.
Kalau bukan pasal result, mesti da masalah lain, macam kewangan atau masalah peribadi.
Yeah honestly I'm one of them. Tak ada rezeki. Tapi memang frust menonggeng sangat-sangat bila kita tak diterima oleh Uni tempatan ni. Yup, result bagus tapi sekali lagi tak ada rezeki. Emm..Tapi saya diterima masuk ke kolej nursing Kementerian Kesihatan M'sia ni. Yeah..Hanya yang terpilih saja yang akan dapat peluang ni taw?! As the saying goes; " setiap yang berlaku da hikmahnya. "
Saya akan menjadi seorang perawat selepas ni. Yup, mungkin inilah yang terbaik bagi diriku. Allah telah menetapkan aku di sini mesti kerana Dia tahu aku terbaik dalam bidang ni.
Positive thinking man!

Taapi still diri ni memberontak sangat nak merasa life as a university student. Aduh.. I'm still young and life as a Uni student must be great! Kan?
But no sweat, no worries. Bidang Nursing ni boleh bawa sampai tahap post basic, ijazah, master or even PHD man..! Haa jangan main-main kau.. Yeah..Semangat baru datang semula berkobar-kobar,
 " AKU NAK SAMBUNG STUDY JUGAK LEPAS NI. BIAR LAH NI PELUANG AKU. JANGAN SIA-SIA KAN.! " 

Tipu lah kalau cakap kita tak jeles tengok membe-membe lain masuk U ni. Herr, terbakar rasa. Tak pe there's always tomorrow and there's always be a second chance. Yang best nya tadi cikgu ada mention pasal sorang membe saya ni, siap masukkan gambar dalam slideshow dowh...! Mestilah, best student and now dia study dekat University Of Queensland, Australia. Dapat biasiswa JPA pulak tu. Herrr lagi terbakar rasa. Envy gila wa cakap lu.! Tapi yeah I must admit he deserved it. Credit to MOHD AKMAL AZHAR. Hehe membe sepermainan kot, lepas ni main dengan kanggaro lah hang Aman oi...

The point is, majlis tu banyak memberi manfaat dan tetiba pulak rasa macam student SPM pulak. Huhu..Yup rasa bersemangat semula nak belajar. Yes dekat kolej memang belajar tapi tak rasa sangat semangat tu ada macam student sekolah. So lepas kena brainwash tu terus rasa tersentap and semangat datang untuk belajar dan belajar tanpa mengenal erti jemu tak kira lah berapa umur kita and walau di mana kita berada.
Yes, that the spirit. Howyeh!

p/s: teringat dekat teacher farilah, sir tawfet, cikgu azlina, cikgu zul, cikgu mat, teacher auw, dan banyak lagi cikgu lain. U guys are great! Credit to cikgu-cikgu SMKPTL. Lots of love! XOXO





3 comments:

  1. caya lar lu beb..pasni kena cepat2 siapkn asement yg di beri eh,,hahahahahah

    ReplyDelete
  2. huish..kena buat tu (wajib), buku kena baca
    (walaupun malas sgt ni)! dang..

    ReplyDelete
  3. wei..nak nok jawapan,,aku sempat copy paste soalan jek nih,nk buatnye xtahu bile,,aduilaaa,,kemalasan melande weii....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...