Monday, April 22, 2013

Sumpahan Bawang Merah

Assalamualaikum..

Post baru ini disulami dengan desiran hidung yang menghamburkan segala droplets yang tidak diingini.
Hachuu!! *excuse me


Baiklah, ada apa dengan bawang? Kenapa jadi tajuk utama?
Kerana sejak dua menjak ni , entah kenapa mulut ni asyik nak makan bawang aja. Setiap kali nak cedok nasi, jenguk lauk pauk kat meja, kalau takda bawang rasa macam tak complete. Uhh~
Rasa tak berselera kalau tiada kehadiran bawang di sisi. Sanggup ni potong bawang then goreng dengan kentang ka, sayur ka, atau potong je nipis2 buat air asam, kadang gak potong2 bawang tambah cili potong  curah budu atau kicap. Tak kisah lah, asalkan bawang yang dimasak mesti rapuh tak layu ataupun ngap ja gitu.
Huii mula tak rasa pelik sangat, tapi bila da hampir dua minggu jadi laguni, baru perasan. Apa kena dengan aku ni ?
Alamak..
Tetiba teringat kat abang2 Bangla.. Huhu, apa kaitannya? Terus tepuk dahi, so far yang kita tau, bawang ni memang orang2 India atau Bangla memang suka lah makan bawang. Teringat gak dulu pernah layan cite Hindustan, Salman Khan berlakon watak ala2 Singh gitu, dia makan sejibik bawang merah yang besar tu mentah2, buat serupa dengan buah habaq hang! Hadui, mat Bangla lak sama laa bawang merah dengan depa memang tak lepas laa.
Mulut ni kot cabul sangat, suka mengata kat orang Bangla, badan depa berbau semacem..hehe
Maaf laa tapi betul, selalu terserempak dengan bangsa depa ni atas feri Penang ka, bus ka, even kat tempat kerja part-time aritu, bila dok dekat ja dengan depa ni, perghh bau semerbak bau badan tu haa..
Orang cakap, badan depa bau lagutu sebab tabiat pemakan depa, yelah depa punya makanan tradition tu banyak guna bawang. Sebenarnya, tak dinafikan makanan kita pun guna bawang tapi dosage dia tu tak lah banyak macam yang depa guna.
 Oh lupa, aritu kan kami ada buat kenduri makan kat rumah, pastu mak sedara tu keturunan mamak, dia lah jadi chef, dia buat ayam masak ros, guna bawang merah la atau kat sini kami panggil bawang besar, kuantiti bawang yang dia guna tu punyalah banyak habaq hang, seguni kami beli, hampir setengah guni untuk masak ayam ros sahaja. Fuuh.. Tapi hasil dia, memang Thumbs up, sangat sedap totally berselera melonjak2 punya, dia punya aroma bangkit, kuah jadi manis bukan manis gula tapi ishh taktau nak explain lagumana..kira sedap lah!
Tapi satu aja, dia cepat basi, mak cakap sebab bawang tu lah yang mempercepatkan proses pem-basian itu. Hmm tapi licin jugak tau periuk, sebab sedap. *haa berapa kali sedap dah mention ni J
Anyway, bagus makan bawang ni haa.. banyak jugak khasiat tau *satgi kami bagi petua bawang merah naa hehe
Tapi kena jugak sedia maklum, makan banyak bawang memang akan mencetuskan bau yang kurang menyenangkan.. *teori ok fakta ke auta taktau laa.. Tapi yelah orang yang cakap makan banyak bawang badan ketiak bau busuk.. haha.
Huu rasanya lepasni kena kurangkan makan bawang lah, takut nanti badan tak memasal bau bawang lak..hehe . Tapi tu lah orang cakap “karma is a biatch, it hits you right on the **” ahahaha suka sangat mengata kat mamat Bangla tu badan berbau  .. But hey! Fear not, rasanya badan ni tak lagi berbau bawang...kot. Haha *tolong jangan takut mendekati saya ya, saya wangi  perfume white musk J

Wassalam


PETUA
*Memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.
*Bawang dicincang, dipanggang bersama madu lebah dan dimakan untuk merawat asma, batuk, sakit dada dan sesak nafas
*Bawang ditumbuk lumat dan ditampal pada penyakit tapak kaki, dibahagian dada apabila sesak nafas, sakit perut dan sengatan serangga.
*Bawang dihancurkan campur air limau dan diminum untuk menyingkirkan kahak, merawat bengkak anak tekak, senak perut dan reumatisme.
















p/s: tetap suka makan bawang! uh, tau tak Rasulullah kurang gemar makan bawang sebab baunya, akan tetapi bawang lah makanan terakhir Rasulullah sebelum wafat. :)












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...