Assalamualaikum
whbt..
J semasa sedang menulis
ni, jarak masa yang tinggal hanyalah 24 hari. 24 hari saja lagi untuk bergelar
isteri orang. Dah nak kawin da budak kecik ni..hehe. Memilih untuk berkahwin di
usia yang sangat muda, 23 tahun bukanlah suatu keputusan yang mudah pada
mulanya. Ramai yang mempersoalkan usia yang baru setahun jagung nak aja dia
kawin. Ramai yang bercakap
“tak rasa muda sangat
ka nak kawin dani”,… “da ready ka pikul tanggungjawab?”,…. “da cukup merasa
puas tak hidup bujang and enjoy?”
……
Sejujurnya, pada mula
memang lah semua persoalan itu banyak menggugat keputusan dan pendirian saya,
sebab pada masa itu saya masih was-was. Ya, saya memang masih belum puas dengan
kehidupan ni.
Namun, setelah puas
jugak berfikir dan bertanya, akhirnya saya yakin InsyaAllah semua urusan akan
dipermudahkan Allah J
saya jugak yakin, yes saya dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia
ini.
Kalau nak
diceritakan, banyak kawan2 terkejut ‘beruk’ *hahaha bila dengar je berita dan
jugak rumours saya nak kawin. Masing2 tak percaya, sebab saya tak pernah bukak
cerita dan tak pernah tunjuk sapa ‘marka’ saya. Hahaha
‘Marka’ saya sangat
penyabar orangnya. J
Teringat lagi pertama kali dia luahkan isi hati dia kat saya, masa tu kami
kenal takda lah lama sangat, tak sampai setahun lagi seingat saya, pada bulan
Ramadhan masa tu, 1st time buka puasa sekali. Habis je makan, masa
dia nak hantar saya balik kolej, tetiba dia lafaz Bismillah..
“Bismillahirahmanirrahim….awak,
saya suka awak.”
Haha..ok macam nak
tergelak tapi ya, saya rasa agak sweet jugak laa.. :P macam terdiam jugak laa,
sebab terkejut tapi actually macam da dapat agak da sikit2. Hehehe. Tapi masa
tu, saya memang tak balas. Sebabnya masa tu saya masih was-was, kiranya hati
masih lagi berkira-kira. Takut lah sebab taknak ish kan kita baru sangat kenal,
dah kenapa nak suka2 ni kan… hmm tapi, sebenarnya sepanjang dah kenal tu memang
lah saya tertarik banyak kat dia. Dia ni, hmmm memang senget sikit kekadang,
hehe pandai aja buat saya tergelak tersengih sesorang, tapi dia jugak sweet in
his own way, that’s what makes my heart melt. J
Kami ni mula kenal
pun sebabnya dalam facebook *saya yg add dia, dia bukan kenal saya pun hahaha
sedih gile.., sembang setiap hari pasal muzik, bands. Berkongsi genre muzik
yang sama, jadi kalo bersembang tu ada aja lah macam2 cerita, walaupun kami dua ni two total strangers.
Aizat Aziz
June 4, 2011Munira Mazlan
tenkiu doc 4 approving..!
June 4, 2011Aizat Aziz
xpayah nk 'doc'2 la..x waktu kerja..haha
nice music selection tho
June 4, 2011Munira Mazlan
hehe haa tgk
sama gak minat bands ye..?
June 5, 2011Aizat Aziz
ada suggestion x lagu apa best nk layan mlm2 ni..
layan kemalasan esok oncall..haha
June 5, 2011Munira Mazlan
mood..?
June 5, 2011Aizat Aziz
depressive..haha
June 5, 2011Munira Mazlan
emmm
let see
paparoach
scars??
or
facedown
red jumpsuit
apparatus
June 5, 2011Aizat Aziz
red jumpsuit better kot..
tgh dengar radiohead-bend
album lama..
June 5, 2011Munira Mazlan
wah ok
June 5, 2011Aizat Aziz
radiohead xdengar?
June 5, 2011Munira Mazlan
dgr jgak
June 5, 2011Aizat Aziz
radiohead-creep
June 5, 2011Munira Mazlan
hey
tiru
tgh tgk video live creep ni
haha
June 5, 2011Aizat Aziz
dengar bnyk kali bleh kena refer PSY..
haha
depress gila lagu ni
June 5, 2011Munira Mazlan
hahaha
msa yg sma dpt release tense
huhu
eh minat foofighter x
June 5, 2011Aizat Aziz
foo fighter dngar gak la
tp xbanyk
feveret sy: generator, all my life, learn to fly
June 5, 2011Munira Mazlan
all my life
yes best
June 5, 2011Aizat Aziz
hehe, dengar Foo Fighter mesti awk dengar Nirvana gak
ni..
June 5, 2011Munira Mazlan
ske
smell like teen spirit
come as you are
n pe lgi tah
ours...??
*yours..??
June 5, 2011Aizat Aziz
hmm..bnyk la, tp yg slalu ada dlm playlist...
June 5, 2011Munira Mazlan
oh
June 5, 2011Aizat Aziz
come as u are, dumb, lithium, u know u right, laundry
room, about a girl...
haha
Haha..okeyh entah
pape sikit kan. And this is when it all start, berkawan biasa tidak lebih dari
itu…
Lama kami berkawan
biasa, namun dari situ, tak sangka timbul bibit-bibit ‘cinta’ *perhaps.. Kami
dua tidak seromantik bak pasangan hangat bercinta, tapi setiap perkara yang
kami buat memang bagi saya dah cukup meyakinkan saya dia lah buat saya dan saya
anggap dah cukup sweet. Selalu saya berdoa agar ditenangkan hati dan diberi
petunjuk semoga keputusan yang saya buat diredhai Allah. Saya sering kali
was-was dalam membuat keputusan, tapi setiap kali itu jugak lah dia yang
meyakinkan saya semula. Was-wasnya saya ni melarat sampai lah hari di mana dia
lafazkan niat hati dia untuk memperisterikan saya, bahasa omputihnya, dia
propose saya. Dengan selambenya saya cakap, saya tak ready lagi. Hahaha kesian
dia, depress masa tu, sedih muram dah tak cakap banyak terus. Alololo kesiannya
dia….hahaha. Tapi saya ni..hmm mulut cakap taknak tapi hati nak. Kihkih
*sorry wak ya..sekali
lagi untuk kejadian masa dulu tu. :P
Kemuncaknya, kami
masing2 berjumpa keluarga masing2 dan dari situ rasa macam hubungan ini diberkati
keluarga masing2. Tidak mahu memilih melakukan majlis bertunang, kami bersetuju
untuk terus berkahwin dalam tempoh masa setahun dari tempoh merisik tu. J
Sekarang ni..kami
sedang menyiapkan diri dan majlis untuk mendirikan rumah tangga. J Hanya menunggu masa
semoga semua akan termeterai. Alhamdulillah wak, tak sangka kita da sampai
tahap ni, selangkah saja lagi nak bersama, saya tidak mengharapkan yang
lebih-lebih awak, hanya saya harapkan semuanya berjalan dengan lancar dan
semoga jodoh kita diberkati Allah, dikuatkan, dan jodoh di antara kita kekal
sampai ke Jannah.
J
p/s: ayat tiga patah perkataan tu, tunggu nanti
lah ya lepas kawin baru saya ready nak ucapkn pada awak.
J
No comments:
Post a Comment