Thursday, May 30, 2013

Kerja Gomen :)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tanggal 29/04/2013 I'm officially menjadi penjawat awam. Jururawat U29. :)
Gementar habis waktu ontheway ke Hospital Putrajaya untuk sesi lapor diri. Terfikir pasni nak kena keja sorang2 jauh dari family, nak bina hidup baru kat persekitaran baru.. Sedih pun ada jugak..Hmm 
Selang beberapa minggu sebelum tarikh lapor diri kami dimaklumkan yang kami bakal ditempatkan di tempat baru, Institut Kanser Negara kat Putrajaya, tapi institut tu tak officially beroperasi lagi. Jadinya kami pun kena lah g attachment ke hospital lain dulu selama 3bulan dari tarikh institut tu bukak.
Jadi kami semua total 189 staffs first batch fresh graduate kena di-splitkan ke 2 nearby hospital, Hospital Serdang dengan Hospital Kuala Lumpur.
I was choosen for Hospital Serdang. Yang bestnya tu, intake ke Institut ni kebanyakannya kawan2 sekolej waktu jadi student nurse kat Kelate..Hok aloh..hehe
total kami 18 org batch 1/2010 dari Kubang Kerian Nursing College.. Yepiii.. :)















Seronok laa at least ada banyak kawan2 keja sekali. 
Then the hari lapor diri went quite ok laa, agak memenatkan, from 8am-5pm kena berkampung dalam Auditorium Hosp.Putrajaya bagi melengkapkan semua dokumen2 penting.
Yang tak bestnya, jadi laa kekecohan antara management event dengan parents staff baru. Sebab delay terlalu lama, sampai dekat pukul 6pm stay dalam auditorium tu haa, nak2 pulak kami kena split tu dah kami lak takdanya tempat tinggal, asrama pun tak disediakan suma, mahunya tak mengamuk parents kat luar tu..
But, for me the management team was great, they had done their job the best, yang mendelaykan semua2 ni pun adalah disebabkan kesalahan staff baru tu sendiri yang tak lengkapkan dokumen2 yang Kemeterian nak. So padan laa semua kena pending sampai pukul 6pm :P
Then at the end of the day, semua dokumen dengan fail peribadi kami complete jugak, alhamdulillah.. Memang bagus laa, everything was complete within a day. Surprisingly masa sampai kat Serdang ni, staff diorang tak complete lagi pun segala dokumen tu haa walaupun dalam masa seminggu. Haa compare lah which management lagi efisen :)


Sebenarnya, dah hampir sebulan dah mula kerja kat Hosp.Serdang ni. Ok lah buat masa sekarang walaupun kadang2 susah, kadang2 senang. Dapat attachment kat Operation Theater. Sama site keja dengan kakak sulung, kak Yanti. Alhamdulillah, dapat jugak special area, walaupun tak dapat department yang nak. So, mahu tak mahu kena lah mula kenal, get along and suka kan OT nih. 
Tapi benda yang cek tak berapa nak berkenan dengan OT adalah SUHU YANG TERLAMPAU SEJUK. Sejuk sangat, huu kekadang sampai shivering ketaq pala lutut ni haa. Normal temperature dalam setiap OT adalah 18'C-22'C, meanwhile Humidity pulak 50%-60%.
Jadi untuk insan kerdil lagi haluih tet macam cek ni ditambah pulak adipose tissue (LEMAK..hewhew) cek yang taklah banyak, memang lah suhu sejuk tera tu pun dah jadi umpama di KUTUB UTARA. haha
Psst..psst..nak ceqita sumting ni, tau dak dulu kan masa jadi student, kami memang dapat praktikal kat site OT ni back in Kelate, tapi cek ni anggap OT ni hanya sekadar di pinggiran, cek pemalas, cek bukannya pernah scrub pun masa jadi student, yelah lagipun kami tak dapat banyak peluang nak tolong scrub. Jadi dulunya hanya pandai observe semata-mata. Dok mintak doa harap2 tak posting kat OT sebab tak best (kononnya!) pastu halamak nak tolong2 doktor passing barang then terpacak berdiri kat sebelah dia..Huhu, DULU LA mind set pasal OT ni macam tu. But, actually IT'S NOT. Banyak lagi ~~
Tapi hmm, bila dah kerja, alik2 dapat lak OT, padan muka benda yang taknak tu laa yang dapat. Diberi pilihan samada nak jadi GA Nurse atau Scrub Nurse.. Kalau kak Yanti dia GA Nurse, siap dah ada post basic Anaesth lagi..Huu, cayalah. Hmm AKU pulak? Apa yang aku suka? Nak jadi apa?
Jawapannya aku sendiri tak pasti. Haha, (dasar takdak pendirian lagi :P)
Entah laa, tak tahu aku bole masuk yang mana satu, kalau ikutkan my passion is to be a paramedic, Emergency Department. Suka kerja yang bergerak ke sana sini, tak statik, deal dengan benda baru and unexpected, naik ambulans (laju woo!), pegi scene, berdepan dengan kes2 yang kita bole jalankan banyak prosedur..Hmm so now, semua tu KENA LUPAKAN..sebabnya da dapat OT and nanti balik IKN pun kena keja dalam OT gak, paling lama 3tahun..Huu, no choice~~
Sekarang, I'm struggling to fit in myself in this new field. 
Ya Allah..semoga dipermudahkan segala urusan kerjaku..

 Daily routine as a GA nurse, kena prepare barangan untuk intubate patient selepas beri bius, drugs, checking trolley, vital signs, etc.. 


Ni pulak koje circulating nurse yang akan bertukar2 posisi sebagai scrub. Semua gauze, swab and any soft good yang guna untuk lap, mop atau packing dalam badan akan dikira tujuan keselamatan dan ketepatan..


 Ni pulak koje scrub nurse, main dengan instrument, sterility, then assist surgeon buat operation. Semua nama instrument kena ingat, I was like "hape kejadahnya nama pelik2 nih?? banyak bebeno nama omputih nak ingatnya..siap kena shout lagi masa kira every single items..hmm banyak nak kena belajar nih."
Contoh nama mat salleh yang popular dalam OT ni, MacDonald, St.Miller, Spencer-Well, Metzenbaum, Morris, Allis-Thomas, Gillies, McIndoe, Adson, Farabeuf, Koche, etc..etc..
 Teringat lagi sister ada cakap, "..Surgeon tu umpama raja, you all ikut aje lah kehendak dia.." :P


Sebahagian rupa dan keadaan dalam OT. Surgeon tengah buat op. Saya da tak ingat op apa.. haha



 Ya mari..mari..kasut crocs ciplak untuk kegunaan ramai :) Tukaq kasut naa kalau nak masuk OT. Jangan angkut kuman luaq masuk dalam, kesian kat pesakit kita :)


Wassalam..










p/s : " Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan. "- Imam Syafi'e rah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...