Tuesday, January 14, 2014

Dah Nak Kawin Dah Dia :)

Assalamualaikum whbt..


J semasa sedang menulis ni, jarak masa yang tinggal hanyalah 24 hari. 24 hari saja lagi untuk bergelar isteri orang. Dah nak kawin da budak kecik ni..hehe. Memilih untuk berkahwin di usia yang sangat muda, 23 tahun bukanlah suatu keputusan yang mudah pada mulanya. Ramai yang mempersoalkan usia yang baru setahun jagung nak aja dia kawin. Ramai yang bercakap

“tak rasa muda sangat ka nak kawin dani”,… “da ready ka pikul tanggungjawab?”,…. “da cukup merasa puas tak hidup bujang and enjoy?”
……
Sejujurnya, pada mula memang lah semua persoalan itu banyak menggugat keputusan dan pendirian saya, sebab pada masa itu saya masih was-was. Ya, saya memang masih belum puas dengan kehidupan ni.
Namun, setelah puas jugak berfikir dan bertanya, akhirnya saya yakin InsyaAllah semua urusan akan dipermudahkan Allah J saya jugak yakin, yes saya dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia ini.
Kalau nak diceritakan, banyak kawan2 terkejut ‘beruk’ *hahaha bila dengar je berita dan jugak rumours saya nak kawin. Masing2 tak percaya, sebab saya tak pernah bukak cerita dan tak pernah tunjuk sapa ‘marka’ saya. Hahaha
‘Marka’ saya sangat penyabar orangnya. J Teringat lagi pertama kali dia luahkan isi hati dia kat saya, masa tu kami kenal takda lah lama sangat, tak sampai setahun lagi seingat saya, pada bulan Ramadhan masa tu, 1st time buka puasa sekali. Habis je makan, masa dia nak hantar saya balik kolej, tetiba dia lafaz Bismillah..

“Bismillahirahmanirrahim….awak, saya suka awak.”

Haha..ok macam nak tergelak tapi ya, saya rasa agak sweet jugak laa.. :P macam terdiam jugak laa, sebab terkejut tapi actually macam da dapat agak da sikit2. Hehehe. Tapi masa tu, saya memang tak balas. Sebabnya masa tu saya masih was-was, kiranya hati masih lagi berkira-kira. Takut lah sebab taknak ish kan kita baru sangat kenal, dah kenapa nak suka2 ni kan… hmm tapi, sebenarnya sepanjang dah kenal tu memang lah saya tertarik banyak kat dia. Dia ni, hmmm memang senget sikit kekadang, hehe pandai aja buat saya tergelak tersengih sesorang, tapi dia jugak sweet in his own way, that’s what makes my heart melt. J
Kami ni mula kenal pun sebabnya dalam facebook *saya yg add dia, dia bukan kenal saya pun hahaha sedih gile.., sembang setiap hari pasal muzik, bands. Berkongsi genre muzik yang sama, jadi kalo bersembang tu ada aja lah macam2 cerita,  walaupun kami dua ni two total strangers.

Aizat Aziz
June 4, 2011Munira Mazlan
tenkiu doc 4 approving..!

June 4, 2011Aizat Aziz
xpayah nk 'doc'2 la..x waktu kerja..haha
nice music selection tho


June 4, 2011Munira Mazlan
hehe  haa tgk sama gak minat bands ye..?

June 5, 2011Aizat Aziz
ada suggestion x lagu apa best nk layan mlm2 ni..
layan kemalasan esok oncall..haha

June 5, 2011Munira Mazlan
mood..?

June 5, 2011Aizat Aziz
depressive..haha

June 5, 2011Munira Mazlan
emmm
let see
paparoach
scars??
or
facedown
red jumpsuit
apparatus


June 5, 2011Aizat Aziz
red jumpsuit better kot..
tgh dengar radiohead-bend
album lama..

June 5, 2011Munira Mazlan
wah ok

June 5, 2011Aizat Aziz
radiohead xdengar?

June 5, 2011Munira Mazlan
dgr jgak

June 5, 2011Aizat Aziz
radiohead-creep

June 5, 2011Munira Mazlan
hey
tiru
tgh tgk video live creep ni
haha

June 5, 2011Aizat Aziz
dengar bnyk kali bleh kena refer PSY..
haha
depress gila lagu ni

June 5, 2011Munira Mazlan
hahaha
msa yg sma dpt release tense
huhu
eh minat foofighter x

June 5, 2011Aizat Aziz
foo fighter dngar gak la
tp xbanyk
feveret sy: generator, all my life, learn to fly

June 5, 2011Munira Mazlan
all my life
yes best

June 5, 2011Aizat Aziz
hehe, dengar Foo Fighter mesti awk dengar Nirvana gak ni..

June 5, 2011Munira Mazlan
ske
smell like teen spirit
come as you are
n pe lgi tah
ours...??
*yours..??

June 5, 2011Aizat Aziz
hmm..bnyk la, tp yg slalu ada dlm playlist...

June 5, 2011Munira Mazlan
oh

June 5, 2011Aizat Aziz
come as u are, dumb, lithium, u know u right, laundry room, about a girl...
haha


Haha..okeyh entah pape sikit kan. And this is when it all start, berkawan biasa tidak lebih dari itu…
Lama kami berkawan biasa, namun dari situ, tak sangka timbul bibit-bibit ‘cinta’ *perhaps.. Kami dua tidak seromantik bak pasangan hangat bercinta, tapi setiap perkara yang kami buat memang bagi saya dah cukup meyakinkan saya dia lah buat saya dan saya anggap dah cukup sweet. Selalu saya berdoa agar ditenangkan hati dan diberi petunjuk semoga keputusan yang saya buat diredhai Allah. Saya sering kali was-was dalam membuat keputusan, tapi setiap kali itu jugak lah dia yang meyakinkan saya semula. Was-wasnya saya ni melarat sampai lah hari di mana dia lafazkan niat hati dia untuk memperisterikan saya, bahasa omputihnya, dia propose saya. Dengan selambenya saya cakap, saya tak ready lagi. Hahaha kesian dia, depress masa tu, sedih muram dah tak cakap banyak terus. Alololo kesiannya dia….hahaha. Tapi saya ni..hmm mulut cakap taknak tapi hati nak. Kihkih
*sorry wak ya..sekali lagi untuk kejadian masa dulu tu. :P
Kemuncaknya, kami masing2 berjumpa keluarga masing2 dan dari situ rasa macam hubungan ini diberkati keluarga masing2. Tidak mahu memilih melakukan majlis bertunang, kami bersetuju untuk terus berkahwin dalam tempoh masa setahun dari tempoh merisik tu. J
Sekarang ni..kami sedang menyiapkan diri dan majlis untuk mendirikan rumah tangga. J Hanya menunggu masa semoga semua akan termeterai. Alhamdulillah wak, tak sangka kita da sampai tahap ni, selangkah saja lagi nak bersama, saya tidak mengharapkan yang lebih-lebih awak, hanya saya harapkan semuanya berjalan dengan lancar dan semoga jodoh kita diberkati Allah, dikuatkan, dan jodoh di antara kita kekal sampai ke Jannah.
J













p/s: ayat tiga patah perkataan tu, tunggu nanti lah ya lepas kawin baru saya ready nak ucapkn pada awak. 
J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...