Sunday, February 23, 2014

Tutorial Handmade Tasbih :)

Assalamualaikum WHBT..


Pernahkah kalian terfikir-fikir apa cenderahati/doorgift yang sesuai nak bagi pada tetamu wedding kalian?
Kalau kita survey barang2 doorgift yang ada jual dekat pasaran memang banyak pilihan dan apa yang perlu kita buat hanya keluarkan duit dan beli. Tapi bagi segelintir pihak, mungkin kita tidak berapa memberi kepuasan. 
Jadi apa kata kita buat saja sendiri :)
Salah satu ideanya adalah TASBIH.

Ya, saya pun terfikir nak buat tasbih ni sebab tengok kawan buat, saya terfikir hmm not bad, apa kata saya pun cuba buat, twist ikut style and taste masing-masing.
Jadi, hasil dia jadi cenggini


I'll give myself a big clap. Syabas...Syabas.. haha
Ok ramai kawan2 yang bertanya macam mana nak buat tasbih ni? 
Tak susah pun weyh. Cumanya perlukan kesabaran dan istiqomah yang tinggi. hehe
Meh sini nak ajar meh.


Bahan-bahan :-

1) Butir-butir manik
(bole guna yang sama ada dalam kilo iaitu jenis loose atau yang dia ikat dengan tali ada dlm 100++ seikat, saya beli yang dengan tali sebab boleh mix and match pilih banyak warna nanti)



2) Tali Tangsi
(untuk gabungkan butiran manik. bole jugak guna tali lain, ikut suka lah nak pakai tali apa pun tapi rasanya tali ni senang, nanti nak zikir pun senang slide or shuffle * haa gituu. Diameter yang suggested di sini 0.4mm/0.45mm)


 3) Playar 
( untuk kepitkan dan kemekkan stopper )

4) Stopper serta Beads Cap
(stopper tu utk pemati tali tangsi jadi manik tak terabur dan beads cap pulak nak bagi naik seri tasbih. hehe)


5) Benang
( benang ni untuk buat tassels/rambu ramba bagi tasbih, saya buat manual tassels ni sebab kat kedai takda jual )



Cara pembuatan :-


1) Ambil manik mengikut warna pilihan anda. Mix-kan dengan warna yang anda gemari. Manik yang saya gabungkan ni, dua utas yang masing2 mempunyai jumlah 100++. Sebab buat macam ni kerana saya akan gabungkan dua warna dalam satu tasbih. Jika anda plan nak buat tasbih ni banyak2, dah beli banyak2 tu kan sila lah rajinkan diri susun manik tu ikut warna couple memasing supaya kerja anda nanti jadi mudah. Laguni.

2) Bila da siap laguni, train lah diri untuk bersederhana, hehe maksudnya, buat mengikut kemampuan diri dahulu, sebab kita kan beginners so amik dulu satu kepai tasbih tu pastu sila lah karang-kan tasbih tu masuk dalam tali tangsi. 1st, potong dulu tali tangsi dia tu, ceraikan semua manik tu. 2nd, amik tali tangsi kita tadi dan sila lah masukkan manik kepada 33 biji. Pembahagiannya, 9-3-9-3-9. Faham tak, ok maksudnya, macam cth kita amik warna hijau & pink, jadi buat : hijau(9)-pink(3)-hijau(9)-pink(3)-hijau(9) 

 3) Jadi bila anda dah siap buat 33 biji, anda gunting tali tangsi tu. TAPI INGAT, sila panjangkan tali tersebut di hujung dan pangkal, lepastu masukkan stopper di dalam kedua2 hujung tali tangsi tersebut atau kalau nak lagi safe sila ikat dulu tali tu dgn ikatan biasa then masukkan stopper sampai dekat betul2 ikatan tali tu dan terus ambil playar dan kemekkan stopper tu *sila adjust ikatan jgn terlalu ketat sebab nanti payah nak slide manik masa zikir*. Laguni hasilnya..

4) Lepas tu, masukkan beads cap berselang dengan manik, 3X3. Kemudian masukkan lagi stopper dalam tali tangsi dan lepas tu kemekkan stopper guna playar. Laguni naa..


5) Ok, lepas dah siap buat ni maknanya dah 70% hampir siap. Next step, TASSEL!! aka rambu-ramba dia. Saya cadangkan kat sini, anda semua sila buat tassels dulu, buat banyak2 pastu simpan siap2 dalam bekas *3&4*. Nanti bila da siap senanglah keja. Actually tassels ni lah yang qenyuh sikit, haishh. Ok, cara nak buat tassels ni saya belajar dalam YouTube *saya ubah ikut equipment yang ada saja, ada penganut Buddha ajar, sebab depa pun ada jugak buat tasbih depa untuk upacara agama masing2. No harm, kita belajar ni untuk kebaikan kita kan :) 

So, mula2 anda semua ambil kertas pelapik yang dapat free masa beli playar tu, sebab nak gulung tassel tu atas tu. Saiz ketebalan dan panjang tu optional. Mula2, ambil benang dan bagi panjang sikit pangkal dia, mulakan belitan pada kertas pelapik *1*. Saya gulung 25 kali *ikut suka nak tebal macam mana. pastu hujung benang tu bagi panjang sama macam  yang pangkal mula2 kita buat tadi *2*. Pastu gunting.. Laguni dia..


6) Ok, da siap tassels tu kan kita bole masukkan kat tasbih dah. Ambil tasbih tadi, dan jugak tassels tadi mengikut pilihan warna masing2. Bukak 'kangkang' tali tangsi tu dan masukkan tassels secara melintang di tengahnya, pastikan tassel tu sama panjang *1*. Bila tassel dah ada dalam 'kangkang' dia sila masukkan stopper dalam kedua2 tali tangsi dan rapatkan ke atas tassel tu dan kemekkan dia *2*. Sila gunting pendek lebihan tali tangsi tadi *3*

7) Lepas tu, sila ambil tassel tu dan tegakkan dia mengikut alur tali tangsi tadi. Anda betulkan lah@sikatlah kedudukan benang2 dia tu supaya tak serabut. Pastu ambil hujung dan pangkal tassel tu yang mula tadi kita simpan panjang tu dan asingkan. Maksudnya, anda letak aja ke bawah. Ambil salah satu benang panjang tadi tu dan belit dan matikan dan ambil lagi satu dan matikan dia jugak *4*. Prinsip matikan benang tu sama saja macam kita nak matikan benang masa jahit baju. Senang aja.. 

8) Lepas tu pulak, sekali lagi sikatlah tassels anda bagi tak serabut semua *5*, bila dah comei dah kemas semua tu, anda ambil gunting dan sila gunting di tengah2 sambungan tassels tu.. pisahkan dia supaya dia jadi rambu-ramba *6*. Bila dah gunting tu, panjang dia ada yang tak sama so apa lagi, kasi gunting itu benang....

9) So, ni lah hasilnya, handmade tasbih. :) Harap sesiapa yang berminat nak buat tasbih ni faham lah explanation semua proses pembikinan tasbih ni. Saya harap bahasa saya senang difahami, susah jugak nak explain proses dia. Saya tak sempat ambik video pembikinan tasbih ni sebab takdak krew. hehehe





And oh, saya beli semua perkakas nak buat tasbih ni dekat kedai K&K Crystal Sdn.Bhd, di tingkat satu Plaza GM, Chow Kit Road, Kuala Lumpur. Sedikit cadangan, kalau nak buat sebagai doorgift, kedai ni jugak ada menjual kotak untuk isi tasbih, isi dlm tu so nanti nampak lah ekslusif sikit. Kalau anda semua beli bahan2 mentah tasbih ni secara borong, borong bagi manik adalah lebih dari sepuluh harga dia kasi half price and benda2 lain semua half price tho x beli borong, : tasbih tu RM1.20, Beads Cap RM 2.50 dan lain2, anda semua kena p sendiri lah kedai dia.



Selamat Mencuba :)
Wassalam












p/s: Kalau anda semua buat sendiri lagi jimat tau, kalau kat online jual let say RM2.00 seutas tasbih, tu kan sebenarnya modal kasar tak sampai RM 0.80 bagi seutas tasbih. Tak percaya cakap saya? Cuba lah sendiri :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...