Tuesday, October 25, 2011

twisted tongue_me

Salam..
Izinkan saya gelak sebelum meneruskan post ni...
Muahahaha..kahkahkah...ehehehe..
Ok dah cukup.
Hehe, sebenarnya its my bad habit, selalu tersasul semasa bercakap.
Tak kisah lah, semasa cakap dengan diri sendiri, dengan kengkawan, dengan pengajar, dengan doktor, atau depan sesapa aje lah.
Mesti akan tersasul. Tapi bukan lah setiap masa, cuma bila terlebih excited ke, gemuruh ke, atau masa tengah blurr. 
Jadi macam slurred of speech plak. Ehehe..
Its not that, I've taken drugs or what, bukan! Tapi jadi macam kebiasaan plak.

Contohnya 1st: 
kejadian masa dalam kelas, hari tu hari presentation mengenai penjagaan kaki bagi pesakit Diabetes Mellitus. Saya punya lah excited bagi talk sampai tersasul cakap " sila potong kaki dengan cara melintang mengikut bentuk kuku" 
Perasan tak? Sepatutnya " sila potong kuku kaki dengan cara melintang mengikut bentuk kuku" 
Aiyaa, satu kelas gelak pasal kejadian tu. 
2nd: 
Then, kejadian masa kat hospital, doktor tengah buat suturing, pada masa sama dia dengan doktor lain tengah sembang pasal this pinggan mangkuk cap Zebra. Then tetibe, dia minta saya p ke staff nurses dan minta carikan sumthing z**** splint. Saya tak berapa dengar actually, besides he's wearing a mask at dat time, then I said Ok doc! though tak berapa pasti hape benda yang dia nak. Terus pergi ke staff nurse then saya end up mintak Zebra Splint. Staff nurse pun naik heran lah so dia pun gi tanya semula, actually its Zimmer Splint not Zebra Splint! Aisey..doktor2 tu semua pakat gelak..malu kawe, sumpah malu sangat kat doktor hensem tu..:(
3rd:
Kejadian masa dekat Rumah Perlindungan PRIHATIN, Bachok. Sebuah pertubuhan untuk pesakit-pesakit terutama ibu2 tunggal yang +ve HIV & AIDS.
Ok,  kami buat focused peer group discussion, then next buat refleksi, I was selected to talk sumthing about them, so bangun lah bagi sedikit sebanyak cerita dan perkongsian pendapat, rasa sedih plus excited bercerita ni, berkobar2 semangat then tetiba tersasul cakap pulak " ....perjalanan masih hidup, hidup perlu diteruskan, anak2 kecik lagi....."
Terus, pengerusi majlis betulkan, " kejap dik, salah tu,..perjalanan masih panjang, hidup perlu diteruskan..."
Adei mak! malu kot tergelak semua orang dalam rumah tu, pengerusi cakap " takpe dik saya faham perasaan orang yang excited bila bercakap ni, takpe bagus2.." ( then dia gelak kuat2, ceyh! ) Ahaha, tapi it was so funny, tergelak2 saya masa nak sambung ucapan seterusnya..

Then macam2 lah lagi tersasul contohnya selipar jadi sepilar, keropok jadi keporok, dan apa2 lagi lah yang merepek meraban macam orang tak betul.
Ahaha..
Hmm..apa2 pun saya seorang yang normal, sihat walafiat, saya mengamalkan gaya hidup yang sihat, saya tidak merokok, saya tidak ambil dadah.! 
Yes!
Pish!










p/s: Saya jugak pernah tersasul  cakap saya sukakan seseorang tu,.. ceyh, really stupid mistake I've made, and rasa menyesal sangat sampai sikalang..haishh! 


Friday, October 14, 2011

Lady With The Lamp

Salam..
Recently, isu mengenai status oncall duty yang telah dimansuhkan bagi kalangan doktor Housemen jadi bualan hangat. Banyak dengar rungutan doktor-doktor pasal ni. Tak puas hati sebab sistem oncall patut diteruskan atas sebab-sebab yang munasabah.
Okay lets make it simple, I'm not gonna talk about the oncall issue, in fact sapa lah saya untuk bercakap pasal benda tu, it's just that, one day semasa berfacebooking, saya terbaca satu note ni, about the true life of a doctor and life revolves around him/her.
Okay, satu luahan suara hati yang sangat daring, straight to the point, dan pedas. But I must admit its true, as my friend who is a doctor also said its 1000% true.
But only 1 thing that make me quite burnin' up is that, the writer do mention something about nurses. Dia bercakap buruk mengenai nurses. 
As if all nurses are the same, LAZY, BIG ASS, MULUT JAHAT, NO RESPECT TOWARD OTHERS, BESAR KEPALA, etc etc. 
Hey, who are you anyway to talk something like that..? Ya mungkin masa kau jadi DOKTOR kau bernasib malang sebab berjumpa dan bekerja di bawah satu team dengan nurses yang macam dimentionkan kat atas tu. It too bad, but still you don't have the right to accuse us like that. 
Its not fair, takkan lah gara-gara telur busuk sebiji, habis satu raga nak dibuang..?? 
I gotta admit yah, memang ada nurses yang mempunyai ciri-ciri pemalas, bontot besar, mulut jahat etc etc tetapi jangan salahkan nurses yang selebihnya. Bukan semua orang berpewatakan sama.
Kami hormat orang yang di atas kami, ada banyak doktor yang baik peramah, siap kita makan sekali kat pantri yang sama. Kerja bawah satu team yang sama, mestilah mengamalkan sikap tegur menegur, tunjuk ajar, ingat mengingati, etc etc.
Takkan macam tu aje punya hal, korang cakap kami ni tak respek korang, post bagai kat facebook bagi public baca then misunderstand pasal golongan nurses ni macam tak berguna satu habuk pun. 
Then korang nak kami buat ape? Tunduk tanda hormat Japanese style tu ke bila bertembung korang. Atau korang nak kami buat apa untuk menunjukkan self respect kami kat korang semua..???! Damn it!
I'm sorry for being quite rude here, but I'm offended with the note. Seriously. 
Saya masih student nurse dan sepanjang praktikal dalam hospital saya dapat lihat macam-macam ragam kalangan doktor dan nurses, diakui doktor baik2 dan sibuk dengan tugas, same goes to nurses, sama2 sibuk nak jaga kebajikan pesakit, tak nampak pulak isu nurses maki doktor atau doktor terpaksa jaga IVD pesakit, terpaksa serve medikasi sementara nurses lepak makan dalam pantri tak jaga wad langsung macam yang diclaimed dalam note tu...??
Mesti ada yang akan bercakap, " eley kau student lagi, takat baru praktikal dekat 1 hospital, keje pun tak lagi boleh laa cakap cam ni.." 
Haa memang saya baru nampak kat 1 tempat, tapi saya tahu memang ada nurses yang kurang ajar, cuma tak nampak depan mata aja. Tapi masih saya nak stress kan dekat sini yang tak semua nurses itu SAMA.
Doctors and nurses, just to let you know, kami golongan nurses sejak masih dalam training lagi selalu diingatkan para pengajar,

" Jangan perasan you all work side by side dengan doktor eyh, you all adalah di bawah doktor. Nurses and doctors are two different people, one is giving the order, one is doing the order. One is treating, one is nursing. Without doctors, patients' life cannot be save, while without nurses, patients' cannot heal. We work as one team. A hospital cannot operate without nurses. We are the doctors, we are the nurses. " 

Again, please whatever it is, don't simply judge a book by its cover, don't simply accuse everyone is just the same as others. Just don't, okay dear friends. You don't know anything, the ugly truth and life we have to live. Its the better way not the sell stories about your life. You just making people lose their respect towards you.
On behalf of  'the good and bad nurses' as you guys claimed, I just want to say THANK YOU.




taken from Google.images



p/s: " pekerjaan jururawat ini adalah satu ibadah bagi kita, mungkin ibadat kita seperti solat tidak mencukupi tidak kusyuk, tapi insyallah dengan pekerjaan yang kita lakukan sekarang bakal jadi bekalan kita di sana kelak. " - Sister Siti Hajar ( Cempaka ) .



Friday, October 7, 2011

kami budak kolej

Salam..
Wah, lama bebeno menyepikan diri, seeking a peaceful mind-konon! kentut aje saya ni..hehe
Btw, I'm in peace now. No worries, chillax ok. Damage under control, quality checked, SIRIM lepas. :P

Ok, topik untuk malam ni, kejadian-kejadian yang pelik lagi macam kentut yang jadi sekitar kolej kitorang ni.

Kes 1:
Orang Gila Seks (OGS)
Benda yang dah lama dialami oleh bebudak kolej KB ni, lama dah..not to say sejak zaman Tok Kaduk lah tapi yah dah lama, ever since kakak2 super duper senior kitorang lagi..
Pelaku; tak dapat dikenalpasti aka UNKNOWN
Motif; memuaskan nafsu or suka hati dia lah
Cara; self masturbation
Yup, sangat meloyakan.
Sampai sikalang, pelaku tak dapat ditangkap, dan tak dapat dikenalpasti. 
Si pelaku akan menaiki motosikal, memakai helmet, berbaju hujan, berbadan gempal, akan mengeluarkan bunyi seakan memanggil2 menarik perhatian, berada di luar kawasan kolej berhampiran kawasan perumahan, berhenti-memanggil-bila dipandang-dia masturbate. Shit!
Bila kitorang nak tangkap gambar dia sebagai bukti nak buat police report, terus dia pecut moto.
Lama2 dah naik malas nak tengok or buat apa2, biarlah kau syok sorang2 kat bawah tu, lama2 dia blah.
Tapi sangat menakutkan sebab we never noe sampai takat mana dia sanggup buat, risiko besar dia masuk kolej ni. Dah lar kitorang semua perempuan + anak dara. Pak guard plak tak berfungsi pun. Harap dijauhkan.
Nauzubillah..


Kes 2:
Pencuri Coklat Bersiri
Tadi kes luar kolej, sekarang plak kes dalam kolej.
Macam2 betul, dan tak sangka coklat pun ada orang nak curi, eh btw saya dengar rumors yang kat hostel lelaki USM, KK ada pencuri jugak tapi ni pencuri spender..Agagaga..
Ok2, kembali semula, emm yah kat aras saya duduk ni ada pencuri coklat.
Coklat yang kitorang simpan dalam fridge habis dia kebas.
Wah, suke sungguh dia makan coklat.
Kot iye pun mintak lah der, jangan pakai bedal je ikut sesedap rasa. Kempunan kot tuan punya coklat tu. 
Sebenarnya, kitorang ada lah suspek, tapi membe se classmate jugak, tapi malas nak main serkap jarang kan.
Kitorang just letak nota2 ugutan je depan fridge tu. Kitorang buat umpan jugak. 
Tapi nampaknya buat masa sekarang si pencuri mendiamkan diri. Dah beli coklat sendiri lah tu kot.


Kes 3:
Kobis Berhantu
Ni pulak lagi kes dalam, kes makan dalam namanya. 
Tak tahu lah dimana salah dan silap kami diperlakukan sebegini rupa.
Mama (panggilan untuk staff kolej) macam nak bagi kami semua muntah keluar kobis.
Mana tak nya, tiap2 hari dia kasi menu kobis.
Kobis, kobis, kobis.
Bukan nak menolak rezeki atau nak memilih tapi sepatutnya duit makan yang kami bayar tu amatlah melayakkan/membolehkan kami diberi makan yang lagi elok. 
Tolonglah mama..kami dah penat tengok dan kunyah kobis. 
Kalau berterusan makan kobis sampai saya grad tahun depan, tak mustahil kami semua kena buat Thyroidectomy gara2 jadi goitre. 
Dan nasib baik hari jumaat kami off diet, we call it Hari Bebas Kobis.  

Kes 4:
"Senior Tetap Senior" by senior.
Wah, sampai kena di quote kan bagai.
Hmm, yah tahu senior tetap senior. Even kita sama umur, kami tetap respek korang, tapi itu tak boleh membuatkan korang memekakkan telinga membutakan mata tak dengar tak pandang langsung kitorang ni. Tak dengar pendapat orang, take things for granted, ingat kepala korang je betul..? 
Hey man, u guys were dead wrong ok, juniors yang menegur senior dengan cara baik bukan juniors yang kurang ajar, ok. 
Kita saling tegur menegur sesama kita bila buat salah, so that kita tak ulang dah kesalahan tu. Bukan tujuan utama nak point out kelemahan seniors.
Come on la, camne nak maju kalau kita still narrow minded..??


Saya rasa takat tu je lah yang nak dipoint out kan buat masa sekarang. I'm quite disappointed actually over macam2 benda lah. Hmm..
Btw, new update coming soon.!










p/s : 2 years down, a year to-go.. Can't wait though..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...