Thursday, March 29, 2012

Meleding, Melding, Melenting !


As-Salam..

Cuaca : Panas, kering.
Keadaan : Meracau!!

Mak aii panas, panas sungguh. Cuaca Kelantan sangat lah panas sekarang. Tiap2 hari berulang alik ke Wad PSY berjalan kaki sambil pegang payung leopard prints tu, melencun diaporesis kau jangan cakap, tak payah dah jogathon ke walkathon ke, huu memang benar2 menguji tahap kewarasan ni. 
Kepanasan menggila boleh menyebabkan aku menggila.
Ya. 
Panas amat, I'm not joking. Nak nak pulak kipas antik kepalanya berpusing dalam bilik ni tengah buat hal rosak, tak boleh bukak langsung, berbunyi mengalahkan bunyi helikopter nak jatuh terhempas. Dah dua hari tido tak berkipas, bangun tido lencun berpeluh, aishh.. Mengganggu betul waktu tidur, asyik terjaga dek penangan kepanasan tahap meleding.!
 Report kat penyelia asrama, nak tukar kipas baru pulak tak bole sebab kat syiling ada paip saluran ke tangki toilet..
Aishh..Aishh..
Gawat gawat!



Penyelia cakap tunggu minggu depan dia mari check semula and akan take action. 
That means I have to wait for another what..? 3,4 days and stand this heat! Maigad..
Huu panas dunia..panas dunia..panas jugak hati ku ini..oh~~
Aku rasa nak bertukar jadi Angry Bird dan menyerang hendap melantun ke bilik penyelia asrama sekarang jugak! 
Weeeee~~~













p/s : Sabar separuh daripada iman, ingat tu Moon!!



Wednesday, March 28, 2012

Cayang mucuk andak tu.. :)

As-Salam..

Mid-sem exam finally done, kalau tak memang terperuk dalam bilik bacaan sampai tahap mata berpinar baru nak keluar lah gamaknya. 
Hmm, malam ni buat apa? 
Nothingness.
Nak sambung study nanti cari kena bahan dengan bebudak nih, ahaha.. Semangat lebih pulak.
So malam ni buka FB, tengok2 ada gamba Fifi, my second niece. :)
Alaa budak comel manje ulat ulat tu...
Baru umur 5bulan. 
Teringat masa cuti mid sem aritu, kena babysit dia sebab ibu keje malam, alaa macam membina semangat motherhood dalam jiwa ku ini pulak. Uhuhu
Bancuh susu, tepuk2 nyanyi2 kasi tido, mandikan dia, bawak dia jalan2, then kena pujuk dia bila nangis.
Aduh, manje sangat dia, nak didukung aje selalu, kalau tidur pulak kena peluk or at least kena pegang tangan dia, alolo manje manje andak tu..

Kalau nak acah dia senang aje selak baju dia kasi nampak perut bulat tu then cium2 nanti habis laa rambut kena tarik. Hehe
Lepas minum susu, tepuk2, sumbat puting, haa tidur lah dia. Tabiat tidur fifi yang sangat comel, bila siang dia kena tidur mengiring, malam nya pulak ok gaya bebas. haha
Teringat lagi tidur sebelah dia, tidur bawah ketiak kite pulak tu,.. Masyuk aje dia tido, puting dia make sure jangan lepas dari gonggongan, kalau tak, memang terjaga lah dia.
So can you imagine, memang saya tidur ayam2 aje sepanjang malam, takut dia terjaga. Alaa comel dia.
Tidur pulak buas, mengalahkan andak ni haa. 
*nasib baik andak tak penyek fifi, sebab andak pun tidur buas jugak, hehe*
mula ok aje posisi tidur budak ni, makin lama makin pusing, pusing, pusing, dan bila terjaga masa subuh, tengok2 kaki dah naik atas, kepala duduk bawah, ahaha! Memang buas betul ye Fifi andak ni..
Bangun nya memang awal, sebab pampers basah, penuh, berak! Ehehe
Minum susu pulak sampai terjeluak atas baju andak ni haa.. Alaa takpe andak merelakan Fifi, oh..~~
Rindunya andak sekarang kat Fifi,..
Oh teringat kan Ain, my !1st niece, kesian dia, jeles sebab andak lebihkan Fifi, sampai merajuk Ain nangis2 sebab takde orang nak layan dia, alolo budak comel sorang ni jugak.. Meh cini meh andak peluk dua2...
Muaahhh..Muaaahhh.. 
:)
Andak sayang semua! 









Muka dia baru bangun tidur..Hehe
:')
Rindu benor andak kat budak wangi comel comel ni..
Nanti andak balik, andak babysit Fi lagi ok. 
:)











p/s: Fifi, nanti andak kasi hadiah ok. :)



Friday, March 23, 2012

EpilimEpilimEpilimEpilimEpilim

As-Salam..

:)
Well, its been a great week so far.
Minggu ni asyik tergelak aje tiap-tiap hari, yelah sebab kali ni posting dekat Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental HRPZ II. Kumpulan saya dapat wad perempuan (Acute), means kebanyakan patients sini banyak yang agressive, new admitted, dan diagnosis pun banyak yang Schizophrenia, Bipolar Affective Disorder, etc.
Mulanya diorang masuk sini semua dalam keadaan agresif , tapi bila dah ambil ubat, buat aktiviti and so on, boleh nampak laa perubahan makin ok. 
Aktiviti pagi2 lepas bagi ubat dengan ambil BP, pesakit semua akan beratur then kami student nurse ni akan conduct streching badan, menyanyi Lagu Negaraku, Negeri Kelantan, then baca doa. Bacaan doa ni pesakit yang baca, doa mereka diorang sangat lah tulus, memang complete, kalau kita yang normal pun tak boleh nak berdoa macam tu. ( Imam doa kami adalah patient yang predischarged yang tahu menghafaz ayat Al-Quran )  Kami terus proceed dengan senamrobik pagi, wah ni laa part yang paling diorang suka. Kalau bab joget, hmm memang laa joget sakan, tapi yelah tak banyak yang boleh catch up dengan kami ni.. So mula laa keluar macam2 tarian, memang kelakar lah. Hahaha..

Hmm so far, macam2 cerita yang dengar dari mulut diorang ni, most of it memang merepek merapu, yelah kan banyak yang berhalusinasi dan berdelusi, so takyah laa layan sangat, mengarut aje buat pening kepala kita mikirkan apa lah yang diorang cuba sampaikan sebenarnya.

Antara 'racauan' patient yang kelakar yang sempat saya dengar;
" misi.., gatal lah kudis kawe ni nak ubat kudis...cinta ibarat kudis buta, makin digaru makin sedap..."
"..misi..besok bawak lagu Usher ya..kak ina nak berdisko ni..haa tengok ni kak ina joget.."
"...student..student..saya nak asam, asam yang merah merah yang masam masam tu.."
dan macam macam lagi lah yang tak perlu diceritakan disini. 
Hehe

Kami ada buat sesi melukis, mewarna dan mengayam tikar bersama patients yang predischarged.








Dan last sekali part bercerita, kami mintak patients menyanyi, bersajak, dan berpantun, makcik yang tua tua memang handal berpantun, kelakar sangat pantun diorang tu. Then kami minta mak long Jah ni buat sikit pesanan untuk kami budak2 student, dan ni lah yang dia tulis. Baca dan fahami lah sendiri ya. :) 


Owww..so sweet...
InsyaAllah Mak long,..















p/s : post yg pendek, tak larat sgt nak update, dengan nak exam nya lagi , macam2 nak cite tapi ini je lah yg mampu ditaip, yg selebihnya, buat kenangan dgn modal utk senyum sorang2 pun best jugak.. ahaha




Wednesday, March 7, 2012

like gonna die tomorrow


As-Salam..

At this moment, I just dunno how to explain my feelings. Its all messed up inside.
I miss all the jokes, all the memories, among us. The way we used to waste our time away, hanging out. :)
Shopping.. :)
As time past by, we grow, dear friends. We've changed. No more 'kanak-kanak' ribena. :) Bergedik santai and stuffs. 
Seasons change, so do people. 
But whatever it is, I hope that we'll stay togather no matter how many year coming. 
Dears, aku sayang hampa semua. Aku jatuh, aku bangun, aku sedih, aku putus asa, putus cinta, hampa laa dok melekat dengan aku. Serius weyh kita dah makin besar, masing-masing dah attitude berubah. Aku rasa touching and happy sangat. :')
Apa laa motif post ni..entah..saja nak express feeling kat dalam ni. Macam nak meletup. Rindu sangat kot kat the good old days.. 















p/s: :')


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...