As-Salam..
:)
Well, its been a great week so far.
Minggu ni asyik tergelak aje tiap-tiap hari, yelah sebab kali ni posting dekat Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental HRPZ II. Kumpulan saya dapat wad perempuan (Acute), means kebanyakan patients sini banyak yang agressive, new admitted, dan diagnosis pun banyak yang Schizophrenia, Bipolar Affective Disorder, etc.
Mulanya diorang masuk sini semua dalam keadaan agresif , tapi bila dah ambil ubat, buat aktiviti and so on, boleh nampak laa perubahan makin ok.
Aktiviti pagi2 lepas bagi ubat dengan ambil BP, pesakit semua akan beratur then kami student nurse ni akan conduct streching badan, menyanyi Lagu Negaraku, Negeri Kelantan, then baca doa. Bacaan doa ni pesakit yang baca, doa mereka diorang sangat lah tulus, memang complete, kalau kita yang normal pun tak boleh nak berdoa macam tu. ( Imam doa kami adalah patient yang predischarged yang tahu menghafaz ayat Al-Quran ) Kami terus proceed dengan senamrobik pagi, wah ni laa part yang paling diorang suka. Kalau bab joget, hmm memang laa joget sakan, tapi yelah tak banyak yang boleh catch up dengan kami ni.. So mula laa keluar macam2 tarian, memang kelakar lah. Hahaha..
Hmm so far, macam2 cerita yang dengar dari mulut diorang ni, most of it memang merepek merapu, yelah kan banyak yang berhalusinasi dan berdelusi, so takyah laa layan sangat, mengarut aje buat pening kepala kita mikirkan apa lah yang diorang cuba sampaikan sebenarnya.
Antara 'racauan' patient yang kelakar yang sempat saya dengar;
" misi.., gatal lah kudis kawe ni nak ubat kudis...cinta ibarat kudis buta, makin digaru makin sedap..."
"..misi..besok bawak lagu Usher ya..kak ina nak berdisko ni..haa tengok ni kak ina joget.."
"...student..student..saya nak asam, asam yang merah merah yang masam masam tu.."
dan macam macam lagi lah yang tak perlu diceritakan disini.
Hehe
Kami ada buat sesi melukis, mewarna dan mengayam tikar bersama patients yang predischarged.
Dan last sekali part bercerita, kami mintak patients menyanyi, bersajak, dan berpantun, makcik yang tua tua memang handal berpantun, kelakar sangat pantun diorang tu. Then kami minta mak long Jah ni buat sikit pesanan untuk kami budak2 student, dan ni lah yang dia tulis. Baca dan fahami lah sendiri ya. :)
Owww..so sweet...
InsyaAllah Mak long,..
p/s : post yg pendek, tak larat sgt nak update, dengan nak exam nya lagi , macam2 nak cite tapi ini je lah yg mampu ditaip, yg selebihnya, buat kenangan dgn modal utk senyum sorang2 pun best jugak.. ahaha
No comments:
Post a Comment