Monday, May 21, 2012

Pompuan Lembik


As-Salam..





Lama tak menaip, anhedonia gile ke blogging ni. Rasa malas actually, banyak points dengan story yang makngah nak cite ke uols, tapi x da masa + effort nak menaip tu x terdaya rasanya.. *cewah..
Hmm..
Terlalu banyak benda yang terjadi dalam masa yang singkat, terasa otak menerima suatu input yang terlalu banyak pada satu masa ditambah pulak dengan pelbagai karenah dan masalah-masalah yang sewaktu dengannya.
Fuhh..
Kat mana nak mula ya, actually the 1st lesson learned is that never ever put your trust 100% to someone. Including the person who is close to you. 
Ok kids, benda berkaitan janji ni tak boleh dimungkiri, apatah lagi janji kita ke atas seseorang adalah umpama satu amanah, dalam konteks Islam, satu amanah seorang muslim ke atas saudara muslimnya yang lain. Sekali dia berpaling pabila berpesan itu adalah satu amanah yang dipertaruhkan ke atasnya. Menjadi tanggungjawab dia untuk menunaikan amanah itu, bagaimana kita nak menjawab nanti jika suatu masa kita disoal semula berkaitan amanah yang tak tertunai tu..?
Nauzubillah..
Kemudian, ujian- ujian dan masalah yang kita hadapi bertimpa-timpa jatuh atas kepala pada satu masa. Bagai jatuh, tertiarap pulak, tertomoih ke tanah. Haa nah. Try laa fikir macam mana nak settle masalah yang da jadi,?
Nak control damage, tapi terpaksa amik risiko lagi. Risiko yang hanya kita boleh berserah pada Tuhan moga semua berjalan lancar.
Tapi macam mana pula dengan orang sekeliling? Let say ini melibatkan sekumpulan, nak togather gather settle ke camne? Camne pulak kalau semua tak bersatu? Semua mempunyai pendapat yang tersendiri? Banyak yang membangkang dari menyokong? Yang hanya menunggu untuk menertawakan usaha anda dari membantu anda?
Yang hanya tahu mengkritik serta bersikap pessimistic?
Huh..
Masa macam ni lah kita boleh judge seseorang tu actually, peribadi dia, meskipun dari segi penampilan serta pelajaran dia bagus gile, tapi kalau kau fikir kan diri sendiri je, taknak sumbang jalan penyelesaian, sekadar berpeluk tubuh duduk kat dinding, pandai cakap belakang, hmm memang laa kau tak berguna seposen untuk membantu, kau lagi menambahkan kekusutan yang ada. Sepatutnya kau menolong kawan-kawan kau tu, tak kesian ke? Kau jugak dapat malu kalau semua lingkup, sebaliknya kau jugak jadi bangga bangla kalau dapat pujian. Haa nah. The choice is yours. 
Actually kalau nak cakap pasal upset, memang laa takyah sembang lebat. Upset dah sampai tahap berserah pada Yang Satu saje. Pada Dia jelah tempat kita nak mengadu apa pun, kau nak ngadu kat sape lagi? Habis  kuat pakwe kau, member2 kau? Sape yang boleh tolong kau kalau berdepan krisis dalaman? Kepale hotak kau mereng, kau da tak boleh nak harap kan sesape. Macam aku lah. Aku akui aku ni sombong, aku belagak kuat depan orang tapi actually aku tak.  
Lemah lembik tak berdaya, angin tiup je sekali haa kau melekat terus kat atas pokok. 
Kesimpulannya, da sekali terkena memang laa akan beringat2 lepas ni, kau jangan fikir yang baik tu akan tetap baik macam malaikat, dan yang jahat tu memang laa akan jahat sampai masuk kubur. People change, their attitudes changing like monsoon.
Terima kasih.
" Ya Allah, ampuni lah segala ketelanjuranku. "



















p/s : can you be a bit more patient? can you trust your sleeping partner? can we survive through all this?

















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...