As-Salam..
Salam Jumaat buat
semua muslimin muslimat sekalian, J
arini dah genap seminggu kita puasa kan.
Hampir tak caye lak
yang kita dah berada dalam bulan puasa untuk tahun ni 1433H, cepat gile masa
berlalu, besok lusa raya, tup tup awal Muharram then habis lah tahun ni, koyak calendar
lama buang, gi kedai perabot apek kasi calendar baru. Fuhh, serius gile cepat..
By that time
mengganggur lah gamaknye. Hmm..
Alhamdulillah,
Ramadhan kali ni masih berkesempatan berpuasa kat Kelate nih, mungkin ni tahun
terakhir berpuasa kat sini & tahun terakhir gak berterawikh kat sini. Walau
semua tempat sama je kalo ikutkan, tapi
bagi saya personally it’s a big different actually.
Sebelum ni mungkin
malas gile nak angkat bontot g masjid kat kampung, berterawikh ngan bunch of
makcik2 tua, disertakan Imam yang sudah lanjut usia, dok kata,
“ aish malas ah,
bukan ada budak muda pun, Imam pun baca tersekat2” Hmm
TAPI..!! kat sini
kami lain, semua berebut2 lak nak g terawikh ngan kengkawan, pas Iftar, terus
kalut gila g siap2 nak g Terawikh, especially kat KB, SEBAB APE? Sebab ada imam
jemputan dari Saudi Arabia yang imamkan sepanjang Ramadhan, Kemudian terdengarlah
suara2 BESAR mengatakan “ my terawikh semata2 SEBAB IMAM ** tu,..Imam
hemsem, Imam sedap, Imam muda, tak macam Imam lanjut usia”
Astagfirullah..niat
tu da x betul, niat bukan kerana ALLAH SWT. Nauzubillah..Terus fail! Semangat
nak beribadat tu da lari dari tujuan asal.
Kenapa jadi macam tu
ya?
*oh adakah aku da termengumpat di sini, astagfirullah..*
Ok, my balik, my
balik. Bukan niat nak mengumpat di siang hari ni, tapi itulah manusia kan,
mudah tertarik pada opposite sex. Eh tetibe lak. :P
The point is,
sesungguhnya kalo kita tak cuba, kita takkan dapat merasainya, kalo kita tak
pernah merasa kita tak akan da pengalaman. Dan ya, setelah hampir 3tahun berturut2
berpuasa berterawikh kat sini, merasa 1 kelainan yang sangat berbeza. Anjakan paradigma. Tetibe..
Bersemangat sangat
nak berpuasa, beramal ibadah, InsyaAllah.. Niat kerana, ALLAH SWT, The Only
One, for me and for you and for them and for semua lah. J
Sekarang jugak rasa
rindu balik nak berterawikh kat kampung sendiri, ngan makcik2 tua dan
disertakan Imam yang sudah lanjut usia. Ahaks..
Betapa manisnya rasa
rindu itu, semanis kurma tatkala menyentuh taste buds sewaktu Iftar. Uuuu~~
InsyaAllah, kudrat 4
selangka ni masih kuat untuk berjalan kaki ke Pusat Islam USM untuk togather2
solat dan terawikh kat sana, tho Imamnya bukan lah seperti yang diimport dari
Saudi Arabia. Takpe2, kan da cakap NIAT TUH! NIAT WEYH, SEBAB ALLAH SWT.
J Alhamdulillah, syukur.
Jadi harapan Ramadhan
kali ni hanya mengharapkan keredhaan Yang Maha Esa, semoga segala amal ibadat
diterima Allah, semoga niat di hati hanya untuk Allah semata. Harapan jugak
semoga diberi kekuatan fizikal dan mental terutama untuk bertahan hingga ke
garisan penamat. Kalau lah ditakdirkan ini Ramadhan yang terakhir, semoga
Ramadhan ini memberi beribu2 lemon Rahmat dari Allah SWT, diampuni segala dosa
lampau, kini dan akan datang kerana kita adalah manusia yang selalu melakukan
kesilapan & kesalahan. Namun kita jua berhak & layak mendapat
ampunanNYA. InsyaAllah.. J
Selamat Berpuasa
wahai sahabat sekalian, jangan sia2 kan Ramadhan ini.
Pelihara segala
pancaindera kita, bukan sekadar berpuasa dahaga & lapar saja ya, aipp..!!
Wassalam.
p/s: di pagi Jumaat yang hening ni jugak, mendapat 1
mimpi yang amat membingungkan.. adakah…Oh
Tuhanku.. :’(