Friday, July 27, 2012

Imam Lanjut Usia

As-Salam..


Salam Jumaat buat semua muslimin muslimat sekalian, J arini dah genap seminggu kita puasa kan.
Hampir tak caye lak yang kita dah berada dalam bulan puasa untuk tahun ni 1433H, cepat gile masa berlalu, besok lusa raya, tup tup awal Muharram then habis lah tahun ni, koyak calendar lama buang, gi kedai perabot apek kasi calendar baru. Fuhh, serius gile cepat..
By that time mengganggur lah gamaknye. Hmm..

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni masih berkesempatan berpuasa kat Kelate nih, mungkin ni tahun terakhir berpuasa kat sini & tahun terakhir gak berterawikh kat sini. Walau  semua tempat sama je kalo ikutkan, tapi bagi saya personally it’s a big different actually.
Sebelum ni mungkin malas gile nak angkat bontot g masjid kat kampung, berterawikh ngan bunch of makcik2 tua, disertakan Imam yang sudah lanjut usia, dok kata,
 “ aish malas ah, bukan ada budak muda pun, Imam pun baca tersekat2” Hmm

TAPI..!! kat sini kami lain, semua berebut2 lak nak g terawikh ngan kengkawan, pas Iftar, terus kalut gila g siap2 nak g Terawikh, especially kat KB, SEBAB APE? Sebab ada imam jemputan dari Saudi Arabia yang imamkan sepanjang Ramadhan, Kemudian terdengarlah suara2 BESAR mengatakan “ my terawikh semata2 SEBAB IMAM ** tu,..Imam hemsem, Imam sedap, Imam muda, tak macam Imam lanjut usia”
Astagfirullah..niat tu da x betul, niat bukan kerana ALLAH SWT. Nauzubillah..Terus fail! Semangat nak beribadat tu da lari dari tujuan asal.
Kenapa jadi macam tu ya?
*oh adakah aku da termengumpat di sini, astagfirullah..*

Ok, my balik, my balik. Bukan niat nak mengumpat di siang hari ni, tapi itulah manusia kan, mudah tertarik pada opposite sex. Eh tetibe lak. :P

The point is, sesungguhnya kalo kita tak cuba, kita takkan dapat merasainya, kalo kita tak pernah merasa kita tak akan da pengalaman. Dan ya, setelah hampir 3tahun berturut2 berpuasa berterawikh kat sini, merasa 1 kelainan yang sangat berbeza. Anjakan paradigma. Tetibe..
Bersemangat sangat nak berpuasa, beramal ibadah, InsyaAllah.. Niat kerana, ALLAH SWT, The Only One, for me and for you and for them and for semua lah. J
Sekarang jugak rasa rindu balik nak berterawikh kat kampung sendiri, ngan makcik2 tua dan disertakan Imam yang sudah lanjut usia. Ahaks..
Betapa manisnya rasa rindu itu, semanis kurma tatkala  menyentuh taste buds sewaktu Iftar. Uuuu~~
InsyaAllah, kudrat 4 selangka ni masih kuat untuk berjalan kaki ke Pusat Islam USM untuk togather2 solat dan terawikh kat sana, tho Imamnya bukan lah seperti yang diimport dari Saudi Arabia. Takpe2, kan da cakap NIAT TUH! NIAT WEYH, SEBAB ALLAH SWT.
J Alhamdulillah, syukur.

Jadi harapan Ramadhan kali ni hanya mengharapkan keredhaan Yang Maha Esa, semoga segala amal ibadat diterima Allah, semoga niat di hati hanya untuk Allah semata. Harapan jugak semoga diberi kekuatan fizikal dan mental terutama untuk bertahan hingga ke garisan penamat. Kalau lah ditakdirkan ini Ramadhan yang terakhir, semoga Ramadhan ini memberi beribu2 lemon Rahmat dari Allah SWT, diampuni segala dosa lampau, kini dan akan datang kerana kita adalah manusia yang selalu melakukan kesilapan & kesalahan. Namun kita jua berhak & layak mendapat ampunanNYA. InsyaAllah.. J
Selamat Berpuasa wahai sahabat sekalian, jangan sia2 kan Ramadhan ini.
Pelihara segala pancaindera kita, bukan sekadar berpuasa dahaga & lapar saja ya, aipp..!!


Wassalam.














p/s: di pagi Jumaat yang hening ni jugak, mendapat 1 mimpi  yang amat membingungkan.. adakah…Oh Tuhanku..  :’(







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...