Monday, February 18, 2013

Excited Terlebih

Assalamualaikum..


Have you ever encounter moments where you and your other half talks about something like marriage proposal, and you just talk and talk, spew out too many ideas at the same time...until at some point you finally realise, ermm "..oh dear, I've carried away..sorry." 
OMG, how embarassing I tell you..!

Huu segan gilok rasa bila da tersedar..kononnye nak berlagak macam "..ok ikut suka awak lah..saya ok aje macam mana pun..hewhew", nak berlagak ayu lah sangat kan..! :P
Padahal kita ni sebenarnya punya lah excited habaq hang..haa pulun lah cakap sorang-sorang..Yang kat sana tu diam aja tunggu "..bila lah dia ni nak habis cakap.." Pastu buboh gelak kuat kat kita.
Ceyh..memalukan betul. :P

Hehe..yelah at some point sometimes girls do like to talk and talk, getting flight of ideas tu jgn cakap lah..selalu sangat. Haha
Dah jadi lumrah kot rasanya bila mai bab bercakap ni, orang pompuan selalu nak jadi centre of attention, mendominasi keadaan. But, bukan Queen Control tau, haip takmau takmau.
Yelah dia lagi banyak buah fikiran nak bagitau kat orang, tak kisah lah buah fikiran yang bole pakai or tak bole pakai tahap hampeh sekalipun, at least SHE TRIED! 

Tapi bila, she wanna play role as so called-sweet sweet 'lil innocent girl who just listen to what he got in mind and then just nod or shaking head, ok lah jugak kan bila he got sumting to say..But then what if the man, diam saja cakap A, B & C..fullstop. * bunyi cengkerik kat belakang..
Alaa macam tak best lah pulak kan, tu lah orang cakap laki suka diam aja..kalau camtu baik orang pompuan yang cakap banyak.
Actually, orang pompuan nak selamatkan keadaan lah.. 
Haha, bunyi macam "hek eleh.." tapi weyh aku tak tipu, betui laaa...

The thing is, biarkan aje lah orang pompuan bila dia nak cakap, kasi chance. 
Kalau meleter sekalipun, 50% dari leteran tu ada pengisian dia tau..baki lagi hanyalah repetition yang membosankan. Ceyh..kehkeh
Then, BOYS or MEN...pleaseeee bagi lah respon kat orang pompuan bila dia habis cakap..Huu tolong.
Kesian kat dia weyh, cakap pong prang pong prang sorang2 last2 takda pape respon. Haa kalau dia merajuk, jangan tanya banyak naa.. sendiri mau ingat la naa.

Just imagine kalau kat dunia ni takda orang pompuan..
Huu nak2 pulak takda pompuan yang jenis bercakap/berleter untuk kebaikan orang sekeliling..contoh paling dekat, MAK kita.. 
Adoi, memang akan huru hara lah rumah tangga, tak terurus jadinya.
Jadi hargailah wanita sekeliling anda. 
Tak rugi pun dengar dia berleter..
:)











p/s : Speak no evil, bercakap bila perlu, PRN :)




Saturday, February 16, 2013

Driving Session #01

Assalamualaikum..

Hye, saya budak baru belajar.
Belajar nak bawak keta.
Kehkeh, kesian..umo da 22 tahun tapi baru sekarang nak amik lesen keta. :P
Saya tak tahu satu menda pun pasal keta, yang tahu hanyalah...stereng itu bulat.
Lawak lah tadi bawak keta hampir2 nak langgar pagar sebab tertekan pedal minyak agak kuat time belok keta..
*huu sorry cikgu..saya nervous!
Selepas ni, memang lah kena kuat sikit sebabnya kena bawak moto sendiri g tempat Driving tu, kat Sungai Petani, then balik rumah then shoot balik g SP untuk keja.. Huu
:') makin kurus lah cek..apakan daya..Rezeki jangan ditolak. Gunakan tenaga 4kerat pemberian Allah nih.
Sekian..

my hero.. :')





p/s: doakan keselamatan kita bersama atas jalan raya.. :)




Tuesday, February 12, 2013

Perihal Makanan & Rasulullah SAW :)

Assalamualaikum..

Sudah makan? :)
Meh sini meh nak cerita serba sikit pasal Rasulullah dan makanan..
Banyak sungguh perihal Rasulullah dengan makanan, yang mana kita boleh jadikan ikutan. 
Nabi Muhammad SAW bersabda; 
Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

  • Rasulullah SAW seorang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali mahupun memujinya, kalau suka, Baginda makan. Tapi kalau tak suka Baginda akan meninggalkannya tanpa mencelanya.
  • Baginda tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. 
  • Baginda menyukai susu. Baginda bersabda, "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekali gus minuman melainkan susu." 
  • Baginda gemar menjilat jarinya sebanyak 3kali selepas makan. Hikmahnya, tangan ini ada enzim yang membantu penghadaman makanan, apabila dijilat, kita akan menambahkan enzim tu dalam perut utk melancarkan lagi pros. penghadaman makanan. 
  • Baginda menggunakan 3 jari ketika memakan buah-buahan. Manakala apabila memakan roti atau segala yang berkuah, Baginda menggunakan semua jarinya.
  • Baginda berdiri ketika minum air Zam-zam dan menggunakan Qirbah (bekas minuman dari kulit binatang). Hukum perbuatan ini Sunnah. Hadis riwayat At-Tarmizi & Ahmad, "Aku melihat Rasulullah SAW kadang-kadang berdiri & kadang-kadang duduk."
  • Baginda akan berhenti (bernafas) tiga kali ketika minum segelas air. Hadis riwayat At-Tarmizi, "Bahawasanya Nabi SAW berhenti tiga kali ketika meminum segelas. Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan."
  • Baginda amat menyukai minuman yang manis dan sejuk.
  • Baginda paling menyukai cuka. Hadis riwayat Jabir bin Abdullah, "Sebaik-baik lauk adalah cuka."
  • Baginda bersabda dalam Hadis yang diriwayat;
  1. Abu Asid, "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati."
  2. Aisyah, "Adalah Nabi menyukai manisan dan madu."
  3. Abdullah bin Harith, "Kami makan bersama-sama Rasulullah SAW daging bakar di dalam masjid."
  4. Ummu Salamah, "Dia menghidangkan potongan daging kambing panggang kepada Rasulullah SAW. Baginda memakannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk semula."
  5. Abu Ubaid, "....Baginda sangat menyukai kaki kambing...."
  6. Anas bin Malik, "Rasulullah menghidangkan buah kurma dan sawiq (gandum yg digoreng) di hari pernikahannya dan Safiyah."
  7. Anas bin Malik, "....Baginda sangat menyukai buah labu..."
  8. Abdullah bin Jaafar, "Sesungguhnya Rasulullah SAW memakan buah timun dan kurma yang masak (basah)."
  9. Aisyah, "Rasulullah SAW pernah memakan buah tembikai dan kurma yang masak (basah)."


Semoga sedikit maklumat ni kita semua dapat jadikan ikutan.

Selamat Mencuba :)












p/s: Copy from buku, 'Biografi Agung Rasulullah SAW by Rusydi Ramli Al-Jauhari.







Sunday, February 10, 2013

belahak macam..GAJAH.


Assalamualaikum..


Jangan disangka muka bajet ayu pertuturan cakap yang dijaga rapi tak mempunyai tabiat buruk. Tabiat buruk yang sekarang melanda diriku adalah table manners yang dah sangat OUT KE LAUT. Memang tak malu dedahkan keburukan sendiri, bukak pekung kat dada-kononnye lah, alahai. Yah, da makin hilang adab kat meja makan.

1st, bila makan asyik bersulam air
which is sangat lah tak baik, *ya maaf saya sedar kesilapan saya, bole cepat kenyang, nasik tak habeh makan, perut cepat kembung and definitely akan cepat boroi, yes..BOROI.
2nd, pakai tangan kiri pulak tu
Aish, perangai macam setan betul :P tapi dak aih, sungguh nak habaq ni, ngaku siap kalau da tangan kanan cekau nasik, minum lak pakai tangan kiri lah. *Mak aii, buruk sungguh perangai hang weyh, malu ar.. :’(
3rd, pastu belahak macam gajah
Huu, betapa buruknya rupa bole berubah dalam sekelip mata bila kedengaran bunyi belahak (sendawa) di kalayak ramai. Kalau tak kuat mana pun, tapi orang bole dengar jugak. Huu sungguh lah tak sopan, kalau pakej my sekali bau gulai semalam punya, adeh lagi ar FAIL! *maaf, maaf..walaupun awak selalu cakap saya comel bila belahak..oww sweet-not! Saje kan nak amik hati saya kan, kan? Wahaha
4th, makan tak habis – buang – bazir – equal to, SYAITON !!
Yelah bila da time makan asyik aja bersulam air, last2 cepat lah rasa kenyang. Makanan tak habeh, apa lagi..tinggai..buang. Huu, kesian nasik, makanan tu..mintak maaf..saya ni betui2 tak qeti hargai rezeki yang ada depan mata *patut lah badan hang tak mau naik, dok kuruih keqing..huu
5th, tak ikut sunnah Nabi, -nauzubillah
Makan pulak pakai main ikut dan aja nak bedal, tak ikut petua2 Nabi. Ni yang dok buat  yang laut campo dengan darat, tak makan buah dulu,  makan lepas isyak time tengah2 malam, masuk perut  memang mengkelai ar (bergaduh) akhir sekali settle down dalam jamban sebabnya sakit perut. *aish..sedih dengan diri sendiri sebab tak cuba nak ikut Sunnah Nabi SAW L

Sememangnya rasa kecewa dengan diri sendiri sebab makin tak beradab dah, benda ni kecik sekalipun tapi kalau da jadi tabiat, memang huduh la orang pandang, walaupun orang tak tegur, tapi saya sedar salah saya. Hmm, In Sha Allah, saya berazam nak perbetulkan semula yang tak betul, sebabnya sebelum ni saya bukan macam ni, mungkin sebab dah lalai, terus makin menjadi2 perangai tak beradab nih. *mak hang tak ajar ka? Mak aku ajar, saja aku yang lalai..huu sedih.







p/s: Nabi kita adalah ikutan yang terbaik, indeed  J




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...