Sunday, November 24, 2013

Muflis Di Usia Muda

Assalamualaikum whbt..


Sememangnya kehidupan sewaktu belajar dan bekerja adalah dua alam yang sangat berbeza.
Waktu belajar dan bergelar pelajar memang HAVOC, susah senang kita lalui bersama dengan sahabat, waktu tu jugak kita bertungkus lumus belajar demi mengejar cita-cita. Mungkin jugak, apa yang kita kejar tu bukan lah minat kita yang sebenar. Mungkin itu semua gara-gara paksaan keluarga atau mungkin jugak itu untuk menjamin masa depan. Macam dalam bidang saya sekarang, bergelar penjawat awam, atau senang cakap kerja gomen.
Ramai yang menyangka kerja gomen ni banyak kemudahan, dan kesenangan. Iyalah, kerajaan memberi kita kesempatan merasa banyak kemudahan seperti contoh paling mudah elaun. Dan paling senang cakap, pencen/pension dan jugak jaminan jawatan yang dipegang selama selagi berkhidmat tanpa menimbulkan sebarang masalah dan jugak selagi diri mampu bekerja sehingga umur 60.
Ok, isu yang yang nak di’gebang’kan dekat sini adalah “Bagaimana jika kita tak suka kerja kita sekarang?”
Ok, memang banyak yang jadi camtu. In fact, saya sendiri sekarang tak berapa enjoy dengan tugas sekarang. Don’t get me wrong, I am Happy being a nurse and I am proud of it, but in the same time I am struggling to fit in the workplace and I am struggling to learn to LOVE my position as a scrub nurse. FYI, It’s not even my kerelaan. But still, I’m in the learning process, whether I like it or not. Jadi, kita kena lah merelakan diri ini mencuba mencintai bidang tu. Hmm, walaupun susah.
Ok, ceritanya adalah…Bila diri dipengaruhi anasir luar hingga menganggu gugat kerjaya dan kehidupan.

Cerita ini adalah kejadian sebenar, melibatkan diri ini dan individu-individu yang tak payah didedahkan di sini sebabnya, saya dah tidak menyenangi golongan sebegini. Ianya hanyalah untuk diambil iktibar, dan buatlah kesimpulan masing-masing kerana semua insan telah diberi akal fikiran. To agree or to disagree, its your choice. If you wanna judge me, go ahead. I just wanna share my experience and my point of view regarding this issue because masih jugak ada kengkawan yang tarik saya nak involve, jadi saya da tak tahan nak simpan lagi isu ni, bukan nak memburukkan orang lain tetapi saya nak berkongsi, I’m just too sick of it.
Ok, sewaktu mula bekerja dulu kan, I was so alone, tak mengenal dunia pekerjaan, semua kelihatan asing, the people and the place. Until this one person came to me. This person was so nice to me, she approached me. She was a person back in my workplace. Dia ni sangatlah baik, selalu contact kita, checking kita, bergaul, tak pernah lah kedekut ilmu, masa dan duit ringgit ni. Yelah kita kan budak baru, duit pun tak berapa nak ada, bodoh-bodoh lagi tak tahu apa sangat. Dia selalu bawak saya keluar, tak pernah langsung lupakan kita. Asyik ajak keluar makan, tengok wayang, main boling. At that time, saya memang tengah sengkek, duit pun takda sangat sekadar cukup-cukup makan sebabnya gaji tak masuk lagi kan baru keja. Then, she was so nice, belanja semua, tho I kept saying, “it’s okay, I don’t want to..” but she kept replied, “it’s okay, please, it’s all on me..” So, it was cool. But, she did said sumting, “sekarang akak belanja Moon, nanti Moon belanja lah akak..”

Saya masa tu tak lah berfikir yang bukan-bukan, in fact rasa terharu sebab setiap kali keluar kami akan gather dengan ramai sangat kawan-kawan, bercampur lah, Nampak macam one big family. So close, memang kita tak buat aktiviti tak senonoh, semua baik2 menjaga tatasusila lah kiranya ni. Tapi…satu je, setiap kali keluar mesti balik lewat… sampai ke malam, melarut sampai pukul 1, 2, 3 pagi.. PAGIII..!!
Don’t get me wrong, kami tak cocok langit ya..haipp. Macam tu lah, main bowling, tengok wayang, makan kat mamak sampai ke tengah malam. I was so penat laa.. Tak tahan dengan life macam tu, walaupun it’s been JUST a few times, dalam 3 kali seingat saya. Saya teringatkan mak, abah, tuntutan kerja, dan jugak fikir kenapa lah aku bazir masa aku ikut budak2 ni. Penat la weyh!! Esok nak p qeja hampa tau dak! Mula cakap nak ajak makan saja, pukui 9pm keluar tapi end up makan sampai pkui 2 pagi. Gila pa..
Then saya pun mula lah menjauhkan diri, asyik tolak pelawaan kakak tu. Then it was okay, saya dah tak keluar dengan diaorang semua. Tapi, pelik sebab saya selalu ternampak kakak tu asyik keluar dengan budak2 junior yang lain, she treats them sooo nice! Keluar aja memanjang, I was like, ain’t she has a life? Gosh, penat sangat tengok life dia, malam keluar..spending times and money with friends then by the next morning pegi kerja, then I heard that staffs lain cakap, her productivity kerja menurun, always MC, EL and stuffs with suspicious excuses. Hmmm…
Until one fine day…
Dia ajak keluar berbuka puasa kat luar. I was like okay, ni lah masa saya nak belanja dia balik, sebab pernah berjanji kan jadi baik kita langsaikan janji tu, nanti susah kalau orang tuntut janji tu. Then my friend came up to me and I told her that I was about to go out with that kakak, then, that was the time my friend drop that bombshell. I was surprised to hear that about her. Heard what?? Ok, satgi saya cerita.
Jadi saya dan jugak kakak tu pun keluar lah berbuka puasa, lepas berbuka puasa tu dia cakap dia nak bawak saya pegi ke satu tempat ni, dia cakap nak g kejap ofis dia, dia cakap nak tunjuk sesuatu. Walaupun kami kerja tetap staff nurse tapi actually dia ada buat kerja luar. And she’s about to reveal apa kerja tambahan dia tu, then she brought me to this place, gah jugak bangunan tu, macam hotel pun ada, it was night time, saya pulak takut dah ni, kang dia bawaknye aku masuk hotel, bagi ubat tidoq pastu ambik gambaq lucah aku ka apa ka haa naya jaa…huuu nauzubillah….

Rupanya sangkaan tu meleset. Masuk je pejabat tu, tengok punya laaa ramai orang…ramai gila baq hang. Semua tengah berdiskusi, pakai segak2, and yang pelik tu saya kenal muka2 yang dekat situ,kebanyakannya tu geng2 bowling and tengok wayang sekali. Hmm.. Rupanya, depa semua tu adalah jurucakap agen MLM. I repeat MLM. Damn, saya pun jadi sasaran depa ni. Then she softly forces me untuk listen to her ‘proposal’ and ‘paperwork’ pasal so-called business depa nih. Initially, saya refuse takmau sebab Nampak macam serius dan akan melarat lama ni, tapi she start buat muka macam merajuk, jadi nak amik hati dia saya pun cakap “ok lah kak, cerita lah pasal benda ni”. I was patiently dengar dan tahan saja dengar semua review dia pasal business ni. She kept saying, “ini bukan MLM, ini bukan MLM” walhal umum mengetahui ini semua MLM. Hadoi, masalah betul laa. Then, diskusi ini melarat sampai 3jam. Dan jam di tangan menunjukkan dah pkul 11 lebih, esok pulak nak kerja pagi, saya memang tak interested langsung nak dengar tapi saya dengar jugak sebab nak tau apa point2 dia so that pasni bole argue, masa dia tengah cakap tu saya sempat laa tengok orang2 sekeliling. Sambil terdetik dalam hati, “Ya Allah..betapa ramainya manusia yang nak cepat kaya, kaya dengan tanpa usaha titik peluh sebaliknya dengan penuh muslihat dan tipu daya.. “
So, at the end of the ‘diskusi’ ni ditambah pulak penegasan dari mamat ni macam senior MLM dia pun turun padang jumpa saya convincing me untuk masuk MLM ni. Nak tahu tak, depa punya trick untuk pancing kita adalah dengan cakap keluarkan modal pastu takyah usaha lebih, pancing orang dengan cara buat baik belanja, berkawan, bersosial, tarik dia jadi agen bawah kita then wallah, setiap bulan duit akan masuk tanpa perlu berusaha lebih. They kept saying that, gaji kerja kau sekarang ni tak cukup, tak boleh nak tolong mak pak, kau tak boleh enjoy, kau kena kerja makan gaji tapi hasil tak seberapa, kau takmau kaya ka? Hmm, saya masa tu dalam hati memang dah geram ni, istigfar banyak2. Memang depa ni tak bersyukur nih.
“jadi berapa percent awak nak join benda ni, dan berapa percent awak taknak join..?”
Saya pun amik pen, tulis besaq2 kat kertas tu, 30% NAK JOIN, 70% TAK NAK JOIN.

Then they ask me, “ kenapa berat ke TAK NAK JOIN? Bole terangkan tak”
Saya cakap straight to their face, “saya ada tujuh sebab kenapa saya taknak join. Pertama, saya was was benda ni semua dan jugak hasil dia adalah syubhah. Kedua, saya takdak modai nak join benda ni. Ketiga, saya ada lagi banyak komitmen nak buat dengan duit nak bayar itu ini. Keempat, saya nak kawin, saya nak pakai duit. Kelima, saya dah ada tunang dan saya pasti tunang saya tak bagi kalau saya join benda ni. Keenam, saya tak rajin nak p buat baik dengan orang, p cari orang, nak keluar2, nak yakinkan orang masuk business dengan kita. Dan yang ketujuh, saya suka hidup saya sekarang, pegi keja, balik keja, makan, tido, tengok tv, makan gaji, I like living my sedentary life.”
Then, they both diam.

And that guy pulak membidas setiap satu point, point saya. Lantak engkau la weyh, aku tak larat nak dengaq dah laa.. MELUAT plus MENYAMPAH. Aku nak balik lah wei…!! Arghh, memang bursting dari dalam, tapi saya act cool. Memang laa semua point yang mamat tu bidas entah hapa-hapa. Riak sangat dengan hidup senang lenang, nak kaya sangat ni kenapa, sanggup laa tipu kawan-kawan semata nak ajak join masuk benda tak guna ni. Kesian tau dok tipu duit orang, secara automatic orang tu akan terpaksa berhutang sebab selalunya orang akan buat pinjaman pastu melabur dekat MLM ni, tup tup hasil tak seberapa. Unless kau pandai cari orang, then trick balik orang tu, memang kau akan dapat pulangan. Tapi tak ke kau macam menganiaya orang lain, using their money and making profit of it. Korang tau tak, dengan adanya benda macam ni lah yang menjahanamkan bangsa sendiri sebab saya tengok kebanyakannya orang melayu yang masuk tau tak. Yang kaya tu orang atas. Kau yang bersusah payah kat bawah, dan memang orang gomen yang banyak masuk sebab senang buat loan, dah tu nanti terpaksa laa tanggung hutang loan, duit habis banyak melabur kat benda tak guna nih. Korang tau tak, kajian menunjukkan bahawa zaman sekarang ni, golongan muda adalah golongan yang paling banyak muflis. Yes, MUFLIS di usia muda. Blacklisted, hutang keliling pinggang, yang kerja pulak, produktiviti menurun sebab da lost interested, ada jugak yang sanggup berhenti kerja semata nak focus sepenuhnya kerja MLM. Hmm…sia-sia saja belajar tinggi-tinggi pastu berhenti kerja, buat MLM. Pendapat saya, biar lah kita bersusah payah cari rezeki, sebab kita tau titik peluh kita jugak tu, hasil dia memang sweet. Baik meniaga tepi jalan jual ayaq bancuh lagi mulia tau tak, untung jugak, in fact kita akan lagi menghargai kehidupan dan nilai rezeki yang Allah bagi kat kita.
Kemudian, saya cakap dengan tegas, saya memang takmau join dan kami pun balik lah.. Went straight to hostel, pejabat dia tu kat KL, hmm sebenarnya saya sedih, dan jugak marah sebab dapat tau yang selama ni orang buat baik dengan kita semata-mata ada kepentingan tersendiri. Berkawan dengan tidak ikhlas, ada agenda tersembunyi, sedih tau tak kawan yang kita sangka baik tu macamtu. Saya sememangnya, sangat tak sangka. Its all about BUSSINESS. Nampak tak permainan dia.. sigh.

Then back at work, kakak tu menjauhkan diri dia dari saya, dia da tak call tak mesej dan tak bercakap dengan saya, saya pun buat tak kisah dengan dia dah sebab saya tak rugi apa2. In fact, I pity her. Tengok lah life dia, dah macam sangat fake. Pretend to be nice to others, padahal…  Dia pun da berjaya pancing kawan saya, and again I pity them. Produktiviti kerja depa?? Hmm sendiri mau fikir laa.. Wahai kakak yang once baik sangat dengan saya, saya sampai sekarang tak percaya awak sanggup buat macam ni dekat kawan2 awak, kak, kak ada tak best friends? Are they really your best friends or are they just using you just like you are using your friends..??
Wallahu’alam.
Wassalam..











P/S: Dear akak, if you are reading this post, and offended by it. I’m truly sorry, I just wanted to tell you, I love our friendship and I am sad it ended up this way.  And dear friends, please stay away from me if you  just wanna drag me into this “business” world, sorry I’M NOT INTERESTED. If I’m that jobless, I’d rather stay home sewing clothes till night than stay up all night telling lies. 


Friday, November 1, 2013

HOW ARE YOU?

Assalamualaikum whbt..
 
Q: How was your life now, dear?
A: Been working 8-5
Q: Happy?
A: Overall, yes.
Q: How's work?
A: Err..nothing much.
Q: Meaning..?
A: Hmm..jobless.
Q: Expand.
A: Wakes up at 6.30, goes to work at 7.15, stop at makcik stall buys nasi lemak, arrived at workplace, doing some inventory, 10 am having my nasi lemak,
chatting bla bla bla, eat again, bla bla bla, user trainings, bla bla bla, went back at 5, short nap, watching tv, cook, eat, sleep.
 
 
And it went, on and on and on and on...like everydays for the past 2 months...YES, 2 months.
I am living a sedentary lifestyle right now.

 
............
 
 
Aiyoo..sucks.
I really think I need to change.
You know, my face is surrounded by pimples, oily skins, bad body posture, I didn't workout, I didn't eat clean food,  I notice that I didn't smile much now, I am skinny tho I eat tons of nasi lemak every single day, my skin is getting drier, I didn't drinks plain water now only Lalita's tea, my urine is dark yellow tea colored, I didn't pee much, I notice that I've become too sensitive emotionally, I didn't put on any make up, I look pale, tired, and not attractive at all and..and..and..........
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

p/s: EPIC
 
 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...