Tuesday, February 12, 2013

Perihal Makanan & Rasulullah SAW :)

Assalamualaikum..

Sudah makan? :)
Meh sini meh nak cerita serba sikit pasal Rasulullah dan makanan..
Banyak sungguh perihal Rasulullah dengan makanan, yang mana kita boleh jadikan ikutan. 
Nabi Muhammad SAW bersabda; 
Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

  • Rasulullah SAW seorang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali mahupun memujinya, kalau suka, Baginda makan. Tapi kalau tak suka Baginda akan meninggalkannya tanpa mencelanya.
  • Baginda tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah makan berdiri di meja makan. 
  • Baginda menyukai susu. Baginda bersabda, "Tidak ada sesuatu yang boleh berfungsi sebagai makanan sekali gus minuman melainkan susu." 
  • Baginda gemar menjilat jarinya sebanyak 3kali selepas makan. Hikmahnya, tangan ini ada enzim yang membantu penghadaman makanan, apabila dijilat, kita akan menambahkan enzim tu dalam perut utk melancarkan lagi pros. penghadaman makanan. 
  • Baginda menggunakan 3 jari ketika memakan buah-buahan. Manakala apabila memakan roti atau segala yang berkuah, Baginda menggunakan semua jarinya.
  • Baginda berdiri ketika minum air Zam-zam dan menggunakan Qirbah (bekas minuman dari kulit binatang). Hukum perbuatan ini Sunnah. Hadis riwayat At-Tarmizi & Ahmad, "Aku melihat Rasulullah SAW kadang-kadang berdiri & kadang-kadang duduk."
  • Baginda akan berhenti (bernafas) tiga kali ketika minum segelas air. Hadis riwayat At-Tarmizi, "Bahawasanya Nabi SAW berhenti tiga kali ketika meminum segelas. Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan."
  • Baginda amat menyukai minuman yang manis dan sejuk.
  • Baginda paling menyukai cuka. Hadis riwayat Jabir bin Abdullah, "Sebaik-baik lauk adalah cuka."
  • Baginda bersabda dalam Hadis yang diriwayat;
  1. Abu Asid, "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati."
  2. Aisyah, "Adalah Nabi menyukai manisan dan madu."
  3. Abdullah bin Harith, "Kami makan bersama-sama Rasulullah SAW daging bakar di dalam masjid."
  4. Ummu Salamah, "Dia menghidangkan potongan daging kambing panggang kepada Rasulullah SAW. Baginda memakannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk semula."
  5. Abu Ubaid, "....Baginda sangat menyukai kaki kambing...."
  6. Anas bin Malik, "Rasulullah menghidangkan buah kurma dan sawiq (gandum yg digoreng) di hari pernikahannya dan Safiyah."
  7. Anas bin Malik, "....Baginda sangat menyukai buah labu..."
  8. Abdullah bin Jaafar, "Sesungguhnya Rasulullah SAW memakan buah timun dan kurma yang masak (basah)."
  9. Aisyah, "Rasulullah SAW pernah memakan buah tembikai dan kurma yang masak (basah)."


Semoga sedikit maklumat ni kita semua dapat jadikan ikutan.

Selamat Mencuba :)












p/s: Copy from buku, 'Biografi Agung Rasulullah SAW by Rusydi Ramli Al-Jauhari.







Sunday, February 10, 2013

belahak macam..GAJAH.


Assalamualaikum..


Jangan disangka muka bajet ayu pertuturan cakap yang dijaga rapi tak mempunyai tabiat buruk. Tabiat buruk yang sekarang melanda diriku adalah table manners yang dah sangat OUT KE LAUT. Memang tak malu dedahkan keburukan sendiri, bukak pekung kat dada-kononnye lah, alahai. Yah, da makin hilang adab kat meja makan.

1st, bila makan asyik bersulam air
which is sangat lah tak baik, *ya maaf saya sedar kesilapan saya, bole cepat kenyang, nasik tak habeh makan, perut cepat kembung and definitely akan cepat boroi, yes..BOROI.
2nd, pakai tangan kiri pulak tu
Aish, perangai macam setan betul :P tapi dak aih, sungguh nak habaq ni, ngaku siap kalau da tangan kanan cekau nasik, minum lak pakai tangan kiri lah. *Mak aii, buruk sungguh perangai hang weyh, malu ar.. :’(
3rd, pastu belahak macam gajah
Huu, betapa buruknya rupa bole berubah dalam sekelip mata bila kedengaran bunyi belahak (sendawa) di kalayak ramai. Kalau tak kuat mana pun, tapi orang bole dengar jugak. Huu sungguh lah tak sopan, kalau pakej my sekali bau gulai semalam punya, adeh lagi ar FAIL! *maaf, maaf..walaupun awak selalu cakap saya comel bila belahak..oww sweet-not! Saje kan nak amik hati saya kan, kan? Wahaha
4th, makan tak habis – buang – bazir – equal to, SYAITON !!
Yelah bila da time makan asyik aja bersulam air, last2 cepat lah rasa kenyang. Makanan tak habeh, apa lagi..tinggai..buang. Huu, kesian nasik, makanan tu..mintak maaf..saya ni betui2 tak qeti hargai rezeki yang ada depan mata *patut lah badan hang tak mau naik, dok kuruih keqing..huu
5th, tak ikut sunnah Nabi, -nauzubillah
Makan pulak pakai main ikut dan aja nak bedal, tak ikut petua2 Nabi. Ni yang dok buat  yang laut campo dengan darat, tak makan buah dulu,  makan lepas isyak time tengah2 malam, masuk perut  memang mengkelai ar (bergaduh) akhir sekali settle down dalam jamban sebabnya sakit perut. *aish..sedih dengan diri sendiri sebab tak cuba nak ikut Sunnah Nabi SAW L

Sememangnya rasa kecewa dengan diri sendiri sebab makin tak beradab dah, benda ni kecik sekalipun tapi kalau da jadi tabiat, memang huduh la orang pandang, walaupun orang tak tegur, tapi saya sedar salah saya. Hmm, In Sha Allah, saya berazam nak perbetulkan semula yang tak betul, sebabnya sebelum ni saya bukan macam ni, mungkin sebab dah lalai, terus makin menjadi2 perangai tak beradab nih. *mak hang tak ajar ka? Mak aku ajar, saja aku yang lalai..huu sedih.







p/s: Nabi kita adalah ikutan yang terbaik, indeed  J




Wednesday, January 9, 2013

Seputar Nasi Ulam & Kraft :)

Assalamualaikum WHT..

Huu ada dua post baru nih, nak update mana dulu haa..erm sepeti yang dijanjikan lah dulu ya. 
Nasi Ulam Cikgu. :)



Berlokasi di Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan. 
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan atau nasi ulam cikgu nih, memang agak terkenal lah.
Kami sendiri suka makan kat sini sebabnya, harga murah gila, kalo nak g ramai2 ngan membe kan pilih jek lauk2 dia, ulam lak amik ke banyak mana nak amik, dia cas sehengget jek*, normally pas total suma semeja makan, bahagi bapa kepala yang ada, usually kami hanya bayar RM 5 ja utk sorang. Wah, lumayan ya, enakk!! :D
Ulam-ulaman yang ada kat sini memang lah pelbagai, kira sapa hantu ulam tu (macam abang ipaq aku tuh, kehkeh) memang akan enjoy. Dia punya lauk pauk tu kira memang kena lah untuk makan ngan ulam, contohnya masak lemak ikan patin, ayam goreng, ikan keli, sayur lemak kobis, ikan kembung bakar etc.. Pencicahnya pulak air asam, sambal belacan, tempoyak n yang paling wajibnya BUDU lah, semua bole kita gaul sendiri campur ja pape cili ke bawang ke mangga ke serai ke semua boleh :)
Konsep makan jugak kat bawah rumah kampung jek, kat bahagian atas tu muzium songket, dan jugak beberapa bahagian rumah yang buat kelas2 mengajar. Open air *agak panas tapi ada ja kipas, so kalau lunch time dia buka mula pukul 11 am hingga lauk habis atau sampai takdak orang dah dalam pukul 3 pm camtu lah :)



Sampai sini makan aja ok, terus serbu, nanti ulam habis kang kempunan lak. hehe..

Btw, restoran ni kat dalam kampung kraftangan di mana kampung nih menjual banyak hasil2 kraftangan dari bahan rotan sampai lah ke lukisan2 cantengan batik. Also, kelas2 jahitan pun ada dibuka kat sini, tak kurang jugak kelas melukis&mewarna serta kelas cantengan batik. Lepas makan kenyang2, boleh lah nak g cuci2 mata ka tengok2 barang mana bekenan di hati tu, boleh laa buat cenderamata ole2 dari Kelate. 

 hehe lawak kan pantun dia, kreatif sungguh..

mai..mai..pakat2 pilih ni..macam2 adaa.







ekehkehkeh..

Haa ni hampa, kalau nak tengok Muzium songket pun boleh, naik aja rumah kat atas tempat ruang makan tu, tapi jangan lupa buang kasut dulu tau, bayar sehengget jek then tengok lah macam2 jenis songket yang di-display, senang ceqita segala pasai keturunan suku sakat songket lah..kehkeh 

Remember, I did mention about class yang ajar melukis ngan cantengan batik kan.. Haa, menurut encik yang tu katanya dia memang open class untuk orang ramai, especially untuk students yang amik Arts dan jugak untuk sesapa yang nak try buat cantengan secara touch and go.. So join lah, harga pun berpatutan.  :)






Dan ni pulak antara artis yang hasil karya dia memang artistik, kira hasil seni yang cantik dan boleh buat sumber pendapatan. Also open for tempahan potret. :)

KFCM ke ni??



See, cantik kan. :)

Hmm secara keseluruhan, pendek kata macam2 benda ada kat sini, dan gambaq2 yang ada ni pun sikit aje dari apa yang ada kat sini. X rugi mai sini, makan dapat, cuci mata dapat, buah tangan pun dapat.. 
Kelantanese, wajib kena mai. And kalau orang luar, cuba lah mai. It worth it.
Till we meet on my next post. :)
Wassalam..

*muka pulun makan eskrem tengah hangat. weyh lega aih..kehkeh















p/s : nanti-nanti nak g sini lagi lah. InsyaAllah :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...