Wednesday, February 22, 2012

Bertahan...Bertahan..Iyakk!


As-Salam..


Dilema hujung bulan :
Duduk terperuk dlm bilik. Taknak keluar memana.
Taknak g kedai makan. Takut terliur.
Apa yang mama masak, makan saja, taknak kata apa.
Taknak duduk dekat dengan enfon. Bunyi silent enfon sangat irritating. 
Nak makan jajan. Kena berhutang dengan Kak Pah. 
Masuk buku 555. 
Susu Fernleaf dah habis. Mintak Zety punya susu Omega Acticol.
Baju menimbun, taknak masuk dobi hostel. Paksa diri basuh tangan.
Hari cuti taknak makan luar, Yana ajak gi beli, bagi alasan kenyang lagi.
Buka Mee Ruski, rebus, makan, nikmatnya macam nak nangis.
Oh kehidupan pelajar yang jauh dari family..
:'(

Teringat Rahmat Al-Khallad (friend of mine) cakap dulu;
" Awak try survive dengan baki duit yang awak ada sekarang. Macam saya dulu masa student. Saya hanya ada duit RM10 aja dalam purse. Memang sedih, hidup kat KL lagi masa tu. Makan sendiri, takda orang sediakan. Tapi saya cuba untuk survive dengan duit RM10 tu. Saya cuba sebolehnya. Dan surprisingly memang saya boleh bertahan  sebelum dapat elaun. RM10 tu saya memang tak guna sebab rasa sayang sangat, tak sanggup nak guna untuk kepentingan lain. Bila kita ada yang tu sahaja, kita akan belajar untuk menghargainya. Awak cuba lah apa yang saya cakap ni. Awak akan faham. "

Terima kasih Rahmat.. :)
Sekarang saya faham dah. 
Bila kita ada duit, kita selalu terlupa untuk menghargainya.
Berbelanja sesuka hati, mentang-mentang laa elaun kerajaan yang bagi kan. Hmm.
Family, jangan sesekali minta ok. Jangan menyusahkan orang lain. Biar kita susah sendiri, takpa, semua ni nak mengajar diri kita jugak. 
Belajar lah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, walaupun kita susah tapi hati kita mesti senang. 
Itulah kekayaan sebenar. 
Sekarang saya hanya ada RM5, kurang RM5 dari Rahmat, haha. Hmm macam tak percaya tapi minggu ni dah masuk minggu kedua, RM5 tu berjaya tak disentuh. 


Tazkirah sikit;
Pernah diceritakan semasa zaman Rasulullah dulu, seorang doktor telah ditugaskan untuk berkhidmat secara percuma kepada penduduk Madinah. Setelah hampir setahun doktor itu berkhidmat, dia bingung, hairan sekali kenapa penduduk Madinah tiada seorang pun yang datang menemuinya. Tidak sakitkah mereka?
Dia mengambil keputusan untuk keluar meninjau. Dia kemudiaanya datang menemui Rasulullah dan bertanya;
  " kenapa penduduk Madinah tidak menemuiku untuk berubat? "
Rasulullah menjawab;
" Umatku tidak sakit."
Lantaran tidak berpuas hati, dia mengambil keputusan untuk meneroka seluruh pelusuk kampung dan menyiasat. Setelah puas meneroka, dia menemui kembali Rasulullah.
" Benar, tidak ku jumpa seorang pun yang sakit. Kenapa mereka tidak sakit Ya Rasulullah? "
   Rasulullah menjawab;
" Umatku sihat kerana pemakanan; kami hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. "

Rasulullah SAW pernah bersabda;
" Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

 
InsyaAllah saya akan cuba untuk belajar menghargai dengan nikmat yang diberi selama ini. Mencukupkan rezeki yang sedia ada. Mengawal nafsu, terutama nafsu makan. ~ngeee..

















p/s :  Arigatōgozaimashita kepada Momofuku Ando kerana meng'inventing' MEE SEGERA..!! sangat menolong saya di waktu sesak ni. :')



Sunday, February 19, 2012

Dia Yang Maha Mengetahui..


As-Salam..


“Ya Allah jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan-MU.”
“ Hanya mampu berserah pada Allah SWT, moga dicekalkan hatiku ini dalam menghadapi semua dugaan ini. Segala ikhtiar telah dilakukan bagi menjernihkan keadaan, bagi menenangkan hati-hati yang berprasangka, namun hanya itu yang mampu ku lakukan, selebihnya ku serah pada yang Esa. Dia yang Maha Mengetahui segala yang terselindung, Dia yang Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berada di antaranya, Dia jua lah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan yang terlindung di sisi hati tiap insan. ” 
 
Sesungguhnya mereka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Hal yang pada mulanya sekadar umpatan telah menjadi bahan fitnah. Fitnah yang bakal menjerat diri sendiri. Jika kamu tidak menahu hal yang sebenar, usah dicanang pada yang lain.

Tindakan kamu hanya mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya telah tegang. Kamu bertindak melulu tanpa usul periksa, kamu memperkatakan sesuatu hal yang yang kamu sendiri tidak pasti. Lantas melemparkan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan. Membuat andaian yang kononnya kebenaran bagi kamu. Tidak sedarkah kamu, yang kamu telah memfitnah sahabatmu sendiri. Maruah dirinya tercalar, kreadibilitinya dipersoal.

Lebih ramai yang mempercayai dari yang menghindari. Sebahagian tidak memahami dan sebahagian bertindak tidak mahu memahami. Kamu berjalan di sana-sini, sambil mulutmu tidak putus-putus memuntahkan fitnah-fitnah. Kamu bertindak membabi buta. Kamu sememangnya tidak mengerti. Sungguh, aku jua tidak dapat mengerti apa niatmu berlaku sedemikian? Adakah kerana hasad atau kerana aku ada pernah menyakiti hatimu?

Kamu sepatutnya berfikiran waras, bertenang hati, berlapang dada. Nyahkan setan-setan yang sedang berbisik di telinga mu, yang meracuni sanubarimu. Dia hanya mahu melihat kita berantakan supaya dia boleh bersorak sorai meraikannya. Sungguh, celaka lah bagi dia kelak!

Ketahuilah, sesungguhnya maaf yang kamu pinta telah ku berikan. Siapalah aku untuk tidak memaafkan? Untuk menyimpan dendam dan kebencian padamu? Aku pernah berjenaka bersamamu, aku pernah tersenyum padamu, ia akan kekal sebegitu. Kini, aku maafkanmu cuma yang pasti akan ku kenang segala perkara yang berlaku ini, kerana semua ini amat memberi kesan padaku. Aku amat berkecil hati, atas kejadian ini, ramai sudah yang berprasangka buruk padaku sedangkan mereka sebenarnya tidak mengetahui hujung pangkal cerita ini. Biar sahaja. Aku hanya akan bersemuka dengan yang sepatutnya, yang perlu diterangkan akan aku terangkan, tak perlu dihebahkan hal yang sebenarnya pada umum. Jika kalian mendengar cerita itu pasti akan timbul syak wasangka, pasti akan kalian merisik khabar padaku demi secebis pejelasan. Teruskanlah, jika kalian tetap mahu menabur fitnah itu, ya aku persilakan. Semoga ianya mejadi bekalan ku kelak di hari sana. InsyaAllah. 


“ Sesungguhnya pada-MU Ya Tuhan aku serahkan segala urusan agamaku, hidupku, matiku, duniaku serta akhiratku. ”











 p/s: Janji Allah pasti benar. Allah sama sekali tidak memiliki iradah untuk mengingkari janji-NYA.


Saturday, February 11, 2012

moga dipermudahkan


As-Salam..

Well, its been a busy week so far.
Untuk memegang tanggungjawab menjadi event planner bagi Majlis Farewell Dinner Senior, bukan lah mudah seperti yang disangka. 
Tapi Alhamdulillah atas bantuan yang diberikan oleh puan pengajar, Puan See Teik Lan dan Puan NorHaizan Abd Wahab. Terima kasih sangat-sangat kat puan dua. Kalau takde puan, memang terkapai-kapai lah saya. 

Tapi, sedih jugak sebenarnya. Tak semua yang kita plan itu menjadi dan tak semua yang kita plan itu orang suka.
We might think that we are doing this for the sake of everyone. We only want the best. 
But, some just don't understand. And tend to not to understand. 
You see, you can't simply criticize people, you need to listen first and think. 
Then only you talk, give your opinion. 
Don't be too pessimistic.
Its not as easy as you think. It might look as easy as ABCDs. 
Actually its not!

Sekarang ni, saya hanya mampu mendoakan semua yang dirancang mampu berjalan seperti yang dirancang.
I'm hoping and praying.
Board members MBIL dah already luluskan paperwork dinner, Alhamdulillah Ya Allah! 
Sekarang hanya perlu jalankan pelaksanaanya pulak.
Memang excited, tak sabar nak handle event ni. 
Tapi yalah its all about teamwork, cooperation among the team.
Harapan semoga kami semua cekal dalam bekerjasama sebagai satu pasukan.
InsyaAllah.
:)














p/s : Dear Beloved Seniors, we don't hate you guys. Don't worry we are the doing the best we can do. We gonna throw an event that everybody will remember. yeah! 


Saturday, February 4, 2012

'Senapa' bukan prince charming ?

As-Salam..

Today was one great day..
Thank you, thank you, thank you..
:)
Its not a fairy tales, its not Prince Charming..
Yes you are not Prince Charming because you're not Royal Blooded.
For sure lah kan. Haha
As I said to you earlier, Prince Charming isn't one who has the wide smile, nice teeth, riding white horse, charming, bla, bla, bla..
Nah...! Its all fake. A fraud to make girls believe that there is one perfect guy out there somewhere.
As perfect as price Charming.
Boo..
Nobody's perfect.
Just like the song we've listen earlier;
" you don't know you beautiful, that's what makes you beautiful "
:)
You don't  even have to try.
Because for me, you are perfect just the way you are.

Every girl keeps believing that Prince Charming will come one day, but they will soon realise that life is not a fairytale and you have to take what life offers you,  before its too late.
I admit I was wrong, I used to be a girl who believes in Fairy tales, prince Charming, happy ending, etc.
 But now, I finally realise that, the real prince charming is one who can always make you smile whenever you think about him. He's the real charming one.
:)













p/s : Its not Prince Charming, its Admiral :) 



Wednesday, February 1, 2012

"Growing old is mandatory; growing up is optional." - Chili Davis

As-Salam..


Pagi yang indah! :) Well, Today is my birthday..
Yang ke 21.
:) Saya berumur 21. Satu stage usia baru. 
Hmm actually tak tahu nak kata apa. I didn't expect for any surprises, any birthday cake, candles, gifts, or apa2 aje, tapi just wanna say thanks to everyone for their kind thoughts,..for all the great wishes, prayers.. :)
Thank You so much, I'm touched. :')

Herm, macam biasa di hari lahir yang ke 21 ni, I wish that;

Bismillahirahmanirahim..
"..Semoga segala urusan dunia akhirat dipermudahkan Allah SWT, semoga hati dan jiwa sentiasa tenang, tak selalu berdukacita, semoga diberi petunjuk Ilahi dan kekuatan dlm menjadi muslimah yang diredhaiNYA, diberi kesihatan yang baik, ilmu yang diberkati, keluarga dan sahabat handai yang selalu berada di sisi, rezeki yang murah, keselamatan diri dan agama di dunia dan akhirat.. "
Amin.


And again macam tahun lepas jugak, my wish will stay the same, I wish that I could found my prince charming.. Yes I wish, I wish, I wish! 

Dear Prince Charming;
You are extremely late. Please hurry up.
Sincerely; 
Your waiting Princess. 


And sekarang saya rasa sangat in the mood nak makan cheesecake, dark chocolate, strawberry coklat plus hot chocolate drink.. Just like macam dekat Cameron Highland dulu.. Arghh! 
~ Imbalance hormone ~
..uwwwaaa..











p/s : I mean it !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...