Sunday, February 19, 2012

Dia Yang Maha Mengetahui..


As-Salam..


“Ya Allah jadikanlah aku penyabar dan bersabar dengan setiap dugaan-MU.”
“ Hanya mampu berserah pada Allah SWT, moga dicekalkan hatiku ini dalam menghadapi semua dugaan ini. Segala ikhtiar telah dilakukan bagi menjernihkan keadaan, bagi menenangkan hati-hati yang berprasangka, namun hanya itu yang mampu ku lakukan, selebihnya ku serah pada yang Esa. Dia yang Maha Mengetahui segala yang terselindung, Dia yang Maha Mengetahui tiap sesuatu yang berada di antaranya, Dia jua lah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan yang terlindung di sisi hati tiap insan. ” 
 
Sesungguhnya mereka tidak tahu apa yang mereka perkatakan. Hal yang pada mulanya sekadar umpatan telah menjadi bahan fitnah. Fitnah yang bakal menjerat diri sendiri. Jika kamu tidak menahu hal yang sebenar, usah dicanang pada yang lain.

Tindakan kamu hanya mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya telah tegang. Kamu bertindak melulu tanpa usul periksa, kamu memperkatakan sesuatu hal yang yang kamu sendiri tidak pasti. Lantas melemparkan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan. Membuat andaian yang kononnya kebenaran bagi kamu. Tidak sedarkah kamu, yang kamu telah memfitnah sahabatmu sendiri. Maruah dirinya tercalar, kreadibilitinya dipersoal.

Lebih ramai yang mempercayai dari yang menghindari. Sebahagian tidak memahami dan sebahagian bertindak tidak mahu memahami. Kamu berjalan di sana-sini, sambil mulutmu tidak putus-putus memuntahkan fitnah-fitnah. Kamu bertindak membabi buta. Kamu sememangnya tidak mengerti. Sungguh, aku jua tidak dapat mengerti apa niatmu berlaku sedemikian? Adakah kerana hasad atau kerana aku ada pernah menyakiti hatimu?

Kamu sepatutnya berfikiran waras, bertenang hati, berlapang dada. Nyahkan setan-setan yang sedang berbisik di telinga mu, yang meracuni sanubarimu. Dia hanya mahu melihat kita berantakan supaya dia boleh bersorak sorai meraikannya. Sungguh, celaka lah bagi dia kelak!

Ketahuilah, sesungguhnya maaf yang kamu pinta telah ku berikan. Siapalah aku untuk tidak memaafkan? Untuk menyimpan dendam dan kebencian padamu? Aku pernah berjenaka bersamamu, aku pernah tersenyum padamu, ia akan kekal sebegitu. Kini, aku maafkanmu cuma yang pasti akan ku kenang segala perkara yang berlaku ini, kerana semua ini amat memberi kesan padaku. Aku amat berkecil hati, atas kejadian ini, ramai sudah yang berprasangka buruk padaku sedangkan mereka sebenarnya tidak mengetahui hujung pangkal cerita ini. Biar sahaja. Aku hanya akan bersemuka dengan yang sepatutnya, yang perlu diterangkan akan aku terangkan, tak perlu dihebahkan hal yang sebenarnya pada umum. Jika kalian mendengar cerita itu pasti akan timbul syak wasangka, pasti akan kalian merisik khabar padaku demi secebis pejelasan. Teruskanlah, jika kalian tetap mahu menabur fitnah itu, ya aku persilakan. Semoga ianya mejadi bekalan ku kelak di hari sana. InsyaAllah. 


“ Sesungguhnya pada-MU Ya Tuhan aku serahkan segala urusan agamaku, hidupku, matiku, duniaku serta akhiratku. ”











 p/s: Janji Allah pasti benar. Allah sama sekali tidak memiliki iradah untuk mengingkari janji-NYA.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...