As-Salam..
Dilema hujung bulan :
Duduk terperuk dlm bilik. Taknak keluar memana.
Taknak g kedai makan. Takut terliur.
Apa yang mama masak, makan saja, taknak kata apa.
Taknak duduk dekat dengan enfon. Bunyi silent enfon sangat irritating.
Nak makan jajan. Kena berhutang dengan Kak Pah.
Masuk buku 555.
Susu Fernleaf dah habis. Mintak Zety punya susu Omega Acticol.
Baju menimbun, taknak masuk dobi hostel. Paksa diri basuh tangan.
Hari cuti taknak makan luar, Yana ajak gi beli, bagi alasan kenyang lagi.
Buka Mee Ruski, rebus, makan, nikmatnya macam nak nangis.
Oh kehidupan pelajar yang jauh dari family..
:'(
Teringat Rahmat Al-Khallad (friend of mine) cakap dulu;
" Awak try survive dengan baki duit yang awak ada sekarang. Macam saya dulu masa student. Saya hanya ada duit RM10 aja dalam purse. Memang sedih, hidup kat KL lagi masa tu. Makan sendiri, takda orang sediakan. Tapi saya cuba untuk survive dengan duit RM10 tu. Saya cuba sebolehnya. Dan surprisingly memang saya boleh bertahan sebelum dapat elaun. RM10 tu saya memang tak guna sebab rasa sayang sangat, tak sanggup nak guna untuk kepentingan lain. Bila kita ada yang tu sahaja, kita akan belajar untuk menghargainya. Awak cuba lah apa yang saya cakap ni. Awak akan faham. "
Terima kasih Rahmat.. :)
Sekarang saya faham dah.
Bila kita ada duit, kita selalu terlupa untuk menghargainya.
Berbelanja sesuka hati, mentang-mentang laa elaun kerajaan yang bagi kan. Hmm.
Family, jangan sesekali minta ok. Jangan menyusahkan orang lain. Biar kita susah sendiri, takpa, semua ni nak mengajar diri kita jugak.
Belajar lah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, walaupun kita susah tapi hati kita mesti senang.
Itulah kekayaan sebenar.
Sekarang saya hanya ada RM5, kurang RM5 dari Rahmat, haha. Hmm macam tak percaya tapi minggu ni dah masuk minggu kedua, RM5 tu berjaya tak disentuh.
Tazkirah sikit;
Pernah diceritakan semasa zaman Rasulullah dulu, seorang doktor telah ditugaskan untuk berkhidmat secara percuma kepada penduduk Madinah. Setelah hampir setahun doktor itu berkhidmat, dia bingung, hairan sekali kenapa penduduk Madinah tiada seorang pun yang datang menemuinya. Tidak sakitkah mereka?
Dia mengambil keputusan untuk keluar meninjau. Dia kemudiaanya datang menemui Rasulullah dan bertanya;
" kenapa penduduk Madinah tidak menemuiku untuk berubat? "
" kenapa penduduk Madinah tidak menemuiku untuk berubat? "
Rasulullah menjawab;
" Umatku tidak sakit."
Lantaran tidak berpuas hati, dia mengambil keputusan untuk meneroka seluruh pelusuk kampung dan menyiasat. Setelah puas meneroka, dia menemui kembali Rasulullah.
" Benar, tidak ku jumpa seorang pun yang sakit. Kenapa mereka tidak sakit Ya Rasulullah? "
Rasulullah menjawab;
" Umatku sihat kerana pemakanan; kami hanya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. "
Rasulullah SAW pernah bersabda;
" Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”
InsyaAllah saya akan cuba untuk belajar menghargai dengan nikmat yang diberi selama ini. Mencukupkan rezeki yang sedia ada. Mengawal nafsu, terutama nafsu makan. ~ngeee..
p/s : Arigatōgozaimashita kepada Momofuku Ando kerana meng'inventing' MEE SEGERA..!! sangat menolong saya di waktu sesak ni. :')
No comments:
Post a Comment