Masuk sem4, kali ini kitorang kena involve dengan aktiviti komuniti. Dan baru-baru ni, kitorang terlibat dengan aktiviti sekolah iaitu pemeriksaan kesihatan kanak-kanak sekolah dan pemberian imunisasi awal kat kanak-kanak ni.
Sekolah yang kami serang, Sekolah Rendah Kebangsaan Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
Wah rasa macam school attack yang TV3 selalu buat tu..Hehe..Lama tak jejak kan kaki kat area sekolah since grad. Yang best nye, kitorang dengan bebudak Darjah1.
Masuk je kelas kan, terus ketua darjah bangun dan beri salam kat kitorang; “ selamat pagi misi…! “ Alor, comelnya.. Tersenyum aje tengok bebudak ni semua, kecik-kecik aje, yang boys pakai kemeja putih dengan neck tie warna biru muda, dan girls plak dah mula pakai tudung though tudung kepala tu senget menget, still they were so damn cute!
Then, pemeriksaan di jalan kan mengikut prosedur. Ambil maklumat peribadi, sedikit chit chat dengan diorang macam show Pak Nil tu “ Tom Tom Bak “ pulak rasa. Hehe.. Sepanjang prosedur tu, fun sangat melayan kerenah diorang, tengok telatah yang buas-buas berlari ke sana-sini. Siap kena tarik-tarik baju lagi dengan bebudak ni. Tapi tak rasa nak marah pun, just tersenyum aje sebab muka comel diorang tu yang buatkn hati jadi sejuk aje..Hehe
Kitorang jugak bagi imunisasi kat bebudak ni, macam untuk Polio, MMR ( measles, mumps, rubella ), dan jugak DA. Masa ni lah Nampak mana budak yang buas-buas tadi terus muka cuak takut, hehe. Tapi lepas cucuk terus dia cakap ( dengan slang kelate ), “ alo, misi, kito dok sakit pon. Mace keno gigit semut jo..” Haha.. Iye lah tu adik..
Oh hampir terlupa, aritu saya dapat dua orang ‘ anak ‘, kira nya incharged untuk jaga budak ni lah. Dua orang anak yang sangat comel, baik jurus je, macam akak dengan adik. Sorang nama Siti Nur Sofiah, dan sorang lagi Wan Muhammad Ammar Azwar ( em klise sungguh kan nama adik ni, reminds me of…)
Sayu je hati saya tengok dua orang budak ni, I dunno sumhow macam ada satu feeling.. sayang.., is it my naluri keibuan..?? haha.. Emm..
It was a fun day to be sure.. Here are some of the pics. Enjoy! =)
Segerombolan misi-misi.. ( ce tengok staff nurse, hehe dia bosan sgt tu..sambil makan snek. ) =P
Puan Nazita
Masing-masing agak blur sebelum diberi taklimat.
Selepas mencocok.. Tengok tu adik tu belum sempat pakai baju..
Alaa cumil nya kamu semua..
haa see ni 'anak' masiah..sumpah cakap, comel sangat. yang boy tu pemalu budak nye..
Ni sesi menconteng buku, habis note book misi adik conteng.
Ni lah ammar dan sofiah. Baik sangat diorang ni taw..
Ni ammar yang buat, saya suruh tulis ABC, kelaka sangat dia tertinggal huruf 'G' dan huruf 'J' dia pun terbalik. haha btw, ayam tu cute.
See, hasil karya adik adik kita ni. hehe ada kucing, ulat bulu, bola, matahari, rama-rama, etc..
Ce teka, ni sapa yang lukis..?? haha misi moon lah. Ya saya tahu tangan saya tak seni langsung, but at least I try.. Emm not bad I guess..haha
Ammar dan Sofiah, misi rindu kamu dua..
At last, bila semua sesi dah habis, kitorang kasi gift kat bebudak ni. Tak banyak dan tak seberapa pun, tapi yelah untuk tanda terima kasih atas kerjasama diorang ni. Apa-apa pun, seronok dapat kembali semula ke sekolah. Teringat jugak masa kecik dulu, masuk sekolah Darjah1, takut je, siap ayah temankan sepanjang hari. Tapi bila dah lama-lama dah dapat kawan, semua jadi ok aja.. hehe =)
p/s: cikgu sekolah rendah diorang ni boleh tahan garang jugak...fuhhh...
No comments:
Post a Comment