10 Ramadhan terakhir telah kunjung tiba,
langkah kaki ke masjid semakin hari terasa makin kencang, namun hati rasa begitu sayu takala Imam mengalunkan bacaan Al-Quran..
Perkarangan masjid mekar harum dengan wangian kasturi. Sayu ketika terbau haruman kasturi para jemaah muslimin muslimat..
Tersentak sejenak.
Ramadhan bakal berlalu pergi.
Mampukah aku menghidupkan 10 malam terakhir ini? Mungkinkah aku bakal bertemu malam Al-Qadar?
Sesungguhnya..
Keperibadianku tak sehebat Siti Khadijah. Cintaku padaNYA tak mampu mengatasi kecintaan sepertimana ditunjukkan Rabiatul Adawiyah.
Harus ku akui, aku hanya insan biasa yang mencari cinta hakiki. Cinta pada sang Pencipta. Turut jua ku dambakan cinta di dunia ini. Cinta sesama insan.
Aku seringkali gagal dalam mencari pertimbangan. Aku sering khilaf dalam melakukan keputusan. Aku melulu. Aku bertindak mengikut kata hati yang berpaksikan nafsu semata.
Aku khilaf.
Mungkin aku sudah melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai insan yang melampaui batas.
Namun, aku hanya insan biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Bila aku leka, aku tidak menyedari segala tindak tandukku, apa yang aku ucapkan, apa yang aku pamerkan, apa yang aku luahkan, apa yang aku harapkan.
Mungkin akibat kealpaan aku itu aku telah makin menjauh dariMu wahai Tuhanku.
Dan sesungguhnya hakikat yang pasti Engkau senantiasa di sisi ku setiap kali aku merasa sunyi, sentiasa mengingati ku setiap kali aku leka, sentiasa menenangkan ku tika aku kesedihan, sentiasa dekat dengan ku sedekat urat leherku ini, sentiasa memandangku, sentiasa mendengarku, Dia jua mengharap agar diriku ini menyintaiNya. Dia lah yang satu..
Kali ini aku hanya mahu jatuh di pangkuanMu, aku insan yang banyak melakukan dosa.
Ya Allah, Kau ampuni lah dosa-dosaku.
Ramadhan mengajarku erti kesabaran, erti kerinduaan, erti kesederhanaan, erti perantauaan, erti percintaan, erti kehidupan.
Aku memang selama ini banyak melakukan kesilapan, kesilapan yang tak mungkin dapat ku undurkan masa semula.
Namun, sungguh aku mengharapkan dosa aku diampunkan Tuhan Yang Esa.
Maafkan ku Ya Tuhan kerana menjauh dariMu selama ini..
Alhamdulillah diberi kesempatan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah diberi kesabaran dalam menempuh ujianMu. Alhamdulillah diberi nikmat bahagia di dunia ini. Alhamdulillah atas kurnia, rezeki, keluarga, serta sahabat sekalian.
Semoga ini bukan Ramadhan terakhirku, sungguh..,banyak lagi perlu diperbaiki..
Amin..
Renungan :
Lampiran 4, Allah SWT berfirman ;
" Hai manusia, janganlah kamu menuntut taubat, sedang kamu senantiasa menangguhkan waktu. Janganlah kamu menyintai akhirat, tetapi kamu tidak mau beramal. Tutur katamu bagaikan orang-orang yang ahli ibadah, tetapi amalmu seperti orang-orang munafik.
Jika Aku beri karunia, kamu tidak merasa puas, dan jika Aku menguji, kamu tidak mahu bersabar. Kamu menyuruh orang berbuat kebaikan, tetapi kamu tidak memperbuatnya, dan kamu melarang orang dari pekerjaan mungkar, tetapi kamu sendiri tidak mahu berhenti daripadanya.
Kamu menyukai orang-orang yang saleh, tetapi kamu sendiri bukan dari golongan mereka. Kamu membenci orang-orang munafik, tetapi kamu sendiri termasuk golongan mereka. Kamu mengatakan sesuatu yang tidak mahu kamu lakukan, dan kamu melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan, kamu minta ditunaikan, tetapi kamu sendiri tidak mahu menyempurnakan".
Tidak ada hari yang datang, melainkan bumi menyampaikan ucapan padamu,
" Hai manusia, engkau berjalan di permukaanku dan tempat kembalimu ke dalam perutku." Kubur jua memanggil-manggil kamu, " Hai manusia aku adalah tempat pertanyaan, tempat bersendiri dan tempat kebengisan, maka ramaikan aku dan jangan robohkan! "
p/s : aku bukan insan sempurna..
No comments:
Post a Comment