Sebulan Ramadhan menyelimuti langit usia,
Siang malam dipayungi rahmat Tuhan,
puasa-puasalah,
jangan percuma lapar dan dahaga.
Sebulan Ramadhan,
puasa-puasalah,
jangan siang; tidur kelaparan,
jangan malam; tidur kekenyangan.
Sebulan Ramadhan,
puasa kita menahan lapar dan dahaga,
membiak subur kah pohon amal?
lebat berbuahkah iman dan taqwa?
Ada malam terlebih baik dari 1000 malam,
dalam pelukannya Al-Quran diturunkan,
tergapaikah tangan mendakap nur cahayanya?
menerangi kegelapan hari-hari semalam
merubah langkah hayat
dalam membina aksara cinta ukhrawi
Sebulan Ramadhan,
Lailatulqadar datang dan pergi,
terbeliakkah mata memandang pohon-pohon bersujud?
menggeletarkah hati mendengar para malaikat berzikir dan bertahmid?
terbinakah aksara rindu?
mahu segera kembali menghadap Allah.
Sebulan Ramadhan,
adalah tempoh ujian,
mengukur tahap pengabdian dan jati diri.
p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..Bulan karnival ibadah.. :)
No comments:
Post a Comment