As-Salam..
Apa yang anda tahu mengenai 1 Disember..?
A) tarikh permulaan bulan Disember lah..
B) mestilah Year End Sale!
C) tarikh anniversary kita kan yang..? :)
D) tarikh kena tinggal dgn pakwe lama..?
Jawapannya..tiada berkaitan dengan perkara di atas..haha
Well, I'm sure everybody have heard about " World AIDS Day ", kan..?
World AIDS Day is celebrate every 1 Disember, worldwide.
But how far do we know about this so-call World AIDS Day..? For me, honestly talking before this, I've heard about this day, but I don't really understand why do we have World AIDS Day..
At first I thought maybe, ohh yah maybe its the day where people gather around and celebrate patients who diagnosed with AIDS.
Actually World AIDS Day is dedicated to raising awareness of the AIDS pandemic caused by the spread of HIV infection.
Meaning... meningkatkan kesedaran mengenai penyakit AIDS ini dan perkara berkaitan dengannya.
Ok, tahu tak penyakit AIDS adalah antara wabak-wabak pemusnah paling dasyat dalam seluruh catatan sejarah, yang mana wabak ini banyaknya meragut nyawa kanak-kanak khususnya. Meaning, AIDS ni bahaya!
Kalau kata bahaya, boleh mati ni haa ramai lah orang takut, especially bila ada kawan atau ahli keluarga diagnose +ve. Takut sampai taknak bergaul dengan diorang, taknak sentuh diorang, taknak makan sekali, taknak guna barang yang dah diguna diorang lah dan macam2 lagi..
Aishh, taknak lah nak bercakap bagus tapi saya sendiri takut, bila ada pesakit +ve ni takut oo nak dekat, kalo nak pi ambil BP dia ke mesti nak pakai glove + mask + apron bagai ni..
The truth is, XPAYAH LAA!!
Yes, paranoid gila kot pi pakai semua tu, yalah macam cakap tadi, sebelum ini.. Sekarang bila dah didedahkan dengan Program Kesedaran HIV AIDS ni baru tahu. Program yang mendedahkan kakitangan kesihatan terutamanya kami ni student2 jururawat dan kedoktoran. Menggabungkan pelajar2 Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan ( Sem 4 ) dan pelajar perubatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Program ini melibatkan pertukaran tempat dan pertubuhan, maksudnya kami mula berkenalan dan mendekati 2 pertubuhan iaitu PRIHATIN iaitu pertubuhan yang melindungi keluarga +ve HIV AIDS khususnya golongan ibu2 tunggal dan anak2 di Kelantan, dari segi kebajikan, sosial dan sebagainya.
Next, pertubuhan SAHABAT atau Persatuan perantaraan Pesakit-pesakit Kelantan yang mana menyebarkan maklumat mengenai rebakan HIV AIDS kepada klien, memberi khidmat kaunseling, program pertukaran jarum suntikan, ujian saringan HIV AIDS, khidmat rujukan dan lain2.
Ok no worries, nanti saya akan post kan new post khusus untuk cover SAHABAT & PRIHATIN sekali sambutan Hari AIDS Sedunia yang kami lakukan baru-baru ni.. :)
Ok people, back to the 1 Disember again, yah all I would like to say right now is that, we need and we have to change our perspective about this AIDS, terdapat banyak benda yang kita salah faham mengenai penyakit ini dan pesakit2 nya.
Perkara yang sering kita salah faham:
1) Diorang dapat AIDS sebab mendekati zina.
2) Kita boleh berjangkit dengan bergaul, bersentuhan, berpeluk, berkongsi makanan dan peralatan, bercium, berkongsi kolam renang awam, dan dari gigitan nyamuk atau serangga lain.
3) AIDS mesti akan mati.
Perkara yang sebenarnya adalah :
1) AIDS ni bukan semata-mata sebab zina ok..macam-macam perkara yang boleh menyebabkan penyakit ini;
i- perhubungan seks tanpa kondom antara individu +ve HIV/ AIDS
ii- penerimaan darah ( transfusi ) yang tercemar dengan virus
iii- perkongsiaan jarum suntikan darah
iv- dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau penyusuan.
Virus HIV/AIDS ini bukan macam virus2 lain yang senang merebak, bukan macam Pulmonary Tuberculosis ( PTB @ batuk kering ). Virus HIV AIDS ni akan musnah bila di ruang atmosfera atau udara persekitaran, dia hanya aktif menyerang dalam salur darah atau dalam medium badan sahaja..
So tolong lah jangan pinggirkan pesakit2 +ve ni, mereka deserve a life, a normal life I mean here, dah cukup2 lah derita tanggung derita penyakit, ni pulak nak berdepan dengan masyarakat.
Tahukah anda yang kebanyakan pesakit HIV AIDS ini takut untuk mendapatkan rawatan apabila didapati +ve..?
Alasan,
takut ditinggalkan keluarga, suami, masyarakat dan sebagainya. Kesian tau, penyakit ni perlukan rawatan yang berterusan yang berpotensi merawat penyakit ini, memanjangkan jangka hayat, memperbaiki taraf kesihatan, dan sebagainya.
Sedar tak sedar, bukan penyakit tu yang membunuh golongan +ve, sebaliknya kita sendiri masyarakat yang tak sedar kediri memulaukan mereka, tidak memberi layanan yang sama rata, serta menganggap mereka sampah masyarakat.
Ingat, mereka tak mintak penyakit ni, in fact bagi yang drug addict tu sendiri, ini adalah kesilapan mereka yang mereka tak sedari, manusia ini kan insan biasa yang sering melakukan kesilapan bukan nya macam Nabi yang bersifat maksum. Nobody's perfect, right..
Jadi, kita perlu membimbing mereka supaya mereka sedar nilai diri mereka dan kembali ke pangkal jalan, ingat jugak setiap penyakit di dunia ini ada penawarnya..
Cuba letakkan diri kita ini dalam kasut diorang.. Susah tau nak hadapi semua ni, penyakit lagi, diskriminasi lagi lah..Huii..
I must say, saya memang kagum dengan keluarga yang berdepan dengan penyakit ini, sebab sesungguhnya ini adalah antara ujian yang sukar ditempuhi, hanya insan yang kuat saja boleh menghadapinya,
sesungguhnya Allah akan menguji hamba2 yang disayanginya dan yang Allah tahu mereka mampu menerimanya.. Insyallah..
Jadi viewer, lets us take a moment and think about these people, they deserve a second chance, deserve a better life a normal life like us..
Selamat Menyambut Hari AIDS Sedunia, dengan tema pada tahun ini,
" Getting To Zero "
Hapuskan diskriminasi, hapuskan stigma, lets us hold hand to hand, together we can change the world into a better place.
:')
p/s : sila perbetulkan saya jika maklumat2 yang saya berikan di atas tersilap fakta atau tersalah faham. Sesungguhnya yang sempurna itu datang dari Allah dan segala kelemahan atau kekurangan datang dari diri saya sendiri.. :)
No comments:
Post a Comment