Sunday, December 23, 2012

Cheerio Kelate!

Ermm..wanginye..ermm..white musk :)
ehehe, time kasih awak..sumpah,suka sgt!


Assalamualaikum..


Ahlan wasahlan rakyat jelata..kabare?? harap baik2 jelah.
Waa, hati ini manyak gumbira lah, rasa macam sudah menang loteri. kehkeh
Yeay ni hampa kami nak habaq ni, kami dah habeh mengaji dah..wuhuuu..!!
Huish, perasaan tu memang syok habeh laa habaq hang. Huu 3 taon cek mengaji kat Kelantan nuu, last2 habeh jugak, Alhamdulillah. 
Officially habeh praktikal kat Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 9 Disember 2012 kat wad Mahsuri, huuii jonah baq hang tapi lantak ah pulun p arr cikit da nak habeh kan, bila lagi bole dapat basuh berak orang puas2..ngahaha



Erm, selamat tinggal HRPZ II, my first ever clinical experience. Sepital ni meninggalkan banyak kenangan, pengalaman, peristiwa, new people, frens and yes I had so much fun here in HRPZ II, actually its quite hard laa for me to leave HRPZII,  yelah kan macam2 lah jadi kat sini. And yes, here also I found you, ehem ehem my gewe here in HRPZII, wad paeds, Anggerik masa saya sem3, tho yeah maybe you dun realise me at dat time. Huuu~~ :')
Hey, maybe...just maybe 1 fine day, I'll be back, who knows.. ahaahaa *please no, praying~!! 

And then kursus induksi sebelum exam Lembaga Jururawat Malaysia, kursus yang berlangsung selama 1minggu. Fuhh, its been quite tough week, ceramah2 dia waa gile kena tahan ngantok! All about Integriti, Akta, Perlembagaan, etc etc. 
Teringat lak time tengah ngantuk tu, punya lah tersengguk-sengguk, tetibe telinga terdengar suara bergelak2, pusing2 belakang, tudia budak2 laki dok mengekek gelak tengok budak pompuan sangap. Ahaha bongok betoi.



Hehe, yeah mmg best sewaktu induksi tu, meeting new frens, bebudak MA KISTS.. Hampa memang sempoi weyh. 

Habis Induksi still bebudak ni ber-keeping in touch, g kenduri Kak Pah kat Aloq Staq.. G Perlis, wuu manyak syiok. Untunglaa hampa, jeles weyh. Padan muka aku, silap tarikh sangat. Waa!~~

Anyway, selain dari tu jugak kami semua terlibat dlm kami punya last Dinner Perpisahan. Huu tema dia " Hikayat Seribu Satu Malam, Arabian" huu gile glam mak ngah! Aish teringat lak dulu kami pun nak wat tema ni lah masa  managed our dinner last time, but hey lots of thanks for juniors sebab manage to do dis kind of event for us. We were overwhelmed.

Hey check out these pics during the event :) 
* btw, also check out my green shawl, I made it myself cost me only RM 6. wallah! 






  Puan See Teik Lan..huaa~~ I miss u puan, u r the greatest cikgu! I lap u puan, u've been so kind, I mean like the kindest puan for us, like seriously mam. Omaigad~~
Haha, yah u noe kumpulan kita ni kan pengajar lain tengok ujung2 mata aje, but for u, no, u've prove they were wrong, u keep giving us moral support, mentally, and I do believe dat u can be a good counsellor, yah again like seriously. Yah, for me, I'll definitely will remember u puan. Just TQ 4 everything.
*macam pengampu gile aku ni, ahaha 





Kami semua dah habis menjawab exam Lembaga Jururawat Malaysia, bagi melayakkan kami untuk dapat lesen berdaftar sebagai Jururawat Terlatih.. waa~~
Doakan ya kami semua 92 pelatih ni lulus 100%. 
Amin. 

Actually sekarang ni saya tengah bersenang lenang kat umah, sudah bergelar penganggur terhormat  wahaha..
Oh jap nak post sikit gambar2 sepanjang kat Kelate.. ehehe


Nasi Ulam Cikgu, nak habaq my ni huish cek suka lah makan sini, harga murah, berkhasiat, awet muda oh makan ulam banyak2 nih. Dekat Bandar Kota Bharu, Pusat Kraftangan. Buka sabtu-khamis, lunch time.



 
Kawe memey berahi, sokmo derak ke sini, nanti kawe buat post special punya pasal pusat kraft ni. Wahaha~~
So dats it. Cukup takat ni dulu post buat masa  la, blog ni akan acapkali di update lepas ni..*wahaha bajet ada banyak peminat :P 
Pape pun, I'm planning on going to Kelate selepas ni, ehem ehem, eh bukan apa, nak g shopping lagi kat Pasar Siti Khadijah aka PSK (versi urban) atau Pasor che jah (versi kelate). ngahaha~~
wokeyh, till then, good night peeps! 
Wassalam :)



* kasik post gamba perasan 1, kehkeh











p/s: wah..nak beli kain pasang kat PSK..geram geram! grrr..



Monday, November 19, 2012

semua akan OK !

As-Salam..

Greeting people.. J how r u guys doing? Great? How’s everything going in life? Study? Work? Love? J
Again, its been quite while since my last post, most likely almost 2months I guess. J
Oh, I miss writing blogs, diary, sharing stories, to have sumone knowing  whats going on in my life. J
* hehe, ada eyh? :P *
And hey people, know what, I’ve passed my final exam for the final year of my study, Alhamdulillah, O Allah!
And right now I’m struggling, patiently waiting to graduate, and yes I do enjoy my last practical posting, the Operation Theatre (OT).
* well actually I don’t really  having much  fun laa ‘cause OT is freaking  cold place  for a small thin  creature like me, in fact I wish of having an extra longer bladder right now,  LOL!*

Hmm,
Actually, lately I felt like I’m in cloud 9 lah, why? J 
hehe, hmm  I’m in love, yah  I’m in love, again I’m in love!!!
Just wanna say, thank you awak for always being there for me, giving support since the first time we known each other, you are a great friend and best of all you are the most coolest lover! J
Thank you for the ring, dear.. it’s a huge baby step for us, and our relationship, well its quite terrifying me to think that we are one step closer to make the biggest decision that gonna change our whole life after this, just thank you for convincing me,
 thank you for loving me, dear. J
*geli loya tekak tak, geli tak?? ahaha*











p/s: semoga semuanya diberkati Allah SWT :)



Tuesday, October 23, 2012

Sekali Lagi

As-Salam..

Sesungguhnya bila kita berdepan dengan suatu masalah yang mana kita rasa begitu sulit sekali bagi kita untuk menghadapinya sendirian, hati baru mula terdetik untuk mencariNYA. Rasa diri ini terlalu lama alpa dalam mengingatiNYA, melupakanNYA tatkala hidup dirasakan begitu indah hingga diri menjadi lalai, telalu leka dengan keseronokan. Namun tatkala diri dirundung masalah, hanya saat itu lah diri terasa begitu kerdil sekali, begitu lemah, tak berdaya menanggung bebanan masalah, kesulitan. Terasa sendi-sendi bagaikan mahu luluh rebah, sungguh tak terdaya.
Air mata mengalir laju mengenang kembali betapa lekanya diri ini. Sungguh melupakan pada Yang Satu. Selama ini menganggap bahawa orang sekeliling yang mampu menggembirakan hati, membantu, manjadi bahu tempat mengadu, kini rasanya tanggapan itu salah belaka. Mungkin ya, kita boleh mengadu pada mereka, namun bolehkah kita menggantung harap pada mereka? Sediakah mereka berada di samping kita setiap masa dan ketika? Baru kini aku meraguinya.
Patutnya aku sedar hakikat itu dari dulu lagi, tidak sepatutnya pengharapan digantungkan pada yang tidak pasti. Hakikatnya, pengharapan itu patut aku panjatkan pohonkan pada Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa. Kerana selepas segala yang terjadi, hanya padaNYA lah kita akan kembali. Sesungguhnya segala kesulitan yang ku tanggung kini adalah hasil diriku yang selama ini leka. Namun ingin ku pohonkan padaMu Tuhan, ampunilah segala dosa-dosaku,  berikan lah kekuatan pada diriku ini dalam menempuhi segala kesulitan ini, permudahkan lah segala urusanku, murahkan lah rezekiku, berikanlah kesihatan yang baik pada diriku, berikanlah kesabaran pada diriku dan bersihkan dan tetapkan lah hatiku dari berpaling dariMU Ya Rabb..
Amin.



Bab Bacaan Yang Dibaca Ketika Menghadapi Permasalahan Yang Sulit  Ditanggungi.

Ya Allah, tidak ada kemudahan melainkan apa yang telah Engkau jadikan mudah, maka Engkau menjadikan kesusahan, dan jika Engkau menghendaki, Engkau pulalah yang akan menjadikannya mudah "


“ Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki Mu yang halal dari rezeki Mu yang haram, dan cukupilah aku dengan anugerah MU dari selainMu. Ya Allah, yang menghilangkan duka cita, yang melenyapkan kesusahan, yang memperkenankan doa orang yang dirudung susah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di dunia dan akhirat. Aku mohon pada Mu agar berkenan kiranya Engkau memberi rahmat kepadaku dengan suatu rahmat yang mencukupi selainMu. Ya Allah, yang membuat kerajaan. Engkau beri kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau lah segala kebajikan, sesungguhnya Engkau MahaKuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkanlah malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam, Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa saja yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan.”


Asy-Syaikh Abdul Majid al-'Adawiy
Penawar Kegundahan Hati










p/s: in the middle of it, there goes the song 'Buatku Tersenyum' :)


Saturday, October 20, 2012

Berapa Score Attitude Kau, Kau Rasa..?

As-Salam..

Semester 6 ni memang laa semester yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.
Badan letih bila praktikal hour dah serupa ngan orang yang da keja betul2, masuk wad memang di'ganyang' habis ngan staff2, memang terbaik adik2 ni berlari ke sana sini dek kena buli.
Exam, memang kena study, kalo dah x study kau nak jawab apa kat exam, but thanked God, apa yang kita practice masa kat wad, special area, boleh di apply balik masa jawab exam, 
~tu kalo mai thought block sangat da tu~

Actually da lama lah x bebel kat dalam blog, seriously rindu sangat nak mengupdate every single things yang jadi sekarang ni, macam2 nak cite, macam ala2 girls talk, cite sambil gelak2 gatal then jerit2 kepit. kahkah
~macam bodoh je, heehee maaf~
ok, berbalik semula, hmm susah lah sekarang nih nak update, assignment banyak, classes, practicals, boipren *eh2 termasuk gak ke, :P *, hmm apa lagi yg paling penting yelah masalah berokbang hong yang pergerakan speed dia amatlah mendukacitakan menyiput mengalahkan siput, terlalu lambat hingga menyebabkan aku naik sangap menyangap tatkala menunggu..
*bahasa aku da merapu da ni*

Hmm okies anyway, kita update slow2, after all actually aku yang penyegan nak update, bajet aku sapa lak yang nak baca ni kan, ahaha..

Okeyh, actually nak bebel sikit ar pasal attitude. Pengajar aku masa dalam class Psychiatric pernah cakap,
" Semua orang ada masalah diagnosis masing2. Kebanyakannya adalah, behavioral problem and personality disorder.."
Alaa, saya tau puan, actually puan nak refer ayat tu kat kami semua kan, kan..
Huhu, memang laa..masing2 perangai tak sama, asal rambut warna sama, hati lain2 puan.

Yea jugak, aku tengok lah, orang2 keliling aku nih, *termasuk diri sendiri* memang ada behavioral problem. Selalu buat masalah, huh nak2 pulak bila da besar sikit mula lah tunjuk belang eyh.

sedihnya perangai kita semua masa kita rokol weyh, kenapa kita buat bising, kenapa kita x respek org2 yg conduct rokol, kenapa kita kuat menganjing org2 yang menegur kesalahan kita dengan baik, kenapa kita tak bole terima kritikan, kenapa kita cepat melenting, kenapa kita selalu langgar peraturan, dan kenapa kita selalu mempertikaikan mempersoalkan lagi hakikat yg ada depan mata kita..? kenapa ya kita macam nih. kita memang bermasalah..
The trouble is us. We are troublemaker.

Entah hape2 da makin besar attitude makin menyedihkan. Aku pun sama aje, cakap orang aku pun buat jugak, ceyh tapi at least I do think its under my control. But what if benda ni menjengkelkan orang sekeliling?
Don't you even think about it? Come on girls, masing2 da besar, da bole kawin siap bole beranak pinak dah, tapi seriously sangat menyedihkan lah kalo fikir.
Where all your manners gone girls? Kita pompuan kan, ada kan manners as a lady, kalo kata soal takde kaum2 Adam kat komuniti kita nih, memang takde, but it doesn't mean dat kita tak patut jaga manners kita weyh, tapi kalo lah diorang ada, konpem kita malu weyh, malu...! Diorang pun naik malu sebab tak sangka perangai kita macamni. Hmm..

Haha, saja ja nak lepas geram kat sini, psiko jugak aku nih. kihkih, yang penting kita dah tegur dah baik2, samaada orang nak terima atau tak, tu hak masing2 lah kan, I can't argue with that, and of course what goes around comes around, just think for once, what if the same things happen to you sumday, I'm sure you'll be annoyed as well. 
Yeah, dats it. 
Enough lah menaip dengan perasaan yang membakar nih. ok, istigfar...istigfar...
Yang penting aku pun sama aja, ada masalah attitude gak, huh semua orang sama aja, beza dia.. kali ni aku kata kat kau, nanti kau kata lik kat aku..~~haha bodoh je mengumpat antara 1 sama lain.
















p/s: aku rasa aku ada masalah lah.. kena consider jalani terapi nih.. hmm yes I should.



Friday, September 14, 2012

Salam Perantau :P

As-Salam

Long long time no see, no writing, no post, no nothing..hehe
Btw, masih x lewat kot nak sampaikan salam lebaran di kesempatan nih, Selamat Ari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya. :)
Aritu raya no time buat new post lah, so this time wanna summarize je sekitar Syawal aritu, well it was great! Gather dengan family, kengkawan as usual lah, ~bosan betul asyik muka hampa ja weyh..hehe~ melawak je. :)
and again g umah pengetua masih kena brainwash, 
" hampa ni orang pompuan, jaga diri baik2 naa, bla bla bla.." haa nak tau lebih lanjut apa dia bebel, hmm sama ja mcm post Syawal tahun lepas..kehkeh
Then its been great dapat spent time yang banyak kat rumah raya kali ni, tho x tahu lah pasni ape nasib badan. After dis, mungkin akan bekeje da, posting entah memane tak tau la. dapat cuti ke dak, aish risau gak, but then na'ah lambat lagi cite tu. :)

Oh ya harini, kolej ada buat jamuan hari raya and we decide to make " the photoshot beraya di perantauan"-kononye lah, heehee.. since da lama bebeno x bercam-whore nih, arghh memories..memories.. 
So, berlokasi kan tepi pagar kolej, bertentangan arus trafik di sebelah jalan sana, serta bertepatan menghadap abe jual kuih pau, ya kami teruskan photoshoot ala2 bajet salam perantauan student kat overseas, ~padahal dok kat kelantan jek~ ini tatkala mathari terpacak condong di atas kepala.. 
Taraa... hehe!







Teringat lak dulu pun selalu gak dok berangan photoshot kan weyh, pre wedding lah konon.. ahaha
Lepas gian, lepas gian..keluar kau!! 














Haha, saja je suka2..suka lah kami aritu sampai besok nak sambung g outdoor kat Taman Tengku Anis lak.. haha, orang pompuan nih, kalo da dapat bergambar, jenoh jatuh pengsan laa siap bole pecah lense kamera kot. FACT!

Dengan itu kami anak2 perantau yang kejauhan dari mata keluarga & orang tersayang ~ehem-ehem, hehe~ ingin mengucapkan. SELAMAT HARI RAYA SUME.. 
~tho demam raya da lama habis~
:)

















p/s: aish, sememangnya lidah tu lebih tajam dari mata belati. kecik ati cek tau, takpe lah cek maafkan ko pompuan..cek tau ko mmg mulut jahat walaupun muka cun, ~uprolling eyeballs~plisss...


Friday, July 27, 2012

Imam Lanjut Usia

As-Salam..


Salam Jumaat buat semua muslimin muslimat sekalian, J arini dah genap seminggu kita puasa kan.
Hampir tak caye lak yang kita dah berada dalam bulan puasa untuk tahun ni 1433H, cepat gile masa berlalu, besok lusa raya, tup tup awal Muharram then habis lah tahun ni, koyak calendar lama buang, gi kedai perabot apek kasi calendar baru. Fuhh, serius gile cepat..
By that time mengganggur lah gamaknye. Hmm..

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni masih berkesempatan berpuasa kat Kelate nih, mungkin ni tahun terakhir berpuasa kat sini & tahun terakhir gak berterawikh kat sini. Walau  semua tempat sama je kalo ikutkan, tapi bagi saya personally it’s a big different actually.
Sebelum ni mungkin malas gile nak angkat bontot g masjid kat kampung, berterawikh ngan bunch of makcik2 tua, disertakan Imam yang sudah lanjut usia, dok kata,
 “ aish malas ah, bukan ada budak muda pun, Imam pun baca tersekat2” Hmm

TAPI..!! kat sini kami lain, semua berebut2 lak nak g terawikh ngan kengkawan, pas Iftar, terus kalut gila g siap2 nak g Terawikh, especially kat KB, SEBAB APE? Sebab ada imam jemputan dari Saudi Arabia yang imamkan sepanjang Ramadhan, Kemudian terdengarlah suara2 BESAR mengatakan “ my terawikh semata2 SEBAB IMAM ** tu,..Imam hemsem, Imam sedap, Imam muda, tak macam Imam lanjut usia”
Astagfirullah..niat tu da x betul, niat bukan kerana ALLAH SWT. Nauzubillah..Terus fail! Semangat nak beribadat tu da lari dari tujuan asal.
Kenapa jadi macam tu ya?
*oh adakah aku da termengumpat di sini, astagfirullah..*

Ok, my balik, my balik. Bukan niat nak mengumpat di siang hari ni, tapi itulah manusia kan, mudah tertarik pada opposite sex. Eh tetibe lak. :P

The point is, sesungguhnya kalo kita tak cuba, kita takkan dapat merasainya, kalo kita tak pernah merasa kita tak akan da pengalaman. Dan ya, setelah hampir 3tahun berturut2 berpuasa berterawikh kat sini, merasa 1 kelainan yang sangat berbeza. Anjakan paradigma. Tetibe..
Bersemangat sangat nak berpuasa, beramal ibadah, InsyaAllah.. Niat kerana, ALLAH SWT, The Only One, for me and for you and for them and for semua lah. J
Sekarang jugak rasa rindu balik nak berterawikh kat kampung sendiri, ngan makcik2 tua dan disertakan Imam yang sudah lanjut usia. Ahaks..
Betapa manisnya rasa rindu itu, semanis kurma tatkala  menyentuh taste buds sewaktu Iftar. Uuuu~~
InsyaAllah, kudrat 4 selangka ni masih kuat untuk berjalan kaki ke Pusat Islam USM untuk togather2 solat dan terawikh kat sana, tho Imamnya bukan lah seperti yang diimport dari Saudi Arabia. Takpe2, kan da cakap NIAT TUH! NIAT WEYH, SEBAB ALLAH SWT.
J Alhamdulillah, syukur.

Jadi harapan Ramadhan kali ni hanya mengharapkan keredhaan Yang Maha Esa, semoga segala amal ibadat diterima Allah, semoga niat di hati hanya untuk Allah semata. Harapan jugak semoga diberi kekuatan fizikal dan mental terutama untuk bertahan hingga ke garisan penamat. Kalau lah ditakdirkan ini Ramadhan yang terakhir, semoga Ramadhan ini memberi beribu2 lemon Rahmat dari Allah SWT, diampuni segala dosa lampau, kini dan akan datang kerana kita adalah manusia yang selalu melakukan kesilapan & kesalahan. Namun kita jua berhak & layak mendapat ampunanNYA. InsyaAllah.. J
Selamat Berpuasa wahai sahabat sekalian, jangan sia2 kan Ramadhan ini.
Pelihara segala pancaindera kita, bukan sekadar berpuasa dahaga & lapar saja ya, aipp..!!


Wassalam.














p/s: di pagi Jumaat yang hening ni jugak, mendapat 1 mimpi  yang amat membingungkan.. adakah…Oh Tuhanku..  :’(







Friday, July 13, 2012

Budak Kecik

As-Salam..


Salam Jumaat buat semua muslimin muslimat yang cantik2 dan kacak2.
:) harap sihat2 sume ye.
Ok I noe its been quite while menyepi, oh again anhedonia, plus takde topik baru nak dibebelkan. 
But hey, its my last semester now, so just enjoying every little second here in Kelate and in my beloved Kubang Kerian. 
Hmm, balik aje dekat sini terus memori kepale hotak ligat berputar lik ala2 tali kaset berpusing mengimbau kembali segala macam memori sepanjang dekat Kubang Kerian dulu. 
I'm telling you, I had so much fun at that time. Kepale hotak memang tak serabut langsung, ada masalah ke hape ke sume macam not a big deal sangat. Kenape? SEBAB ade membe2 yang selalu di sisi, 
yana, mimi, imah, cici, nonie.. 
Kite selalu melekat sekali kan weyh. Haish, guane lah gamaknye kalo korang takde, mesti kamus hidup ni xde part yang manic. Haha.

Ok, 
so this last semester kelas teori sangat singkat, 2minggu aje plus seminggu tambahan untuk latihan OSCE. Wow, kecut perut hambe bile sebut OSCE, nanti kang final OSCE ada 10 stesyen, umang aii, takut takut tho so far selalu skor 4.00 untuk OSCE. Alhamdulillah..berkat praktikal dalam wad dan tunjuk ajar staff2 klinikal ngan seniors yg lepas2. :)
So, musim praktikal yang sgt hectic ditambah pula dlm bulan puasa akn menjengah kite, harap2 bole ar bertahan dan ada lah experience bekeje dlm berpuasa so peringatan buat diri sendiri SPEAK NO EVIL MOON. Bersabar, bersabar, bersabar..
Actually I'm in dilemma right now, mengenai posting area. Actually I don't really noe exactly ke mana nak mintak. Initially nak mintak KL, Perak, Penang. But, hey macam2 lak difikirkan, nanti kang family guane, kalo mintak dekat rsa x best lak, asyik dok the same place, the same people, the same environment..*sigh..
But kalo dok jauh, susah lak nak balik, if jadi emergency pape kang nak balik susah lak, then kalo kawin kang nak dok jauh lagi ke dari family, dah tu kesian mak, dah laa janji ngan mak yang kata nak g shopping sekali, bawak g jejalan sekali, belaja memasak sekali...
Uwwaaaa...I'm just a little girl in a big world, tak tahu nak buat keputusan, mana yang terbaik. Ditanyanya family opkos suroh mintak dekat, tapi kalo ditanyanya hati, memang hati desak g jauh2, run away, far far away.. I just really don't noe exactly. Sekarang, kalo diberi peluang nak sangat2 nak g posting kat luar dri Semenanjung, tapi kang bila da dapat kang haa menangis pulak nak balik Semenanjung. Haish, aku yang tak pernah tetap pendirian.
Actually..honestly I just don't noe.
Jalan yang terbaik sekarang, mintak petunjuk dari Allah..
Ye, itu yang terbaik, InsyaAllah.
So people,  for now, dah tibe masanya untuk kite jadi serius
  * tapi sumtimes kena lah gelong gak, kalo tak life isn't fun da kan :) *
I mean serius dalam pelajaran, kehidupan dan keputusan. I'm a big girl right now, and I'll be.
Aku kuat! Aku lah...-POWER RANGERS!!!


Yeah!!
Kihkih,
 *see, serius lah sangat kan*


Have a nice day everyone.
Wassalam..












p/s: nak g pasar malam lah jap g petang, beli nasi kerabu. nyum3.. :D










Friday, June 29, 2012

Mx Farewell Dinner 2/09; " Desa Tualang "

As-Salam..

Akhirnya, menggagahkan diri menaip dlm blog nih..
( lately terfikir nak delete je blog account nih..hmm takpe2 will re-think about it laytah! ;) )
Okay, anyway masa untuk menunaikan janji manis ku, alrite tho majlis makan malam kami da lama basi dah bende tu lepas, about 3weeks I guess, tapi apa2 je lah, still nak update pasal event tu.

Okay then.
The event was on 1 June 2012, held in Dewan Utama Pelajar, Kampus Kesihatan USM, Kelantan.  Dah menjadi adat bagi kolej kami ni, junior sem5 kena manage sambutan farewell dinner untuk senior sem6.
Actually, the previous dinners were all held in the hotels, so senang lah keje semua, takyah susah payah nak fikir banyak, unfortunately since last year, peruntukan makin kurang so nak tak nak kena cut down expenses on event laa. So decide, sewa aje Dewan USM which actually sangat lah affordable and budget save compared to hotels. 
Let me tell you roughly overall expenses for the event, and the comparisons to the hotel's quotation.

Okay,
 sewaan dewan ~RM600++ including PA systems (negotiable), 
kerusi cost RM0.50/pcs X 500pcs, meja bulat cost RM10/pcs X 20pcs.
Meanwhile the caterer cost us RM15/head X 600 guests for the kampung menus including the cutlery sets. 
Now you do the maths. 
Roughly said, RM 10 040.
(Excluding expenses on hall decorations)
On the other hand,
 the total expenses for the Hotel budget from dining hall, tables+chairs, PA systems, foods, backdrops, etc = ~RM23 000
See how much the difference is?
Gosh, sangat banyak perbezaan, ~13 K jugak kot. So, berbaloi lah agaknye nak buat event yang 2X setahun macam ni kat dewan aje, tak banyak membazir but anyhow it depends on kite lah pulak nak pull this off sehabis baik kan. Depends on our management. So me and board members had planned everything from February '12. Plan everything and start everything from the scratch. Its undeniable, we had lots and lots of upcoming problems, internal and external, personal and what so ever tiny things that can be problems, arghh I'm so sick and tired to even think or remember again all the things had happened. Its so frustrating and obviously so mind-tiring for me. All I'm gonna do now and as before is just let it go and just nahh what ever, enough said. FULLSTOP.

Okay people, now lets just forgive and forget yah? ;) Can I proceed..
Terus ke persiapaan2 terakhir sebelum event, oh cop jap, I almost forgot! Tak tercerita lagi kan tema kitorang ape, Ok our theme for the night was tradisional; " Desa Tualang " with " Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas ". The main reason kenape kami pilih tema ni sebab,
 1st: tak pernah dibuat orang, 
2nd: banyak idea boleh disumbang
3rd: siapa lagi kalau bukan kita yang perlu mengangkat adat kita, kan?
So, its all about back to basic, and our roots. 
Apa tu Desa Tualang? its not petualang ok, petualang tu -ve punye maksud, one of the definitions of tualang is actually orang yang keluar mengembara samaada bertujuan mencari rezeki, berkelana, atau atas apa2 sebab, and desa of course lah kampung penempatan kan. Digabungkan membawa erti kami students as a tualang, and togather in such event we make up a kampung untuk berkumpulnya semua pengembara berhimpun. Lebih kurang macam tu lah.. Hehe..

Okay, macam biasa jom tengok gambar lah and I will elaborate more.. ngee~~ :D





Ok, ni kami buat kain rentang, at first kami hanya nak buat kain rentang tulis jawi biasa aje macam conteng2 baru nampak klasik kan macam kampung dulu2, kampung zombie pisang..hehe tapi yes tak dinafikan member2 kitorang ni sangat lah rajin nak buat cantik2, pelukis dia Atiqah dan dibantu oleh Seha n the gang.. Cantik weyh.. :)


Ini pulak bahagian entrance dalaman n kawasan red carpet, bahagian hiasan memang kami serahkan full task untuk Gerak Kerja Komuniti kelas, so basically semua diorang yang plan lah, diorang punye konsep adalah gunekan bahan yang ready made je, yang semua orang ada, base nye semua pakai kain batik dgn kain pelekat sahaja, so my task is kerahkan tenaga semua student kumpulkan kain batik diorang lah, WAJIB. ahaha, diktator aku nih. :P



Ini lah rupe dewan selepas disusun meja 60 buah bagi 600 tetamu, bogel lgi masa nih. Ahaa, ni nampak x table cloth kitorang, bogel aje kan? Skirting pun x de, tu lah masalahnye.. Skirting X de weyh! Memang huru hara habaq my, call sana call sini, mana ada orang nak ada skirting, semua guna untuk event lain. Last2 kami terpaksa beli kain pasang kat Nagoya then buat skirting sendiri, hmm macam2 lah masalah last2 minute ni..


Ni pulak Amali, Lali, ngan Sarina mengerahkan keringat untuk hiasan main entrance. Diorang punye kepale lah yang hias pakai atap rumbia nih, hey korang ingat senang nak letak atap rumbia nih? Susah wei, kau kena ada stand dia, rangka dia kena buat exactly macam base nak buat bumbung, so aku ngan Sarina g beli batang paip PVC 10" , 8", 5" n so on..
Pape pun I take my hats off for this gang sebab berjaya buat atap nih hidup. Cayalah wey!


Ni geng Biro Agama dengan task diorang, The Bunga Manggar Girls.. Ohyeah!!


Ni aweks cun nih, geng Lucky Draw, mostly dari Biro Ekonomi, hadiah belambak nih sumbangan para pengajar yang taknak kasi duit tapi bermurah hati menyumbangkan hadiah2 yang banyak gile untuk malam tuh, at last hah amekaw jenoh jugak lucky draw banyak pusingan X6 n setiap pusingan cabut 30 hadiah, pergh berakar jugak ar orang yang nak menyampai hadiah tu..
Neway, tima kasih laa noh para pengajar, uols ROCKS!!

Now, kasi gambaran sikit2 dah la kan camne preparation kitorang before the event, kami mula buat a day before, buat semua lah dari cuci dewan, susun meja, angkut kerusi, pasang table cloth, sampai lah ke sudah..
Serve makanan pun kitorang jugak sebab,..ehem ehem, nak jimat kos..kihkih, bajet nak mampus kolej.
Penat tu memang lah penat tapi its okay nak hidupkan Desa Tualang kami nih, kasi semua orang rasa best aje, lagipun ni sekali seumur hidup so yah KITA BOLEH!!!
 Terus ke malam event yah ;)


Taraa..yeay ni lah wajah kami pada malam dinner tu., haa masing2 pakai baju sama, dan berkain batik yang pakat dibeli di Pasar Siti Khadijah worth only RM11.50/pcs..Auww gadis melayu kampung gituww..ada lagi nih, please feast your eyes ! ngee~~











And this is the performances for the night, Lalita and the geng buat tarian malam tu, Banghra diorang memang superb perfomance. macam nak kasi standing ovation je rasa.. Then, others pun ape kurangnye, giving their best.. Overall, memang we were dazzle by the shows, nak2 pulak sambil makan  makanan kampung, ulam-ulaman, dessert laicing kang. Ok not bad. :)
So just wanna wrap up this post dah lah, actually post ni da jdi draft for about 3weeks dh, omaigad ape lah nak jadi nih, bila dah mai mood pemalas. Ok dah.
Have a nice day.



:)
Wassalam.
















p/s: Oh maaf mood tak bagus masa mengedit post nih..uhuuu~




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...